Bahagiakan Pagi Raya Anda Dengan 7 Petua
1. Pada malam raya, ucap syukur dan wujudkan rasa berterima kasih pada Allah kerana Anda masih sempat merayakan Aidilfitri tahun ini. Pada pagi raya, niat dalam hati Anda mahu hari itu hari yang gembira buat Anda.
2. Sebelum ke masjid, minta maaf pada ibu dan bapa, juga ahli keluarga lain. Be humble.
3. Doakan kesejahteraan dan kebahagiaan mereka saat Anda melangkah menuju ke masjid.
4. Selesai sembahyang sunat Aidilfitri, ramahkan diri menegur jemaah lain, terutama kawan-kawan dan kenalan Anda. Jika dia pernah buat salah pada Anda satu ketika dulu, lupakan saja seolah-olah ia tak pernah terjadi.
5. Hantar sms pada rakan-rakan, minta maaf banyak-banyak pada mereka selepas solat raya selain ucapan Selamat Hari Raya. Mesti diorang terkejut punya! Tapi, hari kita menjadi gembira bila ada kemaafan orang lain atas kesalahan-kesalahan kita.
6. Elak sikap meninggi diri atau merasa diri Anda hebat, tapi bersederhanalah kerana orang suka dekat dengan Anda bila begitu.
7. Ketika bercerita, jangan berlagak Anda tahu semua, tapi cuba hiburkan rakan-rakan dengan lawak jenaka. Jangan ketawakan kekurangan orang, kerana itu mengundang musibah buat Anda. Bahagiakanlah orang lain sepenuhnya!
Jayakan Diri Anda terlebih dahulu,Sebelum Anda Jayakan Orang Lain
Jangan padam fakta negara
PRESIDEN MCA, Datuk Ong Ka Ting berkata, sebab utama komuniti Cina berang dengan kenyataan Datuk Ahmad Ismail yang menganggap mereka sebagai pendatang adalah kerana "nenek moyang mereka telah berkorban untuk negara ini lama sebelum negara ini mencapai kemerdekaan."
Saya tidak pasti sama ada boleh bersetuju dengan pendapat Ka Ting itu. Sebagai generasi muda keturunan bukan Melayu saya ragu-ragu dengan kebenaran kenyataan itu.
Benarkah nenek moyang kita telah berkorban untuk negara ini melalui kerja keras setelah berhijrah dari benua China ke Malaysia, dulunya Tanah Melayu?
Atau kerja keras yang dilakukan itu adalah pengorbanan untuk membebaskan diri mereka daripada kehidupan yang melarat sewaktu berada di negara asal mereka sehingga ada antara kita menjadi kaya raya dan tidak mahu lagi balik ke China atau India atau Indonesia?
Sebagai pelajar sejarah, saya lebih cenderung untuk percaya bahawa nenek moyang saya yang datang ke negara ini bekerja siang malam bukan sangat ingin berbakti kepada Tanah Melayu, seperti yang didakwa oleh Ong Ka Ting, tetapi lebih untuk memajukan diri supaya kesengsaraan kehidupan mereka sebelum itu berjaya diatasi.
Pengamatan ini saya buat setelah membaca buku V. Purcell berjudul Chinese in Malaya. Dalam buku itu, pengarang Inggeris itu antara lain merumuskan, " in Malaya their main concern was to make enough to retire to China as soon as possible ."
Menurut Purcell, matlamat Inggeris membawa pendatang asing China dan India adalah untuk memeras kerajinan mereka bekerja bagi meraih keuntungan ekonomi kepada kuasa Eropah itu. Tidak tertulis - secara tersurat atau tersirat yang pendatang China itu dibawa ke Tanah Melayu untuk memberi pengorbanan bagi membangunan negara ini.
Dengan kata-kata lain, kedatangan komuniti dari China ke negara ini bukan untuk berbakti untuk Tanah Melayu seperti yang didakwa oleh Kah Ting tetapi untuk meneroka atau malah memeras kekayaan negara Melayu ini, membuat sebanyak mungkin kekayaan pada waktu yang singkat, kemudian hidup untuk senang lenang di negara asal mereka.
Ka Ting dan warga Malaysia keturunan Cina yang lain patut menerima hakikat itu, bukannya memandai-mandai membuat kesimpulan untuk menyedapkan hati masyarakatnya dengan menolak hakikat sejarah. Usahlah kita menipu sejarah atau menggunakan sejarah sebagai expidient politik untuk menghalalkan tentangan kita terhadap persetujuan asas yang telah kita capai sewaktu negara ini mencapai kemerdekaan.
Fakta
Benar, generasi keturunan pendatang itu sekarang mungkin sudah menjadi warga negara Malaysia. Tetapi kita tidak akan dapat memadamkan fakta bahawa warga Malaysia keturunan Cina adalah berasal usul pendatang. Apa yang saya tahu tidak ada antara mereka yang berhijrah ke Tanah Melayu dulu dengan niat untuk berkorban membangunkan Tanah Melayu. Mereka datang untuk mencari kehidupan yang lebih baik. Setelah menemuinya, mereka membuat keputusan untuk tinggal terus di sini.
Tuan rumah pula bersetuju untuk mengiktiraf mereka bukan sebagai penumpang, tetapi sebahagian daripada warganya. Alangkah bertuahnya kita. Kalau orang luar berhijrah ke negara China, mereka belum tentu lagi diberi layanan yang sama.
Lihatlah bagaimana pihak berkuasa China melayan komunis Melayu yang tinggal dalam buangan di negara China. Setelah berpuluh-puluh tahun menetap di Beijing, mereka tidak diberi pengiktirafan sebagai warga negara. Mereka dilayan seperti sampah.
