Fitnah Dan Natijahnya


Petikan daripada Ustaz Zainudin Hashim di dalam Harakah.net



Umat Islam dibelenggu pelbagai fitnah



Sesungguhnya fitnah merupakan satu elemen yang cukup bahaya, apatah lagi fitnah terhadap agama yang boleh menjurus kepada hukum membunuh, kerana al-Quran ada menegaskan bahawa fitnah itu lebih dahsyat daripada pembunuhan. (maksud ayat 191 dan 217 surah al-Baqarah).







Baginda Rasulullah s.a.w. pernah menegaskan dalam salah satu hdinya yang bermaksud :

Bersegeralah lakukan amalan-amalan yang baik-baik (jika ia di waktu siang jangan tunggu hingga menjelang malam yang gelap gelita), kerana ia akan menimbulkan fitnah, seperti seorang lelaki di mana pada waktu pagi dia seorang muslim dan apabila menjelang petang atau malam dia menjadi seorang kafir pula, dia menjual agama kerana kepentingan dunia yang terlalu sedikit. Hadis Sohih riwayat Imam Ahmad, Muslim dan Tirmizi daripada Abu Hurairah.

Apa yang dijelaskan oleh baginda Rasulullah s.a.w. menerusi hadis di atas ialah terdapat orang Islam sendiri yang melakukan fitnah dengan tindakannya terhadap agamanya sendiri semata-mata mengecapi habuan dan janji dunia yang bersifat sementara, sedangkan fitnah yang dilakukannya benar-benar mencabar agama yang dianutinya dan menjadi bahaya kepada pegangan akidah dan kepercayaan kepada Allah SWT selaku Pencipta alam maya ini.

Fitnah yang terjadi itu boleh berlaku kerana orang yang terlibat itu sama ada benar-benar tidak memahami atau memiliki ilmu-ilmu fardu ain ataupun kerana berhasrat meraih kepentingan dengan penampilan agama, atau memang di kalangan orang-orang munafiq, ketiga-tiga kategori manusia itu dianggap golongan yang jahat kerana mahu memburukkan Islam.

Jenis-jenis fitnah terhadap agama Islam

  1. Fitnah melalui kepimpinan negara. 2- Fitnah dalam belajar kerana mahu dapat jawatan. 3- Fitnah melalui penampilan diri dan cara berpakaian. 4- Fitnah melalui ungkapan. 5- Fitnah melalui penulisan. 6- Fitnah melalui iklan produk. 7- Fitnah melalui penglibatan dalam sukan dan hiburan. 8- Fitnah berbangga kerana berjaya memperbanyakkan bilangan masjid. 9- Fitnah kerana meninggalkan kewajiban beribadat. 10- Fitnah kerana tidak menunjukkan akhlak Islam yang mulia. Fitnah..oh fitnah..dan banyak lagi.


    Baca Selanjutnya di harakah.net

Erti Sebuah Kegigihan


 

Dalam menuntut ilmu memerlukan pengorbanan. Tiada apa yang datang percuma. Nak masuk tandas pun kena bayar betul tak…? Pelajarilah kegigihan ulama silam dalam menuntut ilmu. Mereka begitu gigih tanpa kenal erti penat.;siapa anda,apa perkerjaan anda,apa perniagaan anda,apa pangkat anda dsb adalah tidak memberi makna sekiranya anda tidak faham erti kegigihan .

Abu Hurairah… 

Menghabiskan masanya menghafal sebahagian besar hadis.

Membahagikan harinya kepada 3 bahagian,

1/3 untuk belajar,

1/3 untuk beribadat,

dan 1/3 untul tidur.

 
 

Al Muzani…

Untuk memantapkan pemahamannya beliau telah membaca

kitab al-Risalah karangan Imam Syafi'i sebanyak 500 kali.

 
 

Ibn Musayyib…

sanggup mengembara ke suatu tempat mencari jawapan selama tiga hari semata-mata

ingin menyelesaikan suatu permasalahan.

 
 

Imam Al-Ghazali

Pada usia 6 tahun telah berjaya menghafal Al-Quran.

Menjadi ulama besar pada usia 9 tahun.

(Sumber Blog member)


 

p/s: Kalau kita senang,ramai yang mengaku kawan,tapi bila kita susah dulu ……….(sedihnya untuk di imbas kembali…huhuhu.).Tak apa semua itu amanah tuhan..Maafkan mereka dan dri sendiri….

