Pencuri Impian
Kisah ini adalah tentang Monty Roberts, penulis buku The Man Who Listen to The Horse. Sebuah kisah yang memberi inspirasi kepada saya. Saya harap ia juga memberi inspirasi kepada anda. Pemuda ini merupakan anak kepada seorang pelatih kuda. Kehidupan mereka adalah beralih dari satu kandang ke kandang kuda yang lain untuk melatih kuda.
Kisah bermula apabila, pemuda ini berada si sekolah tinggi. Gurunya telah memintanya untuk menulis matlamat dan perkara yang akan dilakukannya apabila meningkat dewasa nanti. Malam itu dia telah membuat keputusan untuk mempunyai ladang penternakan yang luas suatu hari nanti. Pemuda ini mahu ladang itu seluas 200 ekar. Dia telah menulis sejelas-jelasnya tentang ciri-ciri keadaan ladang tersebut. Pemuda ini juga ingin mempunyai rumah berkeluasan 4000 kaki persegi. Dia telah melukis dengan jelas tentang pelan rantai rumah tersebut. Pemuda ini juga telah memastikan di mana rumah tersebut itu berada di ladang perternakan kuda yang seluas 200 ekar itu. Dia telah menulis sebanyak tujuh muka surat untuk menjelaskan impiannya. Dia telah menulis dengan begitu jelas sekali.
Dua hari kemudian, pemuda ini mendapat hasil kerjanya semula.
Keputusan yang didapatinya agak meleset pemikiran kita. Kita mungkin akan berfikir pemuda tersebut mendapat keputusan yang baik berdasarkan apa yang diberikannya. Tetapi malangnya, huruf merah F dan “ jumpa saya selepas kelas ” tertera di hadapan kertasnya.
Pemuda ini kehairanan. Oleh itu selepas kelas pemuda ini pun pergi berjumpa dengan guru tersebut. Dia ingin bertanya kenapa dia mendapat F. Setahunya, dia telah membuat yang terbaik.
Jawab guru tersebut,
”Impian ini adalah mustahil untuk pemuda seperti awak.Awak tidak mempunyai duit. Awak datang daripada keluarga yang hidup tak tetap, suka bergerak dari satu tempat ke tempat yang lain. Awak tidak mempunyai sumber.Untuk memiliki ladang perternakan awak perlu mempunyai duit yang banyak.Awak perlu membeli tanah. Awak perlu membayar sejumlah duit yang besar untuk mendapatkan baka yang asli. Dan awak juga perlu membayar tempat untuk menternaknya. Tiada jalan menunjukkan awak mampu melakukannya”
“Kalau awak menulis semula matlamat atau impian awak yang lebih realistik mungkin saya akan mempertimbangkan gred awak”
Pemuda tersebut pun balik ke rumah untuk memikirkannya. Dia mengambil masa yang lama untuk memikirkannya. Bagai ditelan mati emak diluah mati bapa. Dia tidak sanggup membuang impiannya. Tetapi jika dia tidak lakukan demikian keputusan peperiksaannya akan terjejas. Jadi dia pun merujuk kepada bapanya untuk mendapat pandangan.
Bapanya menyuruhnya membuat keputusan sendiri. Menurut bapanya, keputusan ini adalah perkara yang penting megenai kehidupannya. Oleh itu, dia sendiri yang perlu menentukannya.Selepas seminggu memikirkan perkara tersebut, dia pun mengambil keputusan.
Dia akan mengembali kertas kerja tersebut tanpa mengubah matlamatnya. Dia nekad.
“ Cikgu boleh simpan gred yang diberikan cikgu kepada saya tetapi saya tetap akan menyimpan impian saya.”
Beberapa tahun kemudian, apa yang yang digambarkan dalam kertas mula menjadi realiti. Budak tersebut kini memiliki rumah seluas 4000 kaki dan ladang kuda seluas 200 ekar. Kertas tersebut masih lagi disimpannya dan dibingkaikan.
Ketika guru tersebut berjumpa dengan Morty, guru tersebut hanya mampu bercakap,
“Lihat, Monty. Saya rasa saya boleh cakapkannya sekarang. Semasa saya menjadi cikgu awak, saya merupakan pencuri impian. Saya telah mencuri ramai impian budak-budak kecil. Awak sungguh bernasib baik kerana awak tidak pernah putus asa dengan impian awak .“ :-P
p/s: hari2 terakhir sebelum bersara........i am ready now...good bye everyone.