PINJAMAN…ADAKAH SUATU YANG BIJAK?

Salam pembaca Blog andy181kb

Ramai di kalangan masyarakat hari ini menjadikan 'pinjaman' sebagai jalan mudah kepada penyelesaian kewangan masing-masing tanpa berfikir akan kemampuan untuk mereka membayar balik!

Sebenarnya, jika anda tidak mampu untuk menyelesaikan pinjaman anda dengan kadar segera, anda dinasihatkan agar tidak meminjam!

Ini kerana kebanyakan orang menyalahgunakan wang pinjaman dan mengakibatkan bebanan hutang mereka bertambah.

Anda mungkin beranggapan makin lama tempoh pembayaran balik, maka lebih rendah ansuran bulanan anda, maka anda lebih untung!

Anda SILAP!

Sila betulkan semula pemahaman anda tentang konsep pinjaman!

Memang benar jumlah ansuran yang anda bayar bagi pembayaran balik rumah anda selama 30 tahun adalah lebih rendah berbanding kadar ansuran bulanan yang anda bayar bagi tempoh 15 tahun.

Tetapi anda mungkin lupa, anda membeli rumah berharga RM100,000 tetapi dengan tempoh masa yang panjang, anda sebenarnya perlu bayar dua hingga tiga kali ganda harga tersebut sehingga menjadi RM300,000…

Duit siapa yang habis? Duit anda juga bukan…

Adakah ianya berbaloi?

Fikir dan renung-renungkanlah…

Salam kekayaan,

From:THINKERICH