 
 

Renungan Sesaat


 


 

"Kadang2 Allah sembunyikan matahari..
Dia datangkan petir dan kilat..
kita menangis dan tertanya-tanya,
kemana hilangnya sinar..
Rupa2nya.. Allah nak hadiahkan kita pelangi.." "


`Cinta yang disemadikan tidak mungkin layu selagi adanya imbas
kembali. Hati yang remuk kembali kukuh selagi ketenangan dikecapi.
Jiwa yang pasrah bertukar haluan selagi esok masih ada. Parut yang
lama pastikan sembuh selagi iman terselit didada…`


 

Akan ku gengam hai o sampai jadi JUTAWAN 09…..senang jerr…hahaha

Penyembur Rambut @ Spray

Kepala spray jika ditekan, sudah tentu akan menyemburkan isinya, tak kira apa. Jadilah seperti spray yang sentiasa menyemburkan ilmu, semangat membara pada diri sendiri juga pada orang lain.

Jika Anda nak jadi pelajar cemerlang, ikut stail spray. Spraykan ilmu, kongsikan apa yang Anda tahu pada yang ingin tahu. Jika ada yang tak nak tahu, biarkan saja. Terima hakikat, ada yang nak luar biasa hebat, ada yang nak biasa-biasa saja. Yang nak jadi pelajar ala kadar pun ada, janji rock.

Jika nak jadi pekerja cemerlang, spraykan disiplin, komitmen dan professionalisma dalam kerjaya Anda, tak kira kakitangan kerajaan ataupun swasta. Fokus pada kualiti kerja, tak kira Anda kuli, kerani atau bos.

Masalah kewangan dan segala macam masalah, letak tepi dulu. Kita susah nak jadi pekerja cemerlang, jika di fikiran kita penuh dengan permasalahan, bukan hal-hal berkaitan kecemerlangan.

Jika nak jadi usahawan cemerlang, lupakan pasal duit, lupakan pasal untung besar. Bina perniagaan sebaik mungkin, jadikan diri Anda unik dan biar perniagaan Anda memberi manfaat pada masyarakat terlebih dahulu. Sebuah perniagaan sepatutnya memberi kebaikan, bukan memberi bebanan.

Duit untung akan datang sendiri, bila perniagaan itu bermanfaat pada setiap ahli masyarakat dengan menyediakan produk berkualiti yang memenuhi keperluan mereka atau yang menyelesaikan masalah mereka. Sudah tentu sesiapa saja sanggup beli, walau berapapun harganya.

Masalah kebanyakan orang berniaga adalah, mereka nak hasil cepat, lepas tu dalam jumlah besar! Ini sebab mengapa perniagaan cepat lingkup sebab tak balik modal, sama ada perniagaan Internet, multi level marketing atau perniagaan tradisional. Perlu kawal nafsu dan emosi.

Komputer perlukan letrik supaya boleh berfungsi dengan baik. Manusia perlu motivasi supaya boleh mengusahakan sesuatu dengan baik, cukup cemerlang, cukup bagussss.

Ibarat minyak wangi harum yang selalu kita spray , disembur pada baju, motivasi kita pun biarlah macam tu juga, biar di sembur selalu dalam diri sendiri, supaya kita ada semangat tinggi dalam apa jua yang kita kerjakan.

LiveStrong!

Kenapa AkuPerlu Hargai Kegagalan

Aku mula teringat akan sistem persekolahan yang meletakkan satu taraf negatif dalam pencapaian akademik yang sebenarnya membentuk manusia yang takutkan kegagalan. Bukan sekadar takutkan kegagalan, sistem ini juga membentuk manusia yang takut mengambil risiko & membuat kesilapan.

Ingat lagi akan saat kali pertama aku mahu menunggang basikal? aku jatuh, aku bangun semula & aku jatuh lagi. Selepas itu aku bangun lagi (walaupun lutut sudah berdarah luka) kerana ketika itu aku memandang kegagalan sebagai satu perkara yang membawa kebaikan. Alangkah positif’nya hidup seorang kanak-kanak. Kenapa kita tidak bawa persepsi itu sehingga dewasa? Kenapa kita perlu takutkan risiko, kesilapan & kegagalan?