Akhirnya, pejuang komunis seperti Musa Ahmad, Khadijah Sidek dan ramai lagi terpaksa pulang ke Malaysia kerana berasa dianaktirikan oleh pihak berkuasa Republik Rakyat China walaupun mereka pernah berjuang untuk kepentingan ideologi yang sama.
Lantaran usahlah kita emosional kerana hakikatnya warga keturunan bukan Melayu memang bangsa luar dari alam Melayu ini. Cuma status kita sudah bertukar yang memberi kita hak untuk menetap di negara ini, sama seperti yang dimiliki penduduk pribumi. Kita sepatutnya bersyukur kerana dapat bernaung di bawah kepimpinan Melayu, dulunya Raja-raja Melayu sekarang UMNO. Kita dibenarkan membuat kekayaan mengatasi orang Melayu itu sendiri. Alangkah beruntungnya kita.
Jadi bagi saya sebab yang lebih munasabah mengapa orang Cina di Malaysia patut berang kalau dianggap sebagai pendatang bukan kerana nenek moyang kita pernah berkorban untuk Tanah Melayu, tetapi kerana mereka sudah menjadi warga negara Malaysia. Sebagai warga negara tentulah tidak kena jika label pendatang dipakai untuk kita.
Hak-hak kita sebagai warga dijamin oleh Perlembagaan Persekutuan. Tentulah tidak ada jaminan yang lebih kudus daripada apa yang terkandung dalam undang-undang utama negara itu. Tiada siapa yang boleh menarik balik atau membatalkan apa yang tercatat di dalamnya.
Bagi saya apa yang saya pasti ialah pemberiaan kewarganegaraan kepada penduduk imigran Cina secara liberal berdasarkan prinsip jus soli adalah satu lagi bukti hasil kemurahan hati pemimpin Melayu pada 1957 telah membolehkan kita tinggal di bumi Melayu tanpa berasa takut diusir ke tempat lain. Kita hendaklah menjadi manusia yang tahu mengenang budi kerana dengan satu coretan pena, 1.5 juta penduduk imigran telah menjadi warga negara Tanah Melayu. Jika tidak, datuk nenek kita kita dulu mungkin menjadi orang tanpa warga negara. Bayangkan kesusahan yang akan kita alami.
Atau jika tidak besar kemungkinan nenek moyang kita terpaksa balik ke negara China dan kita tidak ada hak untuk tinggal di negara yang bernama Malaysia ini.
Hak istimewa
Bagi saya pemberian kewarganegaraan berdasarkan prinsip jus soli ini adalah hak istimewa yang diberikan oleh orang Melayu kepada penduduk imigran ketika itu. Kita menikmatinya serta merta, tidak seperti hak istimewa orang Melayu yang diabaikan pelaksanaannya oleh pemimpin Melayu itu sendiri pada tahun-tahun awal kemerdekaan sehingga terpaksa diperkenalkan Dasar Ekonomi Baru (DEB) pada 1970.
Warga Malaysia keturunan Cina patut berterima kasih dengan orang Melayu kerana pemberian kewarganegaraan itu adalah muktamad dan tidak boleh dipersoalkan.
Malah membangkitkan status kewarganegaraan kepada orang Cina sama seperti mempersoalkan kedudukan Raja-Raja Melayu, hak istimewa orang Melayu/bumiputera, kedudukan Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan dan agama Islam sebagai agama Persekutuan, adalah suatu kesalahan di bawah Akta Hasutan 1948.
Sebagai mengenang budi pemberian orang Melayu, marilah kita akur dengan apa yang telah dipersetujui oleh nenek moyang kita dengan para pemimpin Melayu sewaktu negara mencapai kemerdekaan. Marilah kita belajar untuk menerima hakikat bahawa kedudukan hak istimewa orang Melayu adalah sesuatu yang sudah selesai dan tidak harus mempertikaikan lagi.
Petikan daripada:
GENERASI MUDA REALISTIK
Shah Alam
APE BENDA Nieee
Terdapat 3 jenis aliran pendapatan yang boleh diklasifikasikan seperti dibawah.
1. Buat sekali - dibayar sekali
2. Berterusan bekerja - berterusan dibayar
3. Buat sekali dengan betul - dibayar berulang ulang kali
mana yang anda pilih??
1. Buat Sekali - dibayar sekali
Jika anda laksanakan kerja, jualan atau melaksanakan sesuatu kontrak sekali sahaja, anda juga akan dibayar sekali sahaja dan pendapatan anda akan berakhir disitu sahaja.
2. Berterusan Bekerja - Berterusan Dibayar
Jika anda buat kerja pejabat dari 9 ke 5, anda akan berterusan dibayar selagi anda berterusan bekerja dengan majikan anda - dan ini biasanya dipanggil pendapatan berterusan. Ini adalah jenis pendapatan yang "dinikmati" oleh golongan pekerja. Walaupun anda seorang pakar bedah otak, peguam atau jurutera, anda cuma akan dibayar selagi anda berterusan bekerja. Jika anda berhenti bekerja baki akaun bank simpanan anda akan mula berkurangan.
3. Buat Sekali Dengan Betul - Dibayar Berulang-Ulang Kali
Jenis pendapatan yang ketiga ialah pendapatan berulang di mana anda akan dibayar walaupun anda sudah berhenti bekerja. Sebagai contoh, jika anda menulis buku, anda akan dibayar melalui pendapatan royalti selagi buku anda itu berjaya dijual untuk kerja yang cuma dilakukan sekali.
Kebanyakan daripada orang yang kaya dan hidup mewah mencipta kejayaan dari satu bentuk aliran pendapatan berulang. Ambil penyanyi Michael Jackson sebagai contoh. Beliau masih menerima royalti hasil daripada penjualan album beliau buat berdekad yang lalu. Beliau juga boleh mempekejkan semula lagu-lagu lama beliau dan menjualnya
untuk menjana pendapatan baru. Beliau tidak perlu menghabiskan masa di studio untuk menghasilkan lagu-lagu baru untuk mendapatkan aliran tunai yang berterusan!
