|
Apa maksud manusia berjaya? Manusia berjaya adalah mereka yang mempunyai wawasan atau visi masa depan. Hidup mereka ada matlamat, ada cita-cita.
Cemana pula jika kita tak ada matlamat? Adakah kita bukan manusia berjaya? Bukan manusia berjaya, tapi masih belum berjaya atau berada jauh dari kejayaan.
Manusia berjaya mempunyai cita-cita tinggi. Mereka mampu melihat jauh ke hadapan dalam usaha membina kejayaan dan keunggulan. Manusia berjaya tahu apa yang dia mahu.
Jika kita tidak ada matlamat, kita tidak akan berjaya. Sesiapa jua tak akan berjaya jika dia tidak ada matlamat, atau keliru apa yang dia mahukan sebenarnya. Jika sebuah perniagaan tidak ada matlamat, sudah tentu tidak mampu bertahan lama, sebab tidak ada hala tuju dan cita-cita yang mesti di capai.
Nabi Muhammad s.a.w ada matlamat tersendiri. Beliau diutus sebagai pesuruh Allah. Dalam masa yang sama, Baginda menjadi contoh ikutan buat para sahabat dan seluruh umatnya.
Hidup Baginda ada matlamat, iaitu sebagai orang yang menjalankan perintah Allah, utusan dan sebagai contoh teladan. Nabi Muhammad s.a.w. ada ciri-ciri manusia berjaya.
Untuk menjadi manusia berjaya, Anda boleh bermula merubah diri dengan pertama sekali tahu apa yang Anda nak capai. Pendek kata, Anda mesti ada matlamat.
Kemudian, set masa bila nak mencapai matlamat tersebut. Tanya diri Anda apa yang Anda nak capai dalam hari ini, minggu ini, bulan ini dan tahun ini.. Jawapan yang baik, ada dalam soalan-soalan yang baik. Jadi, jangan berhenti menyoal diri Anda apa yang Anda nak capai.
Misalnya, Anda boleh tanya diri dengan soalan-soalan seperti "apa yang aku mau capai hari ni?"
"Apa matlamat kewangan aku dalam 6 bulan ini dan apa yang aku boleh buat untuk mencapainya?"
Untuk membentuk diri menjadi manusia berjaya , kita perlu bermula di minda. Untuk memulakannya dari minda, kita perliu terus menerus menyoal diri, supaya minda memberi kita jawapannya melalui idea!