Our greatest glory is not in never failing, but in rising up every time we fail. - Ralph Waldo

Ini antara sebab kenapa kau perlu menghargai sebuah kegagalan lebih dari sebuah kejayaan.

  1. Kau belajar dari kesilapan. Semua orang tahu ini, Setiap kali kita buat kesilapan atas tindakan kita, kita akan belajar sesuatu yang baru & juga ia mengajar kita supaya tidak mengulanginya. Tetapi, masih ada antara kita yang terlalu fobia akan kesilapan. Perlu di’ingat, mereka yang tidak pernah gagal adalah mereka yang tidak berbuat apa-apa dalam hidup sebenarnya.
  2. Kegagalan adalah pembelajaran. Katakan kau kini dalam bidang perniagaan & kau mencuba satu teknik pemasaran yang memakan belanja RM1,000 — dan gagal. Di’sini kau belajar (dengan yuran yang tinggi) bahawa teknik tersebut tidak berkesan dengan sistem perniagaan kau & kau tidak akan ulangi lagi. Pengalaman & pengetahuan yang kau dapat bernilai lebih dari RM1,000 tersebut. Jika kau tidak mencuba, kau tidak akan tahu ‘kan?
  3. Remember the two benefits of failure. First, if you do fail, you learn what doesn’t work; and second, the failure gives you the opportunity to try a new approach. - Roger Von Oech

  4. Kau akan semakin kuat. Kegagalan seharusnya menjadikan manusia lebih kuat. Jika kegagalan membuatkan seorang manusia itu lemah & mahu mati, sebenarnya dia telah gagal sejak awal lagi. Kegagalan akan membuatkan lebih yakin untuk mengambil risiko & tegar akan kesilapan kecil.
  5. Kau sebenarnya menghampiri kejayaan. Sama kes seperti kita mula-mula mencuba menunggang basikal, setiap kegagalan & luka di’kaki adalah tanda kita semakin mahir menunggang basikal. Jadi, jangan takut untuk gagal. Jika ada idea, lakukan sahaja. Gagal atau berjaya itu belakang kira — yang penting kau cuba.
cik ani sumbak.....hehehe..yesss sir

Tempat Kerja Saya

"Ada orang datang ke pejabat dengan perasaan penuh gembira & ceria, ada datang
dengan perasaan 'biasa' dan ada datang dengan perasaan serba tak kena..

Ingat lah, sesiapa yang datang hanya dengan perasaan 'biasa' saja, hasilnya
adalah 'biasa' saja, sesiapa yang datang dengan ceria, hasilnya akan jadi lebih
daripada biasa ataupun luar biasa. Bekerja lah dengan ceria agar menghasilkan
produktiviti yang luar biasa yang akan menggembirakan orang di sekeliling kita.
Semoga hasil itu akan mendapat keberkatan insyallah..." -- Datuk Dr. Fadilah
Kamsah

Jadi renungi lah :-

1. Ada antara kita datang ke pejabat hanya memenuhi tanggung jawab 'DATANG
BEKERJA' tapi hampeh, hasilnya macam kita 'TAK DATANG' kerja.

2. Ada kala kita rasa kita BUSY giler, rupanya kita hanya 'KELAM KABUT'.

3. Adakala kita rasa kita PERIHATIN', tapi rupanya kita BUSY BODY.

4. Adakala kita rasa kita OPENMINDED and OUTSPOKEN tapi rupanya kita KURANG
PENG'AJAR'AN.

5. Adakala kita rasa kita berpemikiran KRITIS rupanya kita hanya lebih kepada
KRITIK yang mencipta KRISIS.

6. Adakala kita rasa kita ingin menjadi LEBIH MESRA tapi rupanya kita di lihat
lebih MENGADA

7. Adakala kita suka bertanya 'KENAPA DIA NI MCM TAKDE KEJE', adalah lebih baik
kita tanya 'APA LAGI KEJE YANG AKU BOLEH BUAT'

Pejam mata dan renung lah diri, kalau kita perlu melakukan ANJAKAN PARADIGMA,
maka lakukanlah segera, tapi manusia tetap manusia, sukar untuk berubah kerana
kita selalu beranggapan kita lebih baik, adakah dengan merasakan itu kita
sememangnya terbaik?

