anda pikir la sendiri..
Terdapat 3 jenis aliran pendapatan yang boleh diklasifikasikan seperti dibawah.
1. Buat sekali - dibayar sekali
2. Berterusan bekerja - berterusan dibayar
3. Buat sekali dengan betul - dibayar berulang ulang kali
mana yang anda pilih??
1. Buat Sekali - dibayar sekali
Jika anda laksanakan kerja, jualan atau melaksanakan sesuatu kontrak sekali sahaja, anda juga akan dibayar sekali sahaja dan pendapatan anda akan berakhir disitu sahaja.
2. Berterusan Bekerja - Berterusan Dibayar
Jika anda buat kerja pejabat dari 9 ke 5, anda akan berterusan dibayar selagi anda berterusan bekerja dengan majikan anda - dan ini biasanya dipanggil pendapatan berterusan. Ini adalah jenis pendapatan yang "dinikmati" oleh golongan pekerja. Walaupun anda seorang pakar bedah otak, peguam atau jurutera, anda cuma akan dibayar selagi anda berterusan bekerja. Jika anda berhenti bekerja baki akaun bank simpanan anda akan mula berkurangan.
3. Buat Sekali Dengan Betul - Dibayar Berulang-Ulang Kali
Jenis pendapatan yang ketiga ialah pendapatan berulang di mana anda akan dibayar walaupun anda sudah berhenti bekerja. Sebagai contoh, jika anda menulis buku, anda akan dibayar melalui pendapatan royalti selagi buku anda itu berjaya dijual untuk kerja yang cuma dilakukan sekali.
Kebanyakan daripada orang yang kaya dan hidup mewah mencipta kejayaan dari satu bentuk aliran pendapatan berulang. Ambil penyanyi Michael Jackson sebagai contoh. Beliau masih menerima royalti hasil daripada penjualan album beliau buat berdekad yang lalu. Beliau juga boleh mempekejkan semula lagu-lagu lama beliau dan menjualnya
untuk menjana pendapatan baru. Beliau tidak perlu menghabiskan masa di studio untuk menghasilkan lagu-lagu baru untuk mendapatkan aliran tunai yang berterusan!
Ianya tidak memerlukan seorang genius untuk mengenalpasti apakah jenis pendapatan seseorang itu inginkan. Pendapatan berulang (recurring income/residual income/royalty income) adalah situasi yang paling ideal antara ketiga2 situasi di atas. Kita semua ingin bekerja sekali dan dibayar berulang2 kali. Itulah kuasa pendapatan berulang2!
Majoriti golongan profesional yang menikmati pendapatan seperti ini ialah mereka yang terlibat dalam bidang kreatif seperti pelakon, penulis, penyanyi dan pelabur.
Malangnya, tak ramai drpd kita yang dianugerahkan dengan bakat seperti Michael Jackson, apatah lagi peluang untuk berkecimpung dalam industri yang mewah ini. Bagaimanapun, ada satu peluang yang meningkat naik untuk orang2 biasa seperti kita untuk menikmati pendapatan berulang dalam abad ke 21 ini.