Dua Situasi Yang Mencabar Fikiran Positif

Bagi Anda yang telah berjaya membentuk diri sendiri membina sikap positif, tindakan positif dan fikiran positif, tahniah diucapkan. Terus positif!( saya masih berusaha kearah ini,,doa kan)

Untuk kekal positif, terlebih dahulu kita perlu tahu bagaimana dan situasi apa yang akan kita hadapi nanti. Orang yang berfikiran positif sentiasa berdepan dengan banyak cabaran kerana setiap hari akan berjumpa banyak situasi yang kadangkala menyebabkan dia jatuh ke fikiran negatif, terutama ketika marah, stress, sakit hati atau cemburu.

Marah adalah sikap dalam diri yang menjadi pencabar utama pada fikiran positif. Sesetengah orang tak boleh tahan sabar, tak leh nak tahan marah, mesti meletup punya. Marah akan menyebabkan kita hilang pertimbangan logik, selain mendorong tabit suka menghambur rasa tak puas hati tanpa bertapis.

Apa nak buat bila Anda marah? Cemana nak berfikiran positif ketika sedang marah? Boleh buat ke?

Marah sifatnya api. Jadi untuk memadamkan api, kita kena cari air supaya api tu padam lalu menghilang. Air ni sifatnya sejuk, tenang, damai. Bagi kita manusia, kesejukan, ketenangan dan kedamaian ada dalam sikap pemaaf dan saat Anda meminta maaf juga ketika sedang berada di tempat tenang.

Setiap kali Anda marah, kawal diri Anda, kenal pasti bila Anda nak marah cemana. Saat mula marah, tahan marah tu sebab ia akan menjadikan Anda hilang kawalan.

Paling teruk, Anda akan hilang kawan, hilang saudara mara, hilang kasih sayang keluarga tanpa Anda sedari. Sebelum menyesal sendiri, lebih baik Anda fikir dulu sebelum naik marah atau naik angin tiba-tiba.

Bila sedar yang Anda marah, minta ampun banyak-banyak daripada Tuhan. Bagi yang Islam, ucap istighfar banyak-banyak daripada Allah swt. Rasa meminta maaf dari lafaz istighfar tu akan meresap jauh ke dalam sanubari lalu menerbitkan keinsafan, yang sifat sejuknya boleh memadam api kemarahan.

Minta maaf juga dari rakan-rakan, keluarga dan yang tersayang, mana tahu, ada yang terasa. Paling penting, Anda kena maafkan diri sendiri, kena terima kesilapan diri sendiri kerana tak mengawal sikap marah.

Tanamkan tekad yang Anda akan mengawal rasa marah lain kali.

Tanam tekad supaya Anda sentiasa jaga emosi Anda!

Stress, biasanya muncul dari kesibukan kerja, sebab kurang rehat, kurang tidur, kurang kasih sayang atau ketika dimarah atau diherdik dengan suara tinggi tiba-tiba. Seperti marah, stress juga sifatnya api kerana ia bagai membakar marak di dalam kepala sehingga kita jadi tertekan.

Cemana nak berfikiran positif bila Anda dah mula stress?

Lain orang lain caranya. Tapi, cara yang biasanya berkesan adalah dengan mencari tempat yang tenang, sunyi, damai dan sejuk. Lawan stress kena cari suasana yang bersifat sejuk. Sama seperti kita simbah api dengan air, last-last api tu padam.

Sesetengah orang suka berenang untuk kurangkan stress. Ada yang suka bergelak ketawa walau di hatinya penuh dengan stress yang susah nak diterangakan kepayahannya. Ada juga di antara kita suka meluah dengan rakan kerana berbuat begitu buat dia rasa lebih 'ringan'.

Ada orang suka jalan-jalan untuk ringankan beban stress. Walau apapun cara yang Anda lakukan untuk mengurangkan beban stress, biar yang berkesan, sesuai dengan diri Anda. Buat dulu satu cara, jika masih kurang berkesan, ubah. Buat cara lain sampai terasa sesuai untuk melawan stress.

Jika berenang tak berkesan, cuba gelak ketawa. Ketawa dan terus ketawa, pastikan diri Anda sentiasa ketawa.

Jika ketawa masih tak berkesan untuk ilangkan stress, buat cara lain. Pergi berjalan-jalan, atau cari kawan untuk meluah stress Anda. Selepas meluah, Anda akan mula nampak aspek-aspek positif dalam semua yang Anda lalui, sebab fikiran tak lagi dikuasai emosi.

Itulah dua situasi utama yang selalu mencabar fikiran positif. Dua situasi ni juga yang menyebabkan ramai orang gagal melatih minda mereka menjadi positif, hanya kerana selalu marah-marah dan asyik tertekan.

Situasi-situasi lain akan ikut selepas rasa marah dan rasa tertekan. Jika Anda bertemu dengan dua situasi tersebut, ikuti langkah yang dicadangkan, sebab ia berkesan membantu Anda kembali semula kepada sikap positif, tabiat positif dan fikiran positif.

Nak sentiasa berfikiran positif, kena sentiasa bersemangat. Jika tak bersemangat, latih diri supaya sentiasa bersemangat.

Nak ada semangat, kena tekad.

Nak tekad, perlukan keazaman yang kuat!

p/s: saya tabikkk getarrr kat bosss saya,en ruzaidePKMJKB……walaupun saya byk buat silap…tapi bila jumpa Senyum je…….(Semoga Anda Sihat dan Murah Rezeki…amin) –

kata orang bukan semuanya betul..,


from Bad Boy PKMJKB Nov 09