KUTU Rambut

Hari ini mari kita belajar daripada kutu. Kita bukan nak bercakap tentang rambut yang berkutu. Kalau tentang perkara tersebut, kena dapatkan tips daripada blog2 kesihatan atau penampilan diri. :-)

Tetapi hari ni kita ingin belajar tips motivasi daripada kutuDaripada kutu pun kita boleh belajar tips motivasi tahu. Indahnya ciptaanNya.

Tahukah anda kutu mampu melompat berkali-kali ganda lebih tinggi daripada saiznya? Hebatkan? Itulah kemampuan yang telah diberikan kepadanya oleh Allah.

Sebuah kajian telah dibuat terhadap kutu. Mereka meletak beberapa kutu ke dalam sebuah balang. Dan balang tersebut tidak ditutup. Didapati kutu-kutu tersebut mampu melompat keluar. Kali ini, apa yang dilakukan oleh para pengkaji adalah meletakpenutup pada balang tersebut. Pada mulanya, kutu melompat dan menghentak penutup balang tersebut beberapa kali. Selepas beberapa lama, kutu tersebut tidak lagi menghentak penutup balang. Mereka melompat dan turun semula sebelum mengenai penutup balang tersebut.

Kemudiannya, para pengkaji membuka dan tidak lagi menutup balang tersebut. Apa yang terjadi? Kutu tersebut tidak dapat keluar daripada balang tersebut. Mengapa? Padahal sebelum ini, kutu-kutu sebelum ini begitu mudah sahaja melepaskan diri daripada balang tersebut. Tetapi mengapa berlainan kali ini.

Sebabnya mereka telah selesa dengan had lompatan mereka. Mereka seolah-olah telah memberitahu bahawa batasan mereka sekadar ketinggian tersebut sahaja. Mereka telah selesa dengan keadaan baru.

Pengajarannya.Begitu juga dengan kita. Sebenarnya kita mempunyai potensi yang cukup hebat. Kalau diberi peluang kita mampu menggegar dunia ini dengan bakat kita. Kita mampu mencapai impian dengan potensi yang ada pada diri kita. Tetapi malangnya kita telah dihadkan dengan balang penutup pemikiran kita. Kita takut untuk mencuba. Kita memberitahu diri kita bahawa had kita sekadar ketinggian itu sahaja.Tetapi jauh di sudut diri kita, kita tahu kita ingin pergi jauh lagi. Setuju?

Terokalah potensi kita. Kita adalah makhluk yang cukup hebat yang diciptaNYa. Janganlah kita menjadi diri kita seperti kutu yang selesa dengan ketinggian balang. Tetapi gunakan potensi yang sememangnya ada pada diri kita untuk lebih berjaya. Kita sahaja tahu kemampuan diri kita. Jadilah kutu biasa yang berani melompat tinggi. Buangkanlah zon selesa pemikiran kita untuk menerobos sempadan diri kita.

” Anda mampu mencapai apa yang anda percaya.”