Bakat semulajadi mungkin tak menjadi

Posted by Irfan Khairi under Tip Motivasi

Hari ni saya nak sebut tentang "Bakat Semulajadi".

  • Bila kita tengok Tiger Woods, kita kata beliau mempunyai bakat semulajadi dalam bermain golf.
  • Bila kita tengok Siti Nurhaliza, kita kata beliau mempunyai bakat semulajadi dalam nyanyian.
  • Bila tengok IK, ada yang kata saya mempunyai bakat semulajadi dalam perniagaan.

Sememangnya bakat, adalah pemberian Allah swt, tetapi, bakat yang tidak diasah adalah sia-sia.

  • Tiger Woods mengambil masa berjam-jam setiap hari berlatih bermain golf, walaupun sedia mempunyai bakat
  • Dato Siti Nurhaliza juga berlatih dan mempelajari teknik-teknik nyanyian untuk jadi lebih hebat
  • Saya juga mengambil masa berjam-jam membaca dan melakukan research dalam bidang perniagaan

Bakat tanpa diasah hanyalah sia-sia. Pastinya semua orang mempunya bakat… atau bakat semulajadi. Tetapi, adakah semua orang mengasah bakat masing-masing supaya bakat tersebut menjadi hebat? Sekiranya sesuatu bakat tidak diasah, maka itulah satu kerugian yang amat sangat. Maka, bakat pun tak menjadi.

Ketahui bahawa kita sendiri mencipta bakat dalam diri dengan banyak-banyak berlatih dan mempelajari ilmu dalam sesuatu bidang tersebut. Mula asah bakat anda sekarang!