Maka untuk itu, mari kita mula senyum, ceria, mesra sesama kita dan tingkat
kerjasama dalam kerja, tak rugi kita semai rasa 'kekeluargaan' dalam tugasan,
kalau kita kurang kerja, cari la kerja membantu teman-teman yang lain.

Tak dapat gaji lebih pun tak apa sebab pahala dapat, kita draw kat akhirat
nanti, tapi kalau kita asyik dengki mendengki, nasib la sebab dah ditentukan
jalan yang sukar itu yang kita pilih...

Renungi lah, berapa orang kawan kita dan berapa orang lawan kita, nescaya itu la
kayu pengukur diri yang sebaiknya...

ERTI SEBUAH CIUMAN

Copy/paste from Viruspadu.Blogspot.com

sekadar berkongsi bahan bacaan

"Suami yang pergi ke pejabat berbekalkan ciuman isteri memiliki lebih keyakinan dan semangat serta mempunyai kemungkinan yang kurang untuk berhadapan dengan kecelakaan

Berbanding dengan suami yang tidak menerima ciuman dari isterinya.

Ternyata mutu dan semangat bekerja juga mengalami perbezaan yang cukup ketara.

Kucupan tulus daripada isteri semasa suami meninggalkan rumah untuk pergi bekerja juga mengurangkan hadirnya WIL (wanita idaman lain)"

petikan dari buku SETENGAH BERISI, SETENGAH KOSONG?


Cabaran Dan Penangguhan

"Cabaran membuat kita menangguh usaha, tapi tak pernah membuat kita merubah hala tuju matlamat dalam berusaha". - Jack Canfield.

Kata-kata itu bukan kata-kata motivasi kosong, tetapi dibuktikan sendiri oleh Jack Canfield. Tahukah Anda, sebeleum menjadi terkenal, Jack pernah menulis sebuah buku pembangunan diri dengan tajuk "Success Principles". Namun, buku tulisannya itu masih kurang mendapat sambutan.

Oleh kerana berdepan dengan pelbagai cabaran, dia menangguhkan usaha untuk menulis satu lagi buku selepas Success Principles. Tetapi, masih kurang pasti apakah tajuk yang sesuai untuk menjadikannya buku 'best seller'. Matlamat untuk menerbitkan buku tersebut terpaksa ditangguhkan lagi.

Fikir punya fikir, ketika berbual-bual di satu petang bersama dengan kawan baiknya, timbul idea untuk mereka menjadi penulis bersama. Dari perbualan santai, terhasil tajuk "Chicken Soup For The Soul".

Tajuk itu pernah diketawakan hanya kerana perkataan "Chicken Soup" yang bermaksud sup ayam. Lucu bunyinya.

Usaha yang dulu ditangguh sementara kini diteruskan semula. Apabila edisi pertama buku itu terbit, ia mencapai jumlah jualan melebihi sejuta naskah dan masih lagi diulang cetak berkali-kali sehingga ke hari ini untuk edaran ke seluruh dunia.

Apabila menerima cek pertama hasil royalti buku "chiken Soup For The Soul", Jack dan kawan baiknya menerima bayaran royalti bertulis angka 1 dengan diikuti 6 digit kosong dibelakangnya. Angka itu adalah satu juta US Dollar.

Serapkan kata-kata motivasi kali ni dalam ingatkan Anda. Cabaran memang membuat kita menangguh usaha, tapi tak akan pernah merubah matlamat kita melainkan kita sendiri merubah matlamat tersebut.

Mental Kaya Mental Berjaya

Dari pemerhatian teliti, orang berjaya menjadikan sikap suka menambah ilmu satu kemestian pada diri mereka. Tanpa disuruh, tanpa dipaksa, mereka menambah ilmu dengan penuh konsisten sebab merasai kesan daripada sikap itu.

Mereka percaya kejayaan dan kekayaan bermula dari dalam minda. Untuk itu, minda perlu dipenuhkan dengan maklumat sebanyak mungkin.

Mental kaya dengan maklumat berpontensi besar untuk berjaya sebab di dalamnya tersimpan banyak ilmu. Ilmu boleh diperolehi melalui pengalaman, pembacaan, pengkajian dan penganalisaan.

