ANDA RAYA SAKAN, ORANG LAIN KAYA RAYA…

Salam kebajikan,
Ramadhan mulai melabuhkan tirainya dan semua umat Islam di seluruh negara menyambut hari kemenangan Hari Raya Aidilfitri…Selamat Hari Raya kepada semua pengunjung setia blog ANDY181
Baiklah berbalik kita pada cerita sebelum hari Raya Aidilfitri pada tahun ini. Ramai yang begitu sibuk berbelanja untuk membuat persiapan di Hari Raya yang bakal menjelang tiba. Ada yang mencari pakaian baru, yang tak sempat buat kuih raya tu, beli kuih raya dan tak kurang juga yang beli perabot raya.(saya tak sempat gunting rambut)
Dalam keghairahan tersebut, saya terserempak dengan beberapa perkara yang pada pandangan saya tidak sepatutnya berlaku jika kita tahu dan faham erti sebenar tentang pengurusan kewangan.
Apabila saya beratur di salah satu ATM dan Deposit Mesin di sebuah bank untuk membuat simpanan ke dalam akaun saya - orang lain sibuk keluarkan duit, saya sibuk simpan untuk kegunaan biz Hai o saya, ketika itu saya terserempak dengan beberapa orang yang sibuk membuat pengeluaran Pendahuluan Tunai daripada Kad Kredit mereka…
Alahai …ruginya…apakah mereka tidak tahu atau memang sudah terdesak? Soal saya. Ini kerana apabila anda membuat pengeluaran pendahuluan tunai, anda akan dikenakan caj 5% daripada jumlah pengeluaran tersebut.
Jika anda keluarkan RM1,000.00 anda akan dikenakan caj RM50.00…senang-senang sahaja anda bagi Duit Raya kat bank, yang telah sedia ada kaya raya..
Dan apabila saya ke kaunter, untuk menukar wang kecil bagi persediaan Duit Raya untuk anak-anak tetamu saya nanti, saya terlihat pula sepasang suami isteri yang sibuk mengeluarkan wang tabungan ASB mereka…
Apakah mereka tidak tahu bahawa ASB itu adalah tabungan untuk masa depan dan bukannya untuk dibelanjakan sesuka hati di Hari Raya! haru birunya masyarakat kita berbelanja di hari raya ini, habiswang dipoket, wang ditabungan pula dikikisnya…
Jadi saranan saya, jika anda simpan wang anda, maka anda akan membantu menjadikan diri anda bertambah kaya tetapi malangnya jika anda keluarkan simpanan wang tersebut dan seterusnya berbelanja maka secara tidak langsung anda memabntu orang lain menjadi kaya raya!
Akhir kata , daripada saya Maaf zahir Batin dan Selamat Hari Raya kepada semua pelawat setia Blog andy181.