Perkataan "Akan"

Salam ceria dan salam hebat luar biasa.

Anda seorang yang hebat, kerana memiliki minda yang amat hebat dan saya percaya Anda mampu mencipta kehebatan selepas ini.

Kali ini saya berkata tentang perkataan "AKAN" dalam aspek komunikasi dengan diri sendiri. Bila kita menetapkan matlamat, kita sering menggunakan perkataan "AKAN".

Misalnya, jika target, matlamat dan cita-cita kita nak jadi orang cemerlang, kita berkata pada diri sendiri macam ni, "aku akan jadi orang cemerlang".. " aku akan jadi usahawan yang cemerlang" ataupun "aku yakin aku boleh, aku yakin aku akan menjadi pekerja cemerlang".

Penggunaan perkataan "AKAN" sebenarnya mengelirukan minda Anda.

Seperti yang saya katakan sebelum ini, bila menetapkan matlamat Anda perlu spesifik tentang had masanya, berapa lama masa yang diperuntukkan untuk mencapai matlamat dan bila Anda mahu ia dicapai.

Adakah Anda mahu ia dicapai sekarang, dua hari dari sekarang, dalam minggu ini, bulan ini ataupun bulan depan?

Bila kita memasukkan kata "AKAN" dalam pernyataan diri, time-frame yang dimahukan kurang pasti dan tiada ukuran masa, bahkan tanpa penghujung. Minda tahu Anda mahu menjadi orang cemerlang, tapi bila?

Tukar perkataan AKAN tu, buang ia bila meletak matlamat. Dengan ini, minda tahu dengan spesifik yang Anda mahukannya sekarang, kalau bukan sekarang, secepat yang mungkin.

Misalnya..

"Aku yakin, aku cemerlang" bukannya "aku yakin, aku akan cemerlang"

"Duit datang dengan senangnya padaku" bukannya .. "Duit akan datang dengan senangnya padaku".

"Aku tahu, aku boleh dapatkan gadis tu menjadi buah hatiku, dia jadi milikku"..

dan bukannya "Aku tahu, aku akan dapatkan gadis tu menjadi buah hatiku, dia akan jadi milikku" ..

Jadi, latih diri Anda pernyataan diri sebegini.

Ia memudahkan Law Of Attraction menjalankan peranannya serta merta untuk Anda.

p/s;aku akan buat biz ini !!!aku akan dapat income 4 angka!!!!hahaha ………….5 bulan "AKAN" telah memakan diriku …hehehe.sumbat molek kawe..