Ianya tidak memerlukan seorang genius untuk mengenalpasti apakah jenis pendapatan seseorang itu inginkan. Pendapatan berulang (recurring income/residual income/royalty income) adalah situasi yang paling ideal antara ketiga2 situasi di atas. Kita semua ingin bekerja sekali dan dibayar berulang2 kali. Itulah kuasa pendapatan berulang2!
Majoriti golongan profesional yang menikmati pendapatan seperti ini ialah mereka yang terlibat dalam bidang kreatif seperti pelakon, penulis, penyanyi dan pelabur.
Malangnya, tak ramai drpd kita yang dianugerahkan dengan bakat seperti Michael Jackson, apatah lagi peluang untuk berkecimpung dalam industri yang mewah ini. Bagaimanapun, ada satu peluang yang meningkat naik untuk orang2 biasa seperti kita untuk menikmati pendapatan berulang dalam abad ke 21 ini.
"Hai O" Yang Telah ku Lalui - Best
" THOUGH OF THE DAY IF GOD HAD A REFRIGERATOR, YOUR PICTURE WOULD BE ON IT. IF HE HAD A WALLET, YOUR PHOTO WOULD BE IN IT. HE SENDS YOU FLOWERS EVERY SPRING. HE SENDS YOU A SUNRISE EVERY MORNING.FACE IT, HE IS CRAZY ABOUT YOU. GOD DIDN'T PROMISE DAYS WITHOUT PAIN, LAUGHTER WITHOUT SORROW, SUN WITHOUT RAIN, BUT HE DID PROMISE STRENGTH FOR THE DAY, COMFORT FOR THE TEARS, AND LIGHT FOR THE WAY.
read this line slowly and let in sink in................................................
IF GOD BRINGS YOU TO IT, HE WILL BRING YOU THROUGH IT.
Ceritanya Begini (happy tengok ragam org dln Biz nei) emmm diam tak diam dah masuk pertgh Ramadhan.Apa cerita terkini, hiburan sensasi...:).Masih lagi bersmgt berjuang dlm biz hai-o dan bekerja at the same time. Hari ni member forward cerita2 komen psl hai-o marketing. Kita ni bukanlah hard core cuma bila nak bagi komen tu biarlah yg betul. Jgn main ikut sedap mulut jer bagi pandangan.
Org kata TAK KENAL MAKA TAK CINTA. Dah dgr biz plan, dah faham biz plan dlm hai-o? Baru leh buat komen. Biz = life . Cth kita nak berkawin. Kita pergi tanya kepada 3 org nie :-
1) org yg tak kenal pasangan kita (IBU/BAPA, sedara mara)- KOMEN dia..ishk tak payah lah, tak sesuailah (tu based on pandangan luar sahaja)
2) org yg kenal pasangan kita tapi tak baik ngan pasangan kita - KOMEN confirm dia ckp tak sesuai.
3) org yg kenal dan penah bercinta dgn pasangan kita tetapi bad experience. Kira X girlfriend. KOMEN - lagi double triple dia akan ckp psgn kita tu teruk,tak sesuai kawin.
Sama jugaklah dlm biz hai0, bila kita dah dgr tapi kita pegi tanya pendpt pada 3 org nie:-
1) Org yg tak tahu psl haio- confirm dia ckp tak payah. TIPU semua tu
2) Org yg tahu, penah dgr tapi tak joint pun haio- of course dia kata tak payah
3) Org yg tahu, penah dgr, penah joint tapi gagal- LAGI confirm dia ckp tak payah. Hai-o ni tipu duit org.
PENDEK KATA, APA JUGAK TAK KIRALAH DLM BIZ ATAU DLM LIFE. APA JUGA KEPERLUAN KITA, SELIDIK, KAJI SENDIRI, NILAI DENGAN AKAL DAN FIKIRAN SENDIRI.
Lagi satu yg selalu dibangkitkan isu MODAL BESAR!. modall yg besar utk start the biz...utk joint the biz. Sekiranya dia penah dgr marketing plan, dgr sharing dari CDM2..dia tentu tahu. Itu modal maksimum sekali seumur hidup...dan sepanjang hiduppp kita..anak2 kitaaa...sbb dah confirm biz nie boleh diwariskan so kita jer yg perlu kluar modal, anak kita , cucu kita tak perlu dah. dan bagi yang tak mampu boleh bermula dgn modal yg kita mampu.Supaya tak membebankan. bila org dtg nak berkongsi cerita psl biz, dia akan cerita ttg biz yg untung BESAR of courselah modal pun BESAR. Cth kalau kita bandingkan dgn conventional biz....kalau kwn kita ajak kita buat biz...antara bukak gerai burger ngan restoran burger...of course kita lagi berminat ngan restoran sbb kita tahuuu akan pulangan untung yg lumayan. sama jugaklah concept ngan biz hai-o nie...cuma org kita nie....bila sebut biz MLM..terus melompat....melatah....keluarlah komen-komen yg negatif.
Buat personal loan berpuluh puluh ribu utk kawin, utk renovate rumahlah, nak beli ketelah, tak terasa byk. Kluar modal berpuluh ribu utk conventional biz terasa mcm tak cukup+ tiap tiap bulan pun kena kluar modal utk top up stock, utk bayar pekerja, utk bayar utility. Tapi bila sebut biz MLM terus kata kena tipulah, terpedayalah, dah jadik mangsa. tulah KITA. SENANG HATI tgk ORG KITA susah. SUSAH HATI tgk ORG KITA SENANG. Sbb tu melayu susah nak maju dlm biz. Kita tak membantu kaum kita tapi kita lebih teruk membunuh smgt MELAYU kita sendiri. Kita hanya tahu mengeluh minyak naik, harga barang naik tapi kita sendiri tak berusaha untuk mengubah corak hidup kita.
