JampiSerapah untuk Merawat Kebimbangan


Apabila anda dilanda kebimbangan (atau susah hati/gusar) akibat dari peristiwa-peristiwa yang berlaku di dalam kehidupan, saya mencadangkan anda mencuba penawar yang paling mujarab bagi mengatasi kebimbangan yang dicipta oleh W. H. Carrier seperti berikut:

1. Persoalan berikut diajukan secara jujur kepada diri, "Kemungkinan paling buruk apakah yang akan terjadi".
2. Dengan berani dan rela hati menerima kemungkinan paling buruk seperti no. 1 di atas sekiranya menjadi kenyataan.
3. Dengan tenang, sabar dan rasional, anda cuba mengatasi dan memperbaiki akibat dari kemungkinan paling buruk yang dinyatakan di atas.

a

Sumber: Dale Carnegie (1997) Bagaimana Menghindari Kebimbangan Dan Memulakan Kehidupan. Edisi Terjemahan. Diterjemah Oleh Yusof Hj. Wanjor. Thinker's Librarya

l

Ulasan:

Walau apa bentuk masalah atau peristiwa yang anda hadapi, anda harus duduk sejenak dan berfikir dengan tenang dan rasional. Perkara utama yang anda harus terima dan fikirkan ialah apakah kesan peristiwa yang anda alami. Ianya mungkin kerugian beribu atau berjuta ringgit atau lain-lain. Hasilnya minda anda tersumbat atau terganggu dengan pelbagai persoalan. Tetapi, adakah kegusaran dan kebimbangan itu akan memberikan keuntungan kepada diri anda? Sebaliknya, diri anda akan hanyut di dalam kebimbangan tersebut. Anda akan melayan perasaan bimbang dan emosi akan terjejas dan orang sekeliling anda akan menerima musibahnya hasil dari sikap marah atau melepaskan geram. Ini semua tidak perlu dan tidak menyelesaikan masalah. Tiada untungnya kepada diri, keluarga dan rakan-rakan.

a

Perasaan bimbang tidak membawa kepada apa-apa kebaikan. Peristiwa telah terjadi dan ianya telah menjadi sejarah. Anda tidak boleh mengubahnya. Tetapi, kesan peristiwa tersebut akan datang menjenguk anda. Maka, anda harus bersedia menerimanya dan redha. Anda tidak akan mati atau ditembak akibat dari peristiwa ini. Maka, terima dengan rela hati dan fikirkan bagaimana untuk mengatasinya. Jika anda terlalu bimbang dan gusar, kesihatan akan terjejas. Walhal, kebimbangan itu datang dari dalam diri anda. Bertenanglah dan cari rakan untuk berbicara.