Jual Diri

Jual diri maksudnya Anda mempamerkan penampilan yang segak, gaya berkomunikasi yang memukau serta stail percakapan yang energetik. Dalam direct sales, konsep ini sering ditekankan. Orang puteh kata "sell yourself".

Saya terlibat setahun dalam direct sales dan multi level marketing. Walaupun saya dalam perjalanan mengejar matlamat mahu menjadi pengedar MLM yang berjaya, saya banyak belajar konsep 'jual diri' dari leaders yang saya kenali secara dekat.

Konsepnya mudah. Bila kita mempamerkan kejujuran, integriti dan ketelusan mahu membantu, sesiapa jua akan tertarik.

Sama ada produk terjual atau tidak, itu sudah menjadi perkara kedua.

Janji, tarik perhatian orang lain dengan
ketelusan terlebih dahulu. Orang yang kita tidak kenali akan lebih percaya bila mereka melihat adanya konsep ni di dalam diri kita.

Kesannya, apa jua yang kita rekemenkan, mereka akan beli!

Adakah saya bercakap kosong? Tidak.

Buktinya, saya banyak 'menjual diri' melalui blog ini. Dari mana saya tiru? Sikap dan keperibadian Rasulullah s.a.w menjadi panduan buat saya.

Bahkan, Baginda di gelar Al-Amin kerana kejujurannya yang memang jujur sejujur-jujurnya. Sikap itu yang saya serap menjadi tabiat diri sendiri sehingga ke hari ini.

Sikap jujur juga menjadi salah satu tabiat orang-orang berjaya. Bahkan, kebanyakan mereka mengakui, jujur paling penting bila mahu berjaya dalam kerjaya dan perniagaan.

Jadi, jual diri Anda mulai saat ini juga!

Kemaskan penampilan dan perlihatkan komunikasi memukau, diiringi dengan kejujuran total.(saya dalam proses men-upgredkan diri saya,insyaallah)

Ada pula bagaimana……duk tang tuuu jerrr kerr..


 

Hai o - my choice for life