Berapa Kali Perlu Kita Gagal?


Setiap orang pernah mengalami kegagalan. Biasalah tu..dalam menuju ke arah kejayaan. Kita sentiasa diuji..dan kadangkala kita akan terjatuh. Inilah dipanggil kegagalan sementara'. Kejayaan sebenarnya terselindung diantara kegagalan-kegagalan sementara ini. Bagaikan pelangi yang berselindung di balik awan. Yang muncul setelah berlalunya hujan.

Tetapi jika kita tidak bangun daripada kejatuhan tersebut, maka itu dipanggil kejatuhan atau kegagalam yang muktamad. Bererti kita benar-benar telah gagal. Gagal mencapai kejayaan kita.

Masalahnya disini, ramai menanyakan berapa banyak perlu kita alami kejatuhan sementara ini sebelum kita berjaya? Soalan yang sukar juga hendak dijawab. Sebenarnya bergantung pada diri sendiri…Ada sekali.Ada 4-5 kali ataupun ada yang tidak terhingga..Binggung lagi?Cuba hayati cerita ringkas ini…

Di suatu tempat, di suatu ketika,wujudlah pemuda ini.

1. Gagal dalam perniagaan pada umur 21 tahun.

2.Kalah dalam persaingan perundangan pada usia 22 tahun.

3. Gagal lagi dalam perniagaan pada umur 24 taun.

4. Kematian buah hatinya iaitu 'girlfriend special' padausia 27 tahun.

5.Tewas persaingan kongres pada umur 34 tahun.

6. Tewas lagi persaingan kongres pada usia 36 tahun.

7. Tewas persaingan senator pada umur 45 tahun.

8. Gagal dalam perebutan jawatan timbalan presiden pada umur 47 tahun.

9. Tewas lagi persaingan senator pada umur 49 tahu.

Jeng-jeng, jeng …..akhirnya berjaya menjadi presiden Amerika Syarikat pada usia 52 tahun.

Siapakah beliau yang telah banyak mengalami kegagalan ini?

Beliau adalah Abraham Lincoln.Yang sentiasa bangkit daripada kegagalan sementara.