KEEP DOING THE SAME THING BUT EXPECTING DIFFERENT RESULT - IS INSANE ORANG SIBUK BUAT DUIT, KITA SIBUK MENCIPTA ALASAN.
UNTUK WANITA SAHAJA
By Hai-O
Khusus Untuk Wanita Masa Kini
Menghadapai masalah haid yang tidak teratur..
Ketidak selesaan akibat sengugut..
Mengalami penyakit keputihan..
Penurunan keinginan untuk bersama..
Untuk awet muda..
Untuk kecergasan dan stamina..
Untuk tenaga selepas bersalin / keguguran..
Inilah peluang untuk mengatasi permasalahan yang dialami selama ini...!
FAKTA BENAR
Wanita zaman moden ini sibuk dengan kerjaya dan keluarga, maka kurang menjaga kesihatan sendiri. Namun, sibuk tidak seharusnya dijadikan sebagai penghalang kesihatan wanita zaman moden, kerana kesihatan adalah harta yang paling berharga dalam kehidupan.
FORMULA YANG UNIK
Mengikut rekod perubatan dari Dinasti Ming, Bai Feng Wan berasal dari Dinasti Tang. Semasa pemerintahan Dinasti Qing, pakar dari hospital maharaja telah melakukan kajian dan memperbaiki kandungan 'Wuji' (sejenis ayam hitam) Bai Feng Wan , satu produk asli negeri China dan seterusnya melantik Tong Ren Tang sebagai pembekal tunggal kepada kaum kerabat maharaja. Malahan Maharani Ci Xi sendiri mengambil makanan tersebut sebagai penyubur dan awet muda. Seterusnya Tong Ren Tang Te Zi Bai Feng Wan sehingga hari ini telah dipamirkan dalam muzium Istana Larangan di Peking.
a
RAMUAN UTAMA:
Wuji (Gallus Gallus Domesticus), Cornu Cervus Nippon dan pelbagai herba Cina yang bermutu.
Diluluskan Oleh Kementerian Kesihatan Malaysia
MAL 20014419T
Cara Pengambilan:
Setengah pil setiap pagi (Sebelum sarapan)
selama 12 hari sahaja selepas hari kedatangan haid yang terakhir.
Hendaklah dimakan bersama air suam.
Peringatan:
Bagi memastikan keberkesanan, adalah disarankan agar meminum air sekurang kurangnya 2 liter sehari. Tidak perlu dimakan ketika dalam tempoh kedatangan haid.
Simptom Penyakit Kadar Keberkesanan
(%)
Haid tidak teratur = 80.4%
Kesakitan haid = 78.8%
Hepititis berterusan / kronik = 77.5%
Pendarahan selepas bersalin = 93.3%
Pendarahan selepas pembedahan = 75%
Keputihan = 96%
Harga : RM58 sahaja + RM10 (Kos Penghantaran / CityLink)
Pesanan Melalui Pos:
Nama: ANDY
Alamat:
Telefon: 017-9026160
mailto:aizteguh@streamyx.com
(Sila sertakan nama, alamat, no. tel, dan email anda)
KENAL DULU Hai – O
LATAR BELAKANG SYARIKAT
Hai-O Marketing Sdn Bhd merupakan anak syarikat yang disokong 100% oleh Hai-O Enterprise Bhd. Sejak penubuhan Hai-O Enterprise pada tahun 1975, syarikat ini menjalankan perniagaan perubatan tradisional China dengan berlandaskan konsep, "Produk berkualiti dengan harga berpatutan" dan sentiasa melakukan kerja amal.
Pada tahun 1996, Hai-O Enterprise melangkah ke era baru setelah berjaya disenaraikan di Papan Kedua Bursa Saham Kuala Lumpur (Bursa Malaysia), dan mengekalkan rekod gemilang dengan mengagihkan dividen setiap tahun. Pada masa yang sama, ia juga merupakan syarikat pertama dan satu-satunya syarikat yang disenaraikan di Bursa Malaysia melalui penjualan produk penjagaan kesihatan tradisional.
Perniagaan Kumpulan Hai-O termasuk pemborongan, pengimportan, peruncitan, jualan langsung, farmaseutikal dan klinik perubatan tradisional. Dalam masa 30 tahun ini, Hai-O berjaya menubuhkan rangkaian jualan dengan strategi pemasaran yang kukuh.
Sejak penubuhan Hai-O Marketing pada bulan September 1992, syarikat ini terus berkembang dan menjadi sebuah syarikat jualan langsung yang unggul di Malaysia.
Atas pencapaian yang terserlah, Hai-O Marketing dipilih sebagai salah sebuah syarikat jualan langsung yang unggul daripada sepuluh buah syarikat jualan langsung di Malaysia. Di samping meraih gelaran "Syarikat yang Paling Menakjubkan", "Syarikat Jualan Langsung yang Berkembang Paling Cepat" dan "Syarikat yang Paling Stabil".
Kini, kami memiliki lebih daripada 34,000 orang pengedar aktif dan lebih daripada 50 buah stokis / pusat jualan di seluruh Malaysia bagi memudahkan pembelian barangan oleh pengedar.
Menjadi ahli kepada Persatuan Jualan Langsung Malaysia sejak tahun 1994.
Pelan Pemasaran Hai-O Marketing
Peluang perniagaan Hai-O adalah terbuka kepada semua lapisan masyarakat dengan risiko yang rendah dan kos permulaan yang rendah.
Ia membantu anda membina perniagaan sendiri melalui penjualan produk dan penajaan orang lain. Pengedar baru kemudiannya akan menjual produk dan menawarkan peluang perniagaan ini kepada orang lain. Sudah tentu dengan perkhidmatan yang berkualiti tinggi, perhubungan jangka masa panjang dapat dijaminkan.
