BERNIAGA BUKAN KERANA WANG?

Anda pasti tertanya-tanya;

"Apakah maksud sebenar saudara andy dengan tajuk artikel kali ini, berniaga bukan kerana wang?"

Anda mungkin bertanya lagi…."Bukankah tujuan utama usaha niaga itu untuk mendapatkan keuntungan wang?"

Baiklah, para pembaca yang budiman, biarlah saya jelaskan apa maksud sebenar saya!

Tetapi sebelum itu saya ingin bertanya kepada anda, apakah Anda Suka Berniaga? Atau Suka Duit?


 

Ini kerana kedua-dua jawapan yang bakal anda berikan nanti akan memberikan makna yang berbeza-beza.


 

Jika sekiranya anda ingin berniaga, jangan letakkan wang sebagai matlamat utama…(walaupun tujuan utama berniaga adalah untuk dapatkan keuntungan wang!)

Sebaliknya, letakkannya sebagai perkara No.2…


 

Ini kerana jika anda jadikannya sebagai keutamaan, anda akan cepat kecewa dan putus asa apabila usaha permulaan anda tidak mendatangkan sebarang hasil…

Akibatnya anda akan 'give up' dan seterusnya enggan mencuba lagi kerana anda akan beranggapan ianya tidak memberikan pulangan dan hasil yang menguntungkan anda.

Apa yang patut anda lakukan pada peringkat permulaan perniagaan hanyalah sebagai asas untuk menimba pengalaman dan pengetahuan dalam dunia perniagaan.

Anda tidak boleh menaruh harapan yang terlalu tinggi pada peringkat permulaan, walaupun pada asasnya anda perlu berpandangan jauh dengan misi dan visi untuk mencapai kejayaan.

Jika anda terlalu mengharapkan pulangan berlipat ganda dalam masa yang singkat sebaik menceburi bidang perniagaan dikhuatiri anda akan merasa hampa jika apa yang anda impikan tidak berhasil.

Oleh itu, letakkan matlamat untuk belajar dan mengetahui selok belok perniagaan untuk tiga bulan yang pertama, jika anda dapat mencatat sedikit keuntungan, itu adalah sesuatu petanda yang baik.

Namun jika anda beroleh hasil yang lumayan pada peringkat ini, seharusnya ianya meningkatkan motivasi anda dan menggunakan sebahagian daripada keuntungan tersebut untuk dilaburkan semula


 

Salam semua……walfare