Kita Makan Gaji Kasi Habis


Dalam dunia hari ini kerja makan gaji merupakan pekerjaan paling banyak yang dilakukan oleh umat manusia walaupun era Industri telah berlalu sekian lama.

Tahukah anda bilakah kerja maka gaji ini bermula?

Ya, jawapan telah saya berikan sebagaimana di atas! Era Perindustrian!

Pada zaman sebelum era perindustrian diwujudkan hampir kesemua dan kebanyakan masyarakat bekerja sendiri sama ada petani, penternak, nelayan dan sebagainya untuk menyara kehidupan mereka.

Apabila tiba era perindustrian, maka banyak kilang-kilang didirikan dan banyak peluang pekerjaan wujud. Kerja pengurusan dan pentadbiran dan kewangan juga bertumbuh seiringan dengan kepesatan ekonomi perindustrian.

Maka ramailah masyarakat muda-mudi mulai meninggalkan kerjaya nenek moyang mereka dan lebih selesa bekerja dengan dibayar upah yang dinamakan sebagai gaji.

Dalam pada masa itu, mereka yang mempunyai minda perniagaan mulai mengembangkan perniagaan mereka dengan mewujudkan sebanyak mungkin peluang pekerjaan kepada masyarakat sekitar mereka.

Mereka sedar untuk berjaya dan mengaut lebih banyak keuntungan ialah dengan mengajikan seramai mungkin pekerja yang boleh membantu meningkatkan produktiviti pengeluaran dan seterusnya meningkatkan keuntungan buat mereka.

Apabila mereka tidak mempunyai cukup modal untuk mengembangkan perniagaan mereka, maka mereka wujudkan syer dengan mempelawa para pelabur untuk berkongsi keuntungan dan risiko. Dengan itu mereka terus mengaut keuntungan dan terus menyumbang kepada ekonomi dan tanggungjawab sosial kepada masyarakat.

Hari ini, agak sukar untuk kita mencari peratusan yang tinggi di kalangan mereka yang hidup kerjanya makan gaji tetapi hidup kaya raya dan bebas daripada belenggu hutang.

Ini kerana kebanyakkan mereka menjadikan dan mencagarkan pendapatan mereka untuk dijadikan alat untuk mereka membuat lebih banyak hutang….

Sekarang anda mulai faham dan mengerti kenapa orang makan gaji sekadar hidup untuk cukup makan sahaja!

Ini kerana mereka yang ‘Makan Gaji’ setiap bulan kerjanya adalah untuk makan kesemua hasil gaji mereka tanpa ada sebarang simpanan dan perancangan untuk masa hadapan.

Apa yang mereka fikirkan hanyalah jaminan untuk hidup pada masa itu sahaja. Mereka mungkin tidak merancang untuk menyimpan dan melabur sebaliknya mereka lebih gemar dan berminat merancang “apa yang ingin dibelanjakannya”

Sebab itulah shopping complex di mana-mana sentiasa dipenuhi oleh pengguna yang menggunakan sehingga habis wang mereka bahkan ada yang menggunakan kad plastik (kad kredit) untuk berbelanja memenuhi kemahuan mereka yang tak pernah berakhir..

Kesimpulannya orang makan gaji kerjanya adalah untuk makan dan habiskan kesemua wang pendapatan mereka, apa yang berada dalam minda mereka adalah belanja sehingga habis..

Manakala orang yang berniaga akan menjadi kaya (ada juga orang berniaga tak kaya!) kerana mereka hanya berfikiran bagaimana nak dapatkan keuntungan dan mengembangkan perolehan mereka.

Jika hari ini mereka mendapat untung RM5,000.00 mereka akan pula berfikir macamana nak dapatkan RM50,000 pula dan begitu lah seterusnya..apabila mereka telah melihat peluang mereka akan terus mencari peluang yang lain..

Adalah tidak salah jika anda kerja makan gaji, cumanya anda perlu ada kesedaran untuk menggunakan sebahagian daripadanya untuk dijadikan modal pelaburan bagi perancangan masa depan anda dan bukannya menjadilkannya sebagai modal untuk menambahkan beban hutang peribadi anda!

lain info :link ke Pemikirkaya