Untuk nak berjaya dalam pelajaran, pekerjaan atau perniagaan, ubah diri Anda supaya rajin memasukkan maklumat. Gunakan apa saja cara sebab maklumat sekarang ini banyak di dapati dalam pelbagai bentuk, antaranya teks bertulis untuk dibaca, mp3 untuk didengar, video untuk dilihat mahupun podkas (podcast) dari Internet.

Nak jadi pelajar cemerlang, kena rajin membaca, mengulangkaji dan berlatih, terutama untuk subjek pengiraan. Korbankan masa Anda untuk tujuan ini dan lupakan perkara lain, selagi masih belum cemerlang.

Nak jadi pekerja cemerlang, kena rajin buat kerja dengan penuh kualiti, perbaiki komunikasi dan cari cara bagaimana untuk sentiasa mendisiplinkan diri.

Nak jadi usahawan cemerlang, banyakkan membaca tentang jenis perniagaan, kaji cara pemasaran dan cara pengurusan pelanggan. Ingat, kecemerlangan bermula dengan ilmu. Diri yang berilmu bermula dari sikap suka membaca.

Walaupun kesannya sedikit memakan masa, namun, sejarah sudah membuktikan, mental kaya akan membentuk mental berjaya. Perkayan mental Anda dengan ilmu. Siapa yang empunya mental, sudah tentu namanya tergolong dalam senarai orang-orang berjaya!.


 

Kad ATM


Nombor pin ATM yg diterbalikkan- Sekiranya anda dirompak dan dipaksa untuk mengeluarkan wang akaun anda daripada mesin ATM, anda boleh meminta bantuan cara senyap dengan
> > > > > > memasukkan no Pin anda di mesin ATM cara terbalik. Sebagai contoh jika no Pin anda adalah 123456, jadi anda harus memasukkan nombor 654321. Mesin ATM akan mengenalpasti nombor tersebut adalah nombor yg diterbalikkan drpd nombor yg sebenarnya melalui kad anda yg masukkan kedalam mesin tersebut. Mesin ATM akan tetap mengeluarkan wang tunai seperti biasa, tapi apa yg kita tidak ketahui, pihak Bank dgn segera akan menghantar pihak berkuasa (Polis) kepada anda. Perkara ini pernah disiarkan di TV baru-baru ini dan ianya menyatakan kaedah ini jarang diguna disebabkan ramai orang tidak mengetahui akan kewujudan sistem yg seumpama ini.
Sebarkanlah maklumat ini seluas mungkin untuk manfaat kepada orang lain.

Motivasi Basikal

Kaitan Motivasi Dengan Gear Basikal

| By Shueqry |


 

Bila Anda melihat pada susunan gear sebuah basikal lumba, sudah pasti Anda perasan ada 8-9 susunan gear di roda belakang dan 2 saiz gear di bahagian pedal.

Bila mendaki bukit, biasanya seorang pelumba basikal akan menggunakan gear rendah tapi mengayuh pedal dengan laju. Bila dijalan lurus, dia menggunakan gear tinggi dengan kadar kayuhan yang lebih laju berbanding ketika mendaki bukit.

Saya kaitkan dengan tahap motivasi kita. Bila berdepan dengan cabaran hebat (ibarat sedang berkayuh mendaki bukit) Anda menukar ke gear rendah yang lebih ringan lalu mengayuh pedal basikal dengan laju untuk membolehkan Anda bergerak pada momentum tinggi, walaupun ketika berlumba mendaki bukit.

Ibarat berdepan dengan cabaran hebat tadi, Anda menukar approach, menukar strategi, mendoublekan motivasi supaya Anda jadi lebih bersemangat! (terus laju walau berlumba mendaki bukit)

Bila sudah cabaran reda, Anda gandakan lagi usaha (ibarat mengayuh dengan lebih laju di jalan lurus) dan maintain motivasi pada tahap tinggi secara konsisten setiap hari supaya Anda sentiasa membara dengan semangat dalam mengejar kejayaan.

Inilah kaitan motivasi dengan gear basikal seperti yang maksudkan.

Bila berdepan cabaran, Anda hanya perlu merubah strategi, saya kiaskan dengan menukar gear basikal. Anda tidak perlu berhenti. Andai kiranya Anda berhenti mencuba, maka Anda telah gagal, gagal sebenar-benar gagal.

Ibarat seorang pelumba basikal yang mengalah dari cuba berlumba hingga ke garisan penamat, Anda berhenti di tepi jalan, mengangkat basikal lalu pergi, give up pada cabaran.

