Sebelum ini saya ada berkongsi cerita mengenai kuasa niat atau the power of intention. Hari ini saya ingin berkongsi pula cerita mengenai apakah itu niat. Apakah yang kita faham tentang niat? Adakah hanya sekadar melafazkannya di dalam hati atau ada cara lain yang menerangkan tentang niat?
Sama-sama kita baca dan lakukan eksperimen di bawah
Masuk ke dapur anda , kemudian ambil sebiji gelas, kemudian isikan gelas tersebut dengan air sehingga penuh. Jangan ada sedikit ruang pun yang ada di dalam gelas tersebut. Kemudian berjalanlah dengan membawa gelas tersebut ke ruang tamu anda, atau di mana tempat di dalam rumah anda, dan pastikan anda menjaga agar air yang terdapat di dalam gelas tersebut tidak tumpah walau sedikitpun.
Hasil daripada eksperimen yang dilakukan di atas, anda akan merasakan bagaimana berhati-hatinya kita dengan penuh kesedaran dan juga tubuh kita bekerja untuk memastikan air tersebut tidak tumpah. Sehingga tubuh kita akan mengikut gerak dari kesedaran atau fokus yang telah kita berikan bagi memastikan air itu dapat di bawa tanpa tumpah sedikitpun.
Ketika kita fokus dengan penuh serius membawa gelas tersebut, kita mungkin mengabaikan suasana luar,kerana fokus kita hanya tertumpu kepada gelas yang berisi air tersebut.
Situasi inilah yang dinamakan niat. Niat bukanlah sekadar lafaz , sebuah bacaan atau mentera, tetapi niat ialah satu perbuatan yang didalamnya terdapat fokus yang penuh dengan kesedaran.
Jadi jika anda mempunyai niat untuk berjaya, belajarlah daripada eksperimen di atas