Oleh itu, dengan menyampaikan ilmu pemasaran dan penjualan anda kepada ahli kumpulan anda bukan sahaja untuk membina rangkaian perniagaan sendiri, malah membantu orang lain membina rangkaian perniagaan mereka.
Intisari peluang pendapatan bagi pelan pemasaran Hai-O Marketing adalah penjualan produk yang berkualiti dan perkhidmatan yang ditawarkan serta penajaan. Sedangkan perniagaan anda berkembang, pulangan turut akan bertambah. Dalam pelan pemasaran Hai-O Marketing, tiada sebarang ganjaran yang harus diberi kepada sesiapa yang hanya menaja orang lain sebagai pengedar berdikari.
Pengiktirafan
- Direct Sales Licence
- PDA (Petroleum Development Act) Licence
- GMP (Good Manufacturing Practice) Licence
- ISO 9001
- Halal
- Member of DSAM (Direct Selling Association of Malaysia)
Anugerah
- Most Professional Company by "Today" Direct Sales Magazine
- Most Established Company by "Today" Direct Sales Magazine
- Top Sales Award of Beijing Te Zhi Bai Feng Wan
- Excellent Performance by RHB Insurance Bhd
- Superbrand
- The Malaysia Book of Record
- Golden Bull Award
- Enterprise 50
BERTANYALAH DENGAN MEREKA YANG TELAH BERJAYA DALAM HAI O,BUKAN BERTANYA KEPADA kawan anda iaitu EN Serbatahu Bin Al'ego yang telah join @ pernah dengar2 tentang Hai O,kerana beliau menyayangi kesempitan dan kesusahan hidup anda,dia tidak sanggup kehilangan kawan seperti anda yang sentiasa setiap kali gaji naik untuk bersama sama dgn anda ke Bank Rakyat membuat overlap.Orang Hai o yang telah join dan buat hai o sekarang tidak dibenarkan oleh Bank membayar balik Personal loan dalam masa 3 bulan,kena bayar selepas 6 bulan,kalau anda tak percaya pi tanya bank.Guna kemudahan dana bank yang ada,bukan menggunakan untuk kesusahan dan merungut setiap tahun kalau kerajaan tak bagi bonus,minyak naik,ikan naik harga dan orang naik orang(belanja kahwin).Jika Gaji bersih anda RM 750 ke bawah ajak kawan anda tadi ke JKM,pohon bantuan sama dengan mereka yang tak berkeupayaan kerana faktor yang mungkin anda tak fahami(orang JKM faham),tetapi mereka lebih mulia daripada anda kerana sangup berdikari dan tidak bersenang lenang pada 24hb/25hb setiap bulan. Menambah pendapatan dan kesenangan banyak caranya,ini satu peluang yang terbukti.Jika anda sudah ada peluang dan sudah menggerakkanya maka anda ANTARA yang terhebat,tetapi JIKA anda masih lagi sekarang BERFIKIR – FIKIR ,BERNANTI-NANTIAN,TUNGGU DAN LIHAT DAHULU maka anda akan tetap seperti hari ini untuk tahun depan.Nasib dan Ketentuan adalah dari Allah s.w.t ,usaha adalah keberkatan dan kesenangan hidup.
APA KAT PEMIMPIN BERKAITAN HAI O
Pengasas Hai-O Marketing Sdn Bhd - En. Tan Kai Hee
En. Tan Kai Hee dikenali sebagai seorang ahli perniagaan yang berpengalaman luas dan telah melibatkan diri selama 30 tahun dalam bidang perniagaan.
En. Tan berpendapat bahawa beliau dapat melakukan sesuatu yang bermakna untuk orang ramai, menerusi cara perniagaan beliau. Berlandaskan konsep ini, beliau telah menubuhkan Hai-O dan melibatkan diri dalam bidang penjagaan kesihatan. Bidang ini bukan sahaja dapat membantu orang ramai dan mengekalkan kesihatan tubuh manusia, malah memperbaiki kehidupan mereka demi menikmati hidup yang selesa.
Dalam masa beberapa tahun ini, En. Tan Kai Hee giat dalam usaha menyediakan latihan dan memupuk usahawan berpotensi, termasuk usahawan Bumiputera. Beliau berpendapat bahawa membantu orang lain mencapai kejayaan, merupakan kejayaan yang sebenar.
Selain daripada menguruskan perniagaan syarikat, beliau juga aktif dalam kegiatan sosial dan terlibat secara langsung dalam kerja-kerja amal. Beliau kini menyandang beberapa jawatan penting dalam Persatuan dan Majlis yang ditubuhkan di Malaysia dan China. Beliau kini dilantik sebagai Penasihat kepada Misi Pembangunan Dasar Ekonomi dan Sosial di Wilayah Yunnan, China dan menjadi Penasihat Kehormat kepada Sino-Malaysia Chambers of Commerce Economy, dan dilantik sebagai Setiausaha kepada Persatuan Persahabatan Malaysia-China. Beliau merupakan Ahli Majlis Kebangsaan kepada Persatuan Perdagangan dan Industri China, menjadi Ahli Majlis Perniagaan Malaysia-China dan salah seorang daripada ahli kepada Persatuan Jualan Langsung Malaysia.