Mulai hari ini, latih diri Anda supaya bermotivasi, agar sentiasa bersemangat mengejar matlamat Anda.

Perlu kuat semangat, perlu kuat menghadapi cabaran.

Pemikiran

Pemikiran kita adalah raja. Ianya menentukan kejayaan kita. Kita adalah apa yang kita fikirkan. Kita mampu mengubah dunia jika itu yang kita fikirkan. Begitu juga sebaliknya. Tiada apa yang berubah selagi pemikiran kita tidak berubah.

"Bila kita mengubah pemikiran kita,

kita sebenarnya mengubah kepercayaan kita;


Bila kita mengubah kepercayaan kita,

kita sebenarnya mengubah jangkaan kita;


Bila kita mengubah jangkaan kita,

kita sebenarnya mengubah sikap kita;


Bila kita mengubah sikap kita,

kita sebenarnya mengubah tabiat kita;


Bila kita mengubah tabiat kita,

kita sebenarnya mengubah prestasi kita;


Bila kita mengubah prestasi kita,

kita sebenarnya mengubah hidup kita;


Semua ini bermula dengan mengubah pemikiran kita."


So, change your mind now.. ….Jom Join Biz Hai O…………huhuhuhu..takut .

Dua Situasi Yang Mencabar Fikiran Positif

Bagi Anda yang telah berjaya membentuk diri sendiri membina sikap positif, tindakan positif dan fikiran positif, tahniah diucapkan. Terus positif!( saya masih berusaha kearah ini,,doa kan)

Untuk kekal positif, terlebih dahulu kita perlu tahu bagaimana dan situasi apa yang akan kita hadapi nanti. Orang yang berfikiran positif sentiasa berdepan dengan banyak cabaran kerana setiap hari akan berjumpa banyak situasi yang kadangkala menyebabkan dia jatuh ke fikiran negatif, terutama ketika marah, stress, sakit hati atau cemburu.

Marah adalah sikap dalam diri yang menjadi pencabar utama pada fikiran positif. Sesetengah orang tak boleh tahan sabar, tak leh nak tahan marah, mesti meletup punya. Marah akan menyebabkan kita hilang pertimbangan logik, selain mendorong tabit suka menghambur rasa tak puas hati tanpa bertapis.

Apa nak buat bila Anda marah? Cemana nak berfikiran positif ketika sedang marah? Boleh buat ke?

Marah sifatnya api. Jadi untuk memadamkan api, kita kena cari air supaya api tu padam lalu menghilang. Air ni sifatnya sejuk, tenang, damai. Bagi kita manusia, kesejukan, ketenangan dan kedamaian ada dalam sikap pemaaf dan saat Anda meminta maaf juga ketika sedang berada di tempat tenang.

Setiap kali Anda marah, kawal diri Anda, kenal pasti bila Anda nak marah cemana. Saat mula marah, tahan marah tu sebab ia akan menjadikan Anda hilang kawalan.

Paling teruk, Anda akan hilang kawan, hilang saudara mara, hilang kasih sayang keluarga tanpa Anda sedari. Sebelum menyesal sendiri, lebih baik Anda fikir dulu sebelum naik marah atau naik angin tiba-tiba.

Bila sedar yang Anda marah, minta ampun banyak-banyak daripada Tuhan. Bagi yang Islam, ucap istighfar banyak-banyak daripada Allah swt. Rasa meminta maaf dari lafaz istighfar tu akan meresap jauh ke dalam sanubari lalu menerbitkan keinsafan, yang sifat sejuknya boleh memadam api kemarahan.

Minta maaf juga dari rakan-rakan, keluarga dan yang tersayang, mana tahu, ada yang terasa. Paling penting, Anda kena maafkan diri sendiri, kena terima kesilapan diri sendiri kerana tak mengawal sikap marah.

Tanamkan tekad yang Anda akan mengawal rasa marah lain kali.

Tanam tekad supaya Anda sentiasa jaga emosi Anda!

Stress, biasanya muncul dari kesibukan kerja, sebab kurang rehat, kurang tidur, kurang kasih sayang atau ketika dimarah atau diherdik dengan suara tinggi tiba-tiba. Seperti marah, stress juga sifatnya api kerana ia bagai membakar marak di dalam kepala sehingga kita jadi tertekan.

