BERTINDAK SEKARANG

BERTINDAK SEKARANG
saya ada sedikit pengajaran
untuk anda hari ini iaitu – jika anda mempunyai
idea, projek atau tindakan, terus bertindak. Memang
terlalu banyak halangan untuk menjayakan untuk idea
anda, tapi mengalah pada halangan hanya akan
menyusahkan anda sendiri akhirnya. Seperti kata orang
bijak pandai, ‘Kejar impian anda nanti impian anda
akan mengejar anda’.
Pengajaran kedua ialah – jangan sekali-kali mendengar
cakap orang. Di sekeliling anda penuh dengan
orang yang negatif dan cemburu. Kerja yang paling
mudah di dunia ini ialah mengata, mengkritik dan
mencari kesalahan orang lain. Dengan senang orang
boleh membentangkan kekurangan dan kesilapan kita,
tetapi agak payah untuk memberitahu walaupun hanya
hanya satu kebaikan yang kita lakukan. Jika perlu,
dengar hanya kepada orang yang benar-benar jujur.
Misalnya, jika anda mahu bertindak menjadikan MLM
sebagai karier anda – terus melaksanakan tindakan
anda. Tidak perlulah anda meminta pendapat dari
orang-orang yang negatif kerana dengan mudah nanti
mereka akan memberitahu anda dari sudut mana MLM
tidak boleh dijayakan.
matdiejusoh@yahoo.com