Pujian dan Nilaian
- H.E. Wong Chungui, Ambassador of People's Republic of China in Malaysia
"Selama 30 tahun ini, Kumpulan Hai-O berusaha sedaya-upaya mempromosi komoditi China di pasaran Malaysia. Ini bukan sahaja mengeratkan hubungan perdagangan dan persefahaman antara China dan Malaysia, malah memainkan peranan penting dalam menyediakan pentas untuk perusahaan China melaksanakan strategi "pemasaran ke
luar negara". Saya amat menghargai usaha ini." - Allahyarham Dato' Dr. Usman Awang, Sasterawan Negara
"Hai-O sering menghulurkan perkhidmatan pada masyarakat, dengan berlandaskan konsep menunaikan tanggungjawab terhadap masyarakat, seperti yang dikemukakan oleh En. Tan Kai Hee. Kemurahan hati En. Tan menjadikan beliau teladan yang baik untuk diikuti." - Dato' Abdul Aziz Shamsudin, Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah
"Hai-O Marketing telah menjalankan satu sistem pendidikan pengurusan perniagaan dalam rangka menghasilkan usahawan-usahawan yang begitu berkredibiliti. Sebenarnya En. Tan Kai Hee telah membangunkan sebuah universiti untuk negara." - Dato' Khamsiyah Yeop, Timbalan Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi
"En. Tan Kai Hee seorang warga Malaysia berjiwa kebangsaan. Perpaduan dan perkongsian pintar dalam perniagaan atau smart partnership telah dilakukan oleh Hai-O Marketing." - Dato' Zamani B Md Noor, Ketua Pengarah Majlis Amanah Rakyat (MARA)
"En. Tan Kai Hee seorang yang tidak kedekut untuk berkongsi pengalamannya dalam bidang ini, dan telah membawa, membuka peluang seluas-luasnya untuk usahawan bumiputera. Saya kagum dengan kejayaan yang dicapai oleh usahawan bumiputera di Hai-O begitu besar sekali, dan menyebabkan apa yang ada di MARA, begitu kecil." - Dato' Seri Mohamed Khaled Nordin, Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi
"Saya amat berterima kasih kepada syarikat Hai-O Marketing yang sememangnya mempunyai hubungan dengan kementerian, dengan MARA dalam soal untuk membangunkan usahawan di kalangan masyarakat bumiputera yang terdapat dalam negara kita dan sememagnya kita harapkan supaya dalam kita menggalakkan semua orang untuk menjadi usahawan."
BERTINDAK SEKARANG
saya ada sedikit pengajaran
untuk anda hari ini iaitu – jika anda mempunyai
idea, projek atau tindakan, terus bertindak. Memang
terlalu banyak halangan untuk menjayakan untuk idea
anda, tapi mengalah pada halangan hanya akan
menyusahkan anda sendiri akhirnya. Seperti kata orang
bijak pandai, ‘Kejar impian anda nanti impian anda
akan mengejar anda’.
Pengajaran kedua ialah – jangan sekali-kali mendengar
cakap orang. Di sekeliling anda penuh dengan
orang yang negatif dan cemburu. Kerja yang paling
mudah di dunia ini ialah mengata, mengkritik dan
mencari kesalahan orang lain. Dengan senang orang
boleh membentangkan kekurangan dan kesilapan kita,
tetapi agak payah untuk memberitahu walaupun hanya
hanya satu kebaikan yang kita lakukan. Jika perlu,
dengar hanya kepada orang yang benar-benar jujur.
Misalnya, jika anda mahu bertindak menjadikan MLM
sebagai karier anda – terus melaksanakan tindakan
anda. Tidak perlulah anda meminta pendapat dari
orang-orang yang negatif kerana dengan mudah nanti
mereka akan memberitahu anda dari sudut mana MLM
tidak boleh dijayakan.
matdiejusoh@yahoo.com
MEMBINA MASA DEPAN MELALUI MLM
menjadikan MLM sebagai ‘jalan’ untuk masa depan
yang gemilang, maka sekaranglah masanya untuk anda
bertindak serius terhadap perniagaan MLM anda.
Sememangnya MLM adalah perniagaan yang besar dan
serius. Bahkan jika anda menjalankan perniagaan ini
secara sambilan, anda tetap menjalankannya dengan
serius dan kesungguhan.
Sudah berlalu zaman MLM dijadikan bahan senda gurau.
Sudah tidak kedengaran lagi kata-kata, “Jual
penapis air boleh kaya?…”atau “Mana ada meniaga modal
RM 20k…” atau “ Siapa masuk MLM bermakna dia jadi
kuda tunggangan orang yang di atas …” Sekarang ini
orang makin mempercayai MLM dan makin ramai yang
menjadikan MLM sebagai jalan untuk membina masa
depan.
Yang penting ialah kepercayaan anda. Jika anda
percaya, maka anda boleh. Mengapa masih tidak
percaya sedangkan di seluruh dunia dan di Malaysia
sudah ramai yang hidup senang lenang dari hasil usaha
mereka di dalam MLM pada masa lalu. Siapakah yang
tidak anda percayai? MLM atau diri anda sendiri? MLM
hanyalah perniagaan atau ‘jalan’ untuk mencapai masa
depan yang gemilang. Dan ia telah dipercayai, diakui,
dan terbukti sebagai perniagaan yang menghasilkan
lebih ramai jutawan berbanding perniagaan lain. Yang
menjayakan MLM adalah diri anda sendiri. Jadi, jika
anda memberi kepercayaan kepada diri anda sendiri,
maka perniagaan MLM adalah untuk anda.
Anda juga mestilah percaya bahawa perniagaan
MLM bukanlah seperti bermain silap mata – hari ini
berniaga, minggu depan kaya raya. Anda mesti percaya
bahawa MLM sama seperti perniagaan lain iaitu
mengambil masa yang panjang untuk membinanya
hingga menjadi kukuh dan boleh dijadikan tempat
berteduh untuk anda dan keluarga. Sama juga dengan
perniagaan atau perkara lain, semestinya anda akan
menemui rintangan dan beberapa kegagalan sementara
sebelum mencapai kejayaan. Tidak ada jalan singkat
dan tidak ada istilah ‘duduk-duduk dan berjaya’. Lebih
tepat lagi, tidak ada jalan singkat dalam keusahawanan.