Cemana nak berfikiran positif bila Anda dah mula stress?

Lain orang lain caranya. Tapi, cara yang biasanya berkesan adalah dengan mencari tempat yang tenang, sunyi, damai dan sejuk. Lawan stress kena cari suasana yang bersifat sejuk. Sama seperti kita simbah api dengan air, last-last api tu padam.

Sesetengah orang suka berenang untuk kurangkan stress. Ada yang suka bergelak ketawa walau di hatinya penuh dengan stress yang susah nak diterangakan kepayahannya. Ada juga di antara kita suka meluah dengan rakan kerana berbuat begitu buat dia rasa lebih 'ringan'.

Ada orang suka jalan-jalan untuk ringankan beban stress. Walau apapun cara yang Anda lakukan untuk mengurangkan beban stress, biar yang berkesan, sesuai dengan diri Anda. Buat dulu satu cara, jika masih kurang berkesan, ubah. Buat cara lain sampai terasa sesuai untuk melawan stress.

Jika berenang tak berkesan, cuba gelak ketawa. Ketawa dan terus ketawa, pastikan diri Anda sentiasa ketawa.

Jika ketawa masih tak berkesan untuk ilangkan stress, buat cara lain. Pergi berjalan-jalan, atau cari kawan untuk meluah stress Anda. Selepas meluah, Anda akan mula nampak aspek-aspek positif dalam semua yang Anda lalui, sebab fikiran tak lagi dikuasai emosi.

Itulah dua situasi utama yang selalu mencabar fikiran positif. Dua situasi ni juga yang menyebabkan ramai orang gagal melatih minda mereka menjadi positif, hanya kerana selalu marah-marah dan asyik tertekan.

Situasi-situasi lain akan ikut selepas rasa marah dan rasa tertekan. Jika Anda bertemu dengan dua situasi tersebut, ikuti langkah yang dicadangkan, sebab ia berkesan membantu Anda kembali semula kepada sikap positif, tabiat positif dan fikiran positif.

Nak sentiasa berfikiran positif, kena sentiasa bersemangat. Jika tak bersemangat, latih diri supaya sentiasa bersemangat.

Nak ada semangat, kena tekad.

Nak tekad, perlukan keazaman yang kuat!

p/s: saya tabikkk getarrr kat bosss saya,en ruzaidePKMJKB……walaupun saya byk buat silap…tapi bila jumpa Senyum je…….(Semoga Anda Sihat dan Murah Rezeki…amin) –

kata orang bukan semuanya betul..,


from Bad Boy PKMJKB Nov 09

BERAKHIRNYA SKIM CEPAT KAYA 2008


 

Salam November 2008 kepada Pembaca Blog ….andy181

Apa khabar..? Semoga berada dalam kewangan yang sihat!

Bagi kawan-kawan yang telah terkena dan terlibat lagi dengan Skim Cepat Kaya Tahun 2008, saya harap anda semua jadikan ini sebagai suatu pengajaran dan ambil iktibar daripadanya.

Sedarlah bahawa untuk mendapatkan wang dan menjadi kaya tidaklah semudah itu!

Sebagaimana yang saya nyatakan dalam post saya sebelum iniApa Yang Perlu Anda Ketahui Jika Ingin Melabur ,  akhirnya Bank Negara Malaysia menyerbu 4 buah syarikat yang menjalankan aktiviti Skim Cepat Kaya tersebut..!

Jika Tahun 2007 dengan Skim Pelaburan Internet, Tahun 2008 pula dengan Pelaburan Syarikat melalui perkongsian keuntungan modal…itulah kitaran Skim Cepat Kaya di negara kita…dan yang amat menyedihkan, mereka yang terlibat adalah dikalangan mangsa yang sama

Sudah-sudahlah tu wahai kawan-kawan..ambillah iktibar daripada apa yang berlaku..

Celiklah dan pelajarilah realiti pelaburan yang sebenar…dan berpijaklah di bumi yang nyata…bacalah buku-buku kewangan, pelaburan dan ekonomi jika benar-benar ingin menjadi pelabur yang sebenar…

Hadirlah seminar-seminar yang berkaitan dan juga lawatilah blog-blog kewangan yang berkaitan dengan kewangan yang sebenar- macam blog ini , dan jangan asyik melayari blog yang berkaitan pelaburan yang menjanjikan keuntungan yang tidak berasas dan pulangan keuntungan secara tetap semata-mata…

Saranan saya, jika anda ingin menjadi pelabur yang sebenar, melaburlah dalam diri sendiri dahulu kerana ianya lebih menguntungkan anda ….!

