Lakukan Apa Yang Orang Lain Tak Sanggup

Orang-orang yang berjaya memiliki sikap ini. Mereka sanggup melakukan lebih dari orang biasa lakukan, dalam masa yang sama mereka juga sanggup melakukan apa yang orang-orang biasa tak sanggup lakukan.

Sebenarnya, jika Anda teliti sekeliling, orang-orang biasa minat pada keselesaan sekarang ini dan tidak menyimpan apa-apa matlamat yang mahu dikejar, sebab itu mereka tak nak bekerja keras. Ini kenyataan hdup, bukan nak point kepada mana-mana pihak.

Untuk cemerlang, Anda perlu korbankan keselesaan sekarang untuk keselesaan yang lebih berpanjangan di masa hadapan. Lakukan apa yang orang lain tak sanggup lakukan dan biarkan mereka kata apa yang mereka nak kata pada Anda.

Janji, Anda diamkan mulut, kuatkan semangat dan rajinkan tangan bekerja serta gerakkan fikiran memikir strategi seterusnya. They will always talking, talking and talking.

Pedulikan mereka, buat kerja Anda dan hiraukan cakapan-cakapan negatif mereka.

Mereka hanya akan diam bila Anda usaha Anda sudah berhasil ! Bagi saya inilah motivasi dalaman paling power, iaitu sikap mahu membuktikan yang Anda tidak seperti apa yang orang lain labelkan.

Lakukan apa yang orang lain tak sanggup lakukan. Jika mereka senyum sumbing melihat kerajinan Anda, terima hakikat mereka tidak bersetuju dengan perangai Anda yang di anggap 'bodoh' oleh mereka.

Biarkan mereka, jangan ambil kisah dan tumpukan fikiran pada usaha Anda, tak kisah sama ada Anda nak jadi pelajar cemerlang, nak jadi pekerja cemerlang atau usahawan MLM Hai O cemerlang.
Paling utama, Anda tahu apa matlamat Anda, tujuan hidup Anda dan destinasi Anda.

Kejayaan bukan satu perhentian, tapi sebuah perjalanan.


 

p/s: contoh best andy punya pendapat prosek hari ini…..sorry cik joe…lupa call u ari nei…hehehe..baru balik kl nei.nanti jumpa.Senarai prospek en joe dah ada kee…jom gempur….

  • Maaf banyak kawe tak dok masa…..nak buat biznes niee…..

    (dalam hati : penipu besar kamu neii,kalau kamu tak derr masa tak kan laa kamu leh tubik minum air ngan aku…malam2 pulak nie(Kat Sri Hartamas)….Biznes nei buat duk makan nasi pagi kat opiss pun boleh,tapi tak buat lagi dan Tau dah payah…..hahaha..supo belajar bawak kereta laaa……"Susah laaa bawak kereta,tak minat ehh…" loni ikat perut kerana kereta,dia ingat pakai kereta lagu mana….


     

    Kesimpulannya………MAHU @ Tidak MAHU


     

    Plz Click >Aku nak berniaga,tapi tak pandai,apa tip kau