10 Kesilapan Utama Dalam Perniagaan Kecil

Kesilapan-kesilapan berikut merupakan kesilapan umum yang dilakukan oleh kebanyakan usahawan dan pemilik perniagaan kecil. Berhati-hatilah dengan kesilapan yang amat merbahaya ini……..


1.Terlalu yakin dengan sesuatu idea dan taksub dengannya.

Jangan terlalu yakin dengan satu idea sahaja. Ingat, idea adalah matawang kepada usahawan. Pelbagaikan idea dan lihat yang mana berupaya memberi ganjaran dan kejayaan kepada anda.Buat sambil belajar

2.Tiada Pelan Pemasaran

Pelan Pemasaranboleh memberikan perhatian yang anda perlukan kepada pihaksasaran. Ia menjadi daya tarik pelanggan terhadap anda! Terdapat lebih dari 25 cara untuk memasarkan perniagaan anda dengan kos yang rendah ataupun tanpa melibatkan sebarang kos.Perlaksanaan pelanpemasaransecaraberkesan, cekap,konsisten dan penuh bergaya dapat menjimatkan kos panggilan.

3.Tidak mengenali pelanggan anda

Perubahanpada citarasa pelanggandan juga produk serta perkhidmatan persaingakan mempengaruhi perniagaan anda, kecuali jikaanda kenalpelanggansecara dekat, tahu kehendak mereka pada masa kini danmasa hadapan,tahu corak pembelian mereka dan tahu bagaimanauntuk membantu mereka walaupun anda tidak mempunyai produk atapun perkhidmatantersebut.

4.Tidak peka dengan kedudukan aliran tunai syarikat

Walaupun anda mempunyai produk yang paling terbaik, pelanggan mungkin tidak akan membelinya dalam tempoh waktu yang anda fikirkan. Oleh itu kedudukanaliran tunaiyang mantap penting untuk menampung diri dan syarikat anda dalam tempoh tersebut.

5.Tidak peduli tentang kakitangan

Salah satu cabaran yang paling sukarbagi seorang usahawan atau pemilik perniagaanialahuntuk memberi motivasi, bimbingan dan menguruspekerja. Tanpa kesabaran, kesungguhan dan kemahiran, masalahtersebut akan menjadi lebih teruk. Moraldan produktiviti pekerjaserta keuntungan syarikat boleh musnah dengan segera!

6.Kelirutentang kemungkinan dengan realiti

Usahawan yang berjaya hidup di dalam dunia yang penuh dengan kemungkinan tetapi mereka berbelanja dalam dunia realiti.

7.Tiada pelan penjualan.

Tanpa pelan penjualan, makatidak adacara untuk mengukur perkembangan kewangan dan kemajuan perniagaan anda. Anda memerlukan plan yang realistik untuk melihatdari mana, bagaimana, bila dan siapa yang membawa masuk jualan.

8.Penyendiri

Anda mungkin tahu kesemunya tetapi anda tidak boleh melakukanya seorang diri dan berkembang pada masa yang sama.Anda perlukankakitanganuntuk mengagihkan tanggungjawab kepada mereka.

9.Tiada'Mastermind'

Anda perlukan satu lembaga penasihat ataupun seorang mentor!Bagi mereka yang memopunyai pernigaan yang kecil , ini mungkin ini tidak masuk akal. Lembaga penasihat ini mungkin terdiri dari anggota keluargaatau sahabat yang anda percayai.Jadikan merekaAhli Lembaga Pengarah,kaji pelandankeputusan perniagaan bersama mereka.Adalah sangat kritikal untuk mempunyai seseorangyang boleh memberikanidea dan pandangan yang objektif.

10.Berputus Asa

Kebanyakkan usahawan yangberjaya pernah mengalamikegagalan. Olehitu, sekiranya anda gagal, biarkankegagalan itu. Bangundan belajardari kesilapan dan kegagalan lalu.Jangan berputus asa danmenderita.


 

p/s; kalau payah2 sangat mari join Biz Hai O, kawe neii…Semua orang cakap dialah orang yang pandai berniaga…tapi belum buat apa2 pun….duk rancang dari start mula kerja hinggalah nak pencen dah ni,tak start pun niaga."Tidak pernah ada masa yang sesuai pun dalam hidup ini,…kalau dah jumpa rebut jerr peluang tuuu.Ambo tabik spring kat Abg2 pasar malam…..nampak jah lagu tuuu,kaya dia daripada pegawai Gred 44 kat gomen nunnn.Tuuu baru hebat……namanya.bukan kecek saja..