Bagaimana nak bahagia dan bersemangat di pagi raya? Ikuti 7 petua di bawah…
1. Pada malam raya, ucap syukur dan wujudkan rasa berterima kasih pada Allah kerana Anda masih sempat merayakan Aidilfitri tahun ini. Pada pagi raya, niat dalam hati Anda mahu hari itu hari yang gembira buat Anda.
2. Sebelum ke masjid, minta maaf pada ibu dan bapa, juga ahli keluarga lain. Be humble.
3. Doakan kesejahteraan dan kebahagiaan mereka saat Anda melangkah menuju ke masjid.
4. Selesai sembahyang sunat Aidilfitri, ramahkan diri menegur jemaah lain, terutama kawan-kawan dan kenalan Anda. Jika dia pernah buat salah pada Anda satu ketika dulu, lupakan saja seolah-olah ia tak pernah terjadi.
5. Hantar sms pada rakan-rakan, minta maaf banyak-banyak pada mereka selepas solat raya selain ucapan Selamat Hari Raya. Mesti diorang terkejut punya! Tapi, hari kita menjadi gembira bila ada kemaafan orang lain atas kesalahan-kesalahan kita.
6. Elak sikap meninggi diri atau merasa diri Anda hebat, tapi bersederhanalah kerana orang suka dekat dengan Anda bila begitu.
7. Ketika bercerita, jangan berlagak Anda tahu semua, tapi cuba hiburkan rakan-rakan dengan lawak jenaka. Jangan ketawakan kekurangan orang, kerana itu mengundang musibah buat Anda. Bahagiakanlah orang lain sepenuhnya!
Jayakan Diri Anda terlebih dahulu,Sebelum Anda Jayakan Orang Lain