Orang-orang yang berjaya di dalam MLM sekarang
ini bukan orang lebih rehat dari bekerja pada masa lalu.
Mereka adalah orang-orang yang sanggup. Mereka
sanggup mengalami 1001 kesakitan sebelum menikmati
kejayaan sekarang ini. Mereka tidak pernah tergerak
untuk mencari jalan singkat dan mudah kerana
sememangnya tidak ada jalan mudah dan singkat di
dalam perniagaan.
BONUS RAMADHAN
“Setiap amalan anak Adam digandakan pahalanya kepada 10 hingga 700 kali ganda, maka berkata Allah SWT: Kecuali puasa, sesungguhnya ia adalah khas untuk-Ku dan Akulah yang akan membalas kebaikannya, mereka meninggalkan makanan, minuman dan syahwat mereka (di siang hari) hanya kerana-Ku.“ (Riwayat Al-Bukhari & Muslim)
Bonus dan belanjawan
Cuba kita renungkan, kerap kali kita gembira apabila tiba hujung tahun bagi mendapat bonus daripada majikan. Puncanya, kerana kita dapat duit. Mengapa kita seronok dapat duit? Jawabnya, kerana boleh membeli itu dan ini, bergaya dan lain-lain.
Lalu berapa lamakah keseronokan barang dan perkara yang dibeli tadi? Jawabnya, ia bergantung kepada apa yang dibeli. Ada yang rosak cepat dan ada yang lambat. Jika barang itu lambat rosak, berapa lamakah keseronokan itu berterusan? Jawabnya, paling lama sekadar kita masih hidup saja.
Baiklah, selepas kematian, adakah masih ada seronok? Jika tidak, apakah yang boleh menyeronokkan kita selepas mati? Jawabnya tidak lain tidak bukan adalah pahala dan amalan yang dikumpul.
Jika banyak dan berkualiti, semua mata wang pahala itu akan memberi 1,001 macam keseronokan berpanjangan sehingga satu tarikh yang hanya diketahui Allah SWT dan ia pasti sangat panjang.
Jika demikian, mengapa tidak tercetus perasaan seronok menerima kehadiran Ramadan sebagaimana seronoknya kita menerima bonus duit? Sedangkan Ramadan bulan bonus untuk meraih pahala sebanyak-banyaknya, bulan dipermudahkan peluang untuk ke syurga Allah.
Bezanya, ramai lebih seronok dengan belanjawan 2009 baru-baru ini kerana mungkin akan dapat jimat lebih banyak duit.
Seronok hakiki dan sementara
Keseronokan jiwa yang hadir kerana dipermudahkan cara untuk memiliki rumah dalam belanjawan baru-baru ini lebih dapat dilihat dan dihayati ramai berbanding keseronokan memasuki bulan yang dipermudahkan jalan pemilikan rumah syurga di akhirat yang kekal abadi.
Mengapa ini berlaku kepada hati kita? Apakah silapnya? Pernahkah kita memikirkan mengapa gembira berpeluang dapat harta akhirat sebagaimana kita gembira mendapat harta dunia?
“Ya Allah, bantulah kami yang menzalimi diri kami, tiada tuhan melainkan-Mu dan Engkaulah yang Maha Pengampun.”
Tawaran bonus luar biasa
Justeru, niat yang ikhlas dan benar ketika melaksanakan kewajiban Ramadan adalah kunci kepada ‘bonus’ yang ditawarkan oleh Allah SWT. Contohnya, sesiapa yang berpuasa Ramadan bukan kerana Allah tetapi disebabkan rasa malu kepada rakan.
Ada juga kerana terpaksa menuruti suasana atau hanya ingin menunjuk-nunjuk dan lain-lain sebab keduniaan.
Orang seperti ini tidak layak mendapat ‘bonus’ dan tawaran istimewa ‘pahala luar biasa’ yang ditawarkan oleh Allah.
Selain itu, pahala bonus ini juga boleh tergugat dengan amalan keji bercakap buruk seperti maki, mencarut, mengeji orang, mengumpat, memfitnah dan apa-apa yang berkaitan dengan dosa lidah dan anggota juga akan menipiskan lagi ganjaran pahala seseorang walaupun ia berniat benar ketika berpuasa.
Ini ditegaskan oleh Nabi SAW dalam sebuah hadis ertinya:
“Barang siapa yang tidak meninggalkan perkataan buruk dan perbuatannya tatkala puasa, maka tiada hajat Allah baginya (kerana pahala akan terhapus) walaupun meninggalkan makanan dan minumannya.” (Riwayat Al-Bukhari, 4/1903 - Fath al-Bari)
Beberapa ulama seperti Abu Gharib Al-Asfahani, Syeikh Dr Yusof Al-Qaradawi, Prof Dr Muhd Uqlah Ibrahim (Ulama Fiqh di Jordan) serta lain-lainnya berpandangan bahawa di samping pahala yang berganda, dosa juga boleh berganda di bulan mulia ini.
Beliau ada mengutarakan beberapa dalil, bagaimanapun sukar untuk saya muatkan di ruangan terhad ini. Sebagai jalan terbaik, jauhilah dosa sejauh-jauhnya di bulan ini kerana masih ada kemungkinan dosa digandakan.
Syaitan kena gari?
