APA KAT PEMIMPIN BERKAITAN HAI O


Pengasas Hai-O Marketing Sdn Bhd - En. Tan Kai Hee

En. Tan Kai Hee dikenali sebagai seorang ahli perniagaan yang berpengalaman luas dan telah melibatkan diri selama 30 tahun dalam bidang perniagaan.
En. Tan berpendapat bahawa beliau dapat melakukan sesuatu yang bermakna untuk orang ramai, menerusi cara perniagaan beliau. Berlandaskan konsep ini, beliau telah menubuhkan Hai-O dan melibatkan diri dalam bidang penjagaan kesihatan. Bidang ini bukan sahaja dapat membantu orang ramai dan mengekalkan kesihatan tubuh manusia, malah memperbaiki kehidupan mereka demi menikmati hidup yang selesa.
Dalam masa beberapa tahun ini, En. Tan Kai Hee giat dalam usaha menyediakan latihan dan memupuk usahawan berpotensi, termasuk usahawan Bumiputera. Beliau berpendapat bahawa membantu orang lain mencapai kejayaan, merupakan kejayaan yang sebenar.
Selain daripada menguruskan perniagaan syarikat, beliau juga aktif dalam kegiatan sosial dan terlibat secara langsung dalam kerja-kerja amal. Beliau kini menyandang beberapa jawatan penting dalam Persatuan dan Majlis yang ditubuhkan di Malaysia dan China. Beliau kini dilantik sebagai Penasihat kepada Misi Pembangunan Dasar Ekonomi dan Sosial di Wilayah Yunnan, China dan menjadi Penasihat Kehormat kepada Sino-Malaysia Chambers of Commerce Economy, dan dilantik sebagai Setiausaha kepada Persatuan Persahabatan Malaysia-China. Beliau merupakan Ahli Majlis Kebangsaan kepada Persatuan Perdagangan dan Industri China, menjadi Ahli Majlis Perniagaan Malaysia-China dan salah seorang daripada ahli kepada Persatuan Jualan Langsung Malaysia.

Pujian dan Nilaian

  • H.E. Wong Chungui, Ambassador of People's Republic of China in Malaysia
    "Selama 30 tahun ini, Kumpulan Hai-O berusaha sedaya-upaya mempromosi komoditi China di pasaran Malaysia. Ini bukan sahaja mengeratkan hubungan perdagangan dan persefahaman antara China dan Malaysia, malah memainkan peranan penting dalam menyediakan pentas untuk perusahaan China melaksanakan strategi "pemasaran ke
    luar negara". Saya amat menghargai usaha ini."
  • Allahyarham Dato' Dr. Usman Awang, Sasterawan Negara
    "Hai-O sering menghulurkan perkhidmatan pada masyarakat, dengan berlandaskan konsep menunaikan tanggungjawab terhadap masyarakat, seperti yang dikemukakan oleh En. Tan Kai Hee. Kemurahan hati En. Tan menjadikan beliau teladan yang baik untuk diikuti."
  • Dato' Abdul Aziz Shamsudin, Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah
    "Hai-O Marketing telah menjalankan satu sistem pendidikan pengurusan perniagaan dalam rangka menghasilkan usahawan-usahawan yang begitu berkredibiliti. Sebenarnya En. Tan Kai Hee telah membangunkan sebuah universiti untuk negara."
  • Dato' Khamsiyah Yeop, Timbalan Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi
    "En. Tan Kai Hee seorang warga Malaysia berjiwa kebangsaan. Perpaduan dan perkongsian pintar dalam perniagaan atau smart partnership telah dilakukan oleh Hai-O Marketing."
  • Dato' Zamani B Md Noor, Ketua Pengarah Majlis Amanah Rakyat (MARA)
    "En. Tan Kai Hee seorang yang tidak kedekut untuk berkongsi pengalamannya dalam bidang ini, dan telah membawa, membuka peluang seluas-luasnya untuk usahawan bumiputera. Saya kagum dengan kejayaan yang dicapai oleh usahawan bumiputera di Hai-O begitu besar sekali, dan menyebabkan apa yang ada di MARA, begitu kecil."
  • Dato' Seri Mohamed Khaled Nordin, Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi
    "Saya amat berterima kasih kepada syarikat Hai-O Marketing yang sememangnya mempunyai hubungan dengan kementerian, dengan MARA dalam soal untuk membangunkan usahawan di kalangan masyarakat bumiputera yang terdapat dalam negara kita dan sememagnya kita harapkan supaya dalam kita menggalakkan semua orang untuk menjadi usahawan.
    "