AKU NAK BERNIAGA, TAPI TAK PANDAI, APA TIPS KAU?

Mungkin anda di kalangan pembaca setia blog ini tertanya-tanya dengan tajuk post saya kali ini, agak kasar bunyinya kan?
Apa yang ingin saya nyatakan di sini sekali lagi, sekiranya anda terus menyalahkan orang lain, kemudian merungut lebih dulu tanpa berusaha, anda tidak akan ke mana….
Inilah penyakit manusia yang paling kronik sejak zaman berzaman lagi…..Belum apa-apa lagi dah cakap, tak pandai, tak boleh, tak mampu, tak tahu, dan pelbagai tak lagi yang kesemuanya berdasarkan kepada keputusan dan pemikiran singkat yang diputuskan oleh cara berfikir yang merendah-rendahkan kemampuan diri sendiri…..
Berbalik kepada persoalan daripada pembaca tersebut, jika anda NAK berniaga sahaja itu belum cukup, bak kata Pakdi,


MINAT SAJA TAK CUKUP NAK BUAT BISNES

Ternyata persoalan yang keluar daripada mulut seseorang itu mencerminkan apa yang ada dalam diri mereka!



“MULUT ITU SESUNGGUHNYA SEPERTI TEKO AIR,
APA YANG KELUAR DARIPADA TEKO AIR ITU
ADALAH APA YANG ADA DI DALAMnya”




Maksudnya : ….apa yang diperkatakan oleh seseorang itu ianya menunjukkan sikap, cara berfikir dan keperibadian seseorang itu…..
Apa yang saya kongsikan dan nyatakan dalam blog ini adalah untuk mendorong para pembaca agar dapat berfikir secara kreatif dan seterusnya berusaha serta bertindak daripada seseorang yang bersikap pesimis menjadi yang optimistik!

Cara berfikir sedemikianlah yang mengakibatkan ramai dikalangan masyarakat kita masih berada di takuk lama….tidak berubah dan asyik mengharapkan bantuan dan belas ihsan.
Terdapat pelbagai tips dan pelbagai cara untuk menyelesaikan permasalahan yang timbul atau mungkin ianya ditimbulkan oleh individu itu sendiri, tetapi ianya tidak akan memberi sebarang kesan jika yang ‘empunya diri’ masih bersikap ‘pesimis’ terhadap diri sendiri….
Jika anda malas berfikir serta malas untuk berusaha dan hanya sekadar mengharapkan tips dan bantuan mudah daripada orang lain, anda akan tetap dan kekal dengan apa yang anda ada sekarang!


Jika anda susah nak dapat pekerjaan, jangan salahkan orang lain, salahkan diri sendiri….tanya kenapa anda susah nak dapat keje? Mungkin anda memilih kot…?
Nak meniaga tidak pandai, (MERUNGUT lagi),…cubalah belajar cara untuk berniaga!
Semua orang yang menjalankan perniagaan, mereka belajar dari awal juga….
Jawapan saya kepada soalan,
“Aku Nak Berniaga, Tapi Tak Pandai, Apa Tips Kau?
Jawabnya,
“Dah tahu tak pandai, apa lagi usaha dan ikhtiarkanlah untuk Belajar!”


Pada pandangan saya, soalan yang ditanyakan itu tak ubah seperti soalan berikut;


“Saya nak membaca, tetapi tak pandai membaca! Apa tips Cikgu?”

Maka guru yang sudah berpengalaman mengajar hampir puluhan ribu muridnya selama setengah abad itu pun berkata dengan penuh budi bahasa;


“Oleh kerana anda tidak tahu membaca, maka anda perlulah berusaha untuk BELAJAR membaca!”


Renung-renungkanlah….!
Salam Kekayaan,