KALAU TAK BUAT PINJAMAN MACAMANA NAK START..?

Saya tertarik dengan komen salah seorang pembaca blog pemikirkaya berkaitan post saya Pinjaman…adakah sesuatu yang bijak?

Seringkali anda memiliki impian dan cita-cita yang besar namun seringkali ianya menjadi mangsa pembunuhan kejam oleh diri anda sendiri!

Memang diakui untuk bermula dalam sesuatu perniagaan anda pasti memerlukan modal, tetapi adakah ianya mencukupi dengan perancangan dan matlamat perniagaan anda.

Kelemahan utama yang dapat saya perhatikan berdasarkan kajian yang dilakukan, adalah didapati bahawa punca utama kegagalan sesuatu perniagaan adalah berpunca daripada pengurusan kewangan terutama apabila melibatkan pengurusan kredit (hutang).

Ramai dikalangan usahawan yang memulakan perniagaan begitu ghairah untuk mendapatkan pinjaman kredit bagi menjayakan sesuatu projek perniagaan mereka tetapi seringkali lupa akan tanggungjawab yang mereka perlu lakukan setelah menerima pinjaman tersebut.

Apabila anda berjaya menerima pinjaman berjumlah RM500,000, anda harus ingat bahawa anda ada tanggunjawab untuk memastikan wang yang anda pinjam tersebut perlu dibayar kembali kepada pihak Bank sejumlah RM550,000 (katakan faedah yang dikenakan 10%) dalam tempoh yang dipersetujui sebagaimana perjanjian.

Dan yang paling penting juga anda perlu BERTANGGUNGJAWAB untuk memastikan wang pinjaman tersebut bukan sekadar mampu membayar faedah pinjaman bank tetapi MAMPU menjana keuntungan sekitar 30% atau mungkin 100% bergantung kepada matlamat anda.

Ini kerana dalam perniagaan anda yang menentukan pulangan yang layak anda terima dan bukannya orang lain.

Maka ingatlah, apabila anda berhutang dan membuat pinjaman, perkataan pertama yang perlu anda ingat adalah TANGGUNGJAWAB!

Salam kekayaan,

From :THINKERICH