Salam kekayaan,

fromTHINKERICH

HUTANG…BAIK & BURUK?

Salam pembaca Blog…andy181

Ada orang yang mengatakan hutang itu sesuatu yang baik dan ada sestengah yang lain pula menyalahkan hutang sebagai punca segala masalah dalam kehidupan mereka. Namun begitu, apakah realiti sebenar hutang ini? Saya pasti anda juga ingin tahu bukan? Ada teori yang mengatakan 'Hutang Baik' dan 'Hutang Buruk'…

Anda mungkin bertanya saya.."Saudara Thinkerich, saya makin keliru??? Apakah maksudnya semua ini? Boleh tolong jelaskan…"

Baiklah tuan-tuan dan puan-puan yang dikasihi sekalian…begini kisahnya:-

Hutang secara ringkasnya bolehlah dikaitkan dengan pinjaman. Ianya termasuklah pinjaman perumahan, pinjaman peribadi, pinjaman perniagaan dan pelbagai bentuk kemudahan kredit.

Ianya juga boleh diumpamakan seperti sebilah pisau yang boleh digunakan di kedua-dua belah sisi sama ada atas atau pun bawah. Ianya mungkin boleh digunakan untuk tujuan dan manfaat bagi membantu memudahkan urusan kehidupan anda atau sebaliknya ia mungkin boleh melukakan atau mencederakan jika anda silap atau cuai dalam menggunakannya.

Jika anda serius untuk menjadi kaya, maka gunakan hutang ini sebagai satu bentuk 'laveraj' untuk membantu diri anda sebagaimana orang-orang kaya gunakannya sebagai alat untuk mencapai kekayaan mereka.

Contohnya, mereka menggunakan hutang untuk membantu mereka memperolehi lebih banyak kawalan ke atas pegangan aset seperti rumah dengan membuat pinjaman. Apakah anda fikir orang kaya membeli rumah secara tunai? Sudah tentu tidak!

Jika mereka ada wang RM1,000,000.00, mereka tidak membeli sebuah rumah atau dua buah rumah secara tunai dengan wang sejumlah itu, sebaliknya mereka menggunakan leveraj tersebut untuk mendapat pegangan aset hartanah yang bernilai mungkin 10 kali ganda daripada nilai itu dengan baki 90 peratus di bawah pembiayaan Bank.

Bagi usahawan dalam dunia perniagaan mereka menggunakan wang yang dipinjam daripada bank untuk membiayai kos projek mereka tanpa perlu mengeluarkan wang sendiri. Apabila mereka mendapat untung seperti yang mereka rancangkan, wang pinjaman tersebut akan dilangsaikan dengan segera termasuk kos faedah pinjaman . Katakan kos projek bernilai RM500,000.00 dan ingin mencatatkan keuntungan sejumlah 20% + 10 % (Faedah pinjaman) daripada kos modal projek tersebut,  mereka hanya perlu dapatkan pinjaman bagi jumlah yang diperlukan itu daripada pihak bank dan selepas siap projek tersebut mereka akan memperolehi keuntungan RM100,000.00 tanpa perlu keluarkan RM500,000.00.

Malangnya kebanyakan daripada kita masih lagi silap dalam menggunakan hutang sebagai 'laveraj'. Kebanyakan menggunakannya untuk meningkatkan taraf hidup mereka  seperti membeli kereta sports atau mewah, menggunakan Kad Kredit untuk berbelanja 'shopping' dan sebagainya.

Secara ringkasnya atau lebih tepat hutang buruk ini adalah bila mana anda meminjam untuk membeli sesuatu yang memiliki kejatuhan nilai atau langsung tidak membantu anda meningkatkan nilai aset anda sebaliknya membebankan diri anda seperti membeli set TV hi=fi, kereta mewah atau pun bershopping.

Jadi anda pilih yang mana satu? Sekiranya anda mahukan kekayaan, contohi cara orang kaya menggunakan hutang atau sebaliknya, terserah kepada anda!

Salam kekayaan,

From THINKERICH