Umat Islam perlu lebih fokus untuk mencapai kebaikan di bulan ini. Nabi SAW menyebut juga bahawa pintu syurga dibuka, ditutup pintu neraka serta dibelenggu syaitan-syaitan (Riwayat Al-Bukhari, 1/18; Muslim, 1/41); malah ada ulama mengatakan, bulan ini dinamakan ‘Ramadan’ (yang bermaksud panas) oleh Allah SWT kerana bulan ini bulan menghanguskan dosa. (Mughni, Ibn Quddamah, 4/116
Ada pula yang bertanya berkenaan erti syaitan dibelenggu dalam hadis di atas. Sebahagian ulama berpandangan ia membawa maksud ketidakmampuan syaitan menguasai orang berpuasa sebagaimana penguasaannya di luar Ramadan. (Al-Muntaqa Min At-Targhib Wa at-Tarhib, Al-Munziri dan Al-Qaradawi, 1/313)
Ada juga yang menyebut sebahagian jenis syaitan yang utama saja dibelenggu, manakala yang lain masih bebas, lalu kerana itu masih ada yang membuat maksiat di bulan ini.
Bagaimanapun, sebenarnya ia akibat dorongan nafsu jahat yang lama terdidik dan terbiasa dengan ajakan syaitan. Kebiasaan buruk ini mampu mendorong seseorang ke arah kejahatan walau ketika syaitan utama dibelenggu. (Min Ahsanil Kalam Fil Fatawa, Syeikh Atiyyah Saqar, 2/13)
BERSAMBUNG MINGGU DEPAN
Perjalanan Cat Steven menjadi Muslim.
10/11/2002 "Aku dilahirkan di London, jantung dunia Barat. Aku dilahirkan di era televisi dan angkasa luar. Aku dilahirkan di era teknologi mencapai puncaknya di negara yang terkenal dengan peradabannya, negara Inggris. Aku tumbuh dalam masyarakat tersebut dan aku belajar di sekolah Katholik yang mengajarkanku tentang agama Nashrani sebagai jalan hidup dan kepercayaan. Dari sini pula aku mengetahui apa yang harus kuketahui tentang Allah, al-Masih 'Alaihis-salaam dan taqdir, yang baik maupun yang buruk."
"Mereka banyak memberitahuku tentang Allah, sedikit tentang al-Masih dan lebih sedikit lagi tentang Ruhul Qudus (Jibril)."
"Kehidupan di sekelilingku adalah kehidupan materi. Paham materialis gencar diserukan dari berbagai media informasi. Mereka mengajarkan, kekayaan adalah kekayaan harta benda yang sesungguhnya, dan kefakiran adalah ketiadaan harta benda secara hakiki. Amerika adalah contoh negara kaya dan negara-negara dunia ketiga adalah contoh kemiskinan, kelaparan, kebodohan, dan kepapaan.
Karena itu, aku harus memilih dan meniti jalan kekayaan, supaya aku bisa hidup bahagia; supaya aku dapat kenikmatan hidup. Karena itu, aku membangun falsafah hidup bahwa dunia tidaklah ada kaitannya dengan agama. Falsafah inilah yang aku jalani, agar aku mendapatkan kebahagiaan jiwa."
"Lalu, aku mulai melihat kepada sarana untuk meraih kesuksesan. Dan, cara yang paling mudah -menurutku- adalah dengan membeli gitar, mengarang lagu, dan menyanyikannya sendiri. Aku lalu tampil di hadapan mereka. Inilah yang benar-benar aku lakukan dengan membawa nama "Cat Stevens". Dan tidak berapa lama, yakni ketika aku berusia 18 tahun, aku telah menyelesaikan rekaman dalam delapan kaset. Setelah itu banyak sekali tawaran. Dan aku pun bisa mengumpulkan uang yang banyak. Di samping itu, pamorku pun mencapai puncak."
"Ketika aku berada di puncak ketenaran, aku melihat ke bawah. Aku takut jatuh! Aku dihantui kegelisahan. Akhirnya, aku mulai minum minuman keras satu botol setiap hari, supaya memotivasi keberanianku untuk menyanyi. Aku merasa orang-orang di sekelilingku berpura-pura puas. Padahal, dari wajah mereka, tak seorang pun tampak puas, kepuasan yang sesungguhnya. Semuanya harus munafik, bahkan dalam jual beli dan mencari sesuap nasi, bahkan dalam hidup! Aku merasa, ini adalah sesat. Dari sini, aku mulai membenci kehidupanku sendiri. Aku menghindar dari orang banyak. Aku lalu jatuh sakit. Aku kemudian diopname di rumah sakit karena sakit paru-paru. Ketika di rumah sakit kondisiku lebih baik karena mengajakku berpikir."
"Aku memiliki iman kepada Allah. Tetapi, gereja belum mengenalkanku siapakah Tuhan itu dan aku tak mampu sampai pada hakikat Tuhan sebagaimana yang dibicarakan gereja! Pikiranku buntu. Maka, aku memulai berpikir tentang jalan hidup yang baru. Aku memiliki buku-buku tentang akidah dan masalah ketimuran. Aku mencari tentang Islam dan hakikatnya. Dan seperti ada perasaan, aku harus menuju pada titik tujuan tertentu, tetapi aku tidak tahu keberadaan dan pengertiannya."
"Aku tidak puas berpangku tangan, duduk dengan pikiran kosong. Aku mulai berpikir dan mencari kebahagiaan yang tidak kudapatkan dalam kekayaan, ketenaran, puncak karir maupun di gereja. Maka aku mulai mengetuk pintu Budha dan falsafah China. Aku pun mempelajarinya. Aku mengira, kebahagiaan adalah dengan mencari berita apa yang akan terjadi di hari esok, sehingga kita bisa menghindari keburukannya. Aku berubah menjadi penganut paham Qadariyyah. Aku percaya dengan bintang-bintang, mencari berita apa yang akan terjadi. Tetapi, semua itu ternyata keliru.
>Aku lalu pindah kepada ajaran komunis. Aku mengira bahwa kebajikan adalah dengan membagi kekayaan alam ini kepada setiap manusia. Tetapi, aku merasa bahwa ajaran komunis tidak sesuai dengan fitrah manusia. Sebab, keadilan adalah engkau mendapat sesuai apa