Terima Kasih Atas Segalanya Biar Selalu


October 9, 2008 | By Shueqry |

Ramai dari kita anggap duit gaji, kereta, rumah, jodoh dan dapat memenuhi keperluan biologi adalah rezeki. Tapi, kita lupa pada perkara lain yang sebenarnya juga adalah rezeki.

Kita lupa jiran-jiran kita, tempat kerja, komputer yang kita gunakan, air yang setiap pagi bertugas menyegarkan kita, supermarket tempat kita membeli-belah, juga katil yang bertugas merehatkan tubuh kita selepas sehari suntuk bekerja.

Lupa perkara-perkara mudah tu menyebabkan kita tidak berterima kasih pada alam, juga pada Tuhan.

Bagaimana nak mengucap terima kasih? Cukup sekadar bertenang seketika, menutup mata, kemudian ucapkan terima kasih pada alam semesta dengan ikhlas. ucap terima kasih atas segalanya, dari sekecil-kecil perkara hingga sebesar-besar perkara.

Kita sebagai manusia ada dua unsur, fizikal dan spiritual. Dalam spiritual, ada jiwa dan ada roh.

Roh yang hebat, kuat dan sentiasa berhubung dengan Tuhan akan membentuk fizikal luaran yang juga hebat dan kuat. Bila sentiasa ada connection antara roh dengan Tuhan, serta merta akan wujud hubungan erat antar roh dengan alam semesta.

Bila sudah ada hubungan erat dengan alam semesta, segalanya berjalan dengan lancar, kecuali kita melakukan kesilapan sehingga segala apa yang kita lakukan tidak terjadi secara semulajadi, tetapi sebaliknya. Jika Anda banyak memerhati sekeliling dan berfikir sendiri, sebenarnya Tuhan dah set alam semesta supaya memudahkan hidup kita.

Bagaimana pula alam semesta memudahkan kehidupan kita? Alam penuh dengan energi. Energi itu sentiasa bergerak dalam bentuk getaran, wujud dalam bentuk gelombang. Energi ini terbit dari benda-benda bukan hidup (bumi, tumbuh-tumbuhan) lalu diserap oleh benda-benda hidup (manusia dan haiwan).

Energi alam yang diserap oleh tubuh kita akan digunakan oleh roh dan sel-sel badan untuk mencipta tenaga menggerakan tubuh kita, juga mencetuskan idea spontan yang berguna untuk kemajuan diri kita. Orang-orang berjaya menganggap idea adala satu aset berharga, kerana idea menjadikan pencapaian mereka lebih hebat daripada pencapaian orang-orang biasa.

Lihat Bill Gates. Walaupun dia seorang pakar pengaturcaraan komputer, ideanya untuk membuat perisian Windows membuat dia lebih berjaya daripada pengaturcara lain dalam bidang yang sama Apa yang membuat dia berbeza? Sebab idea yang keluar dari kepalanya adalah unik, lain dari yang lain.

Bill Gates berterima kasih pada alam dan komunitinya dengan cara mendedikasikan diri pada kerja-kerja kebajikan.  Bill Gates dan isteri kesayangannya komited dalam kerja-kerja amal melalui yayasan mereka, Bill Gates Foundation. Duit bukan lagi menjadi masalah kepada mereka, kerana mereka dah cukup berjaya.

Itu orang kaya dengan cara mereka berterima kasih. Bagi kita yang orang biasa ni, cukuplah sekadar dengan bersyukur atas semua yang kita ada, kerana itu semua adalah nikmat pemberian Tuhan yang tak mungkin akan diberikannya pada orang lain.

Tuhan telah menjadikan kita unik. Namun, keunikan itu hilang sedikit demi sedikit hanya kerana kita tidak selalu berterima kasih padanya.    

p/s andy: FIKIR-FIKIRKAN………thanks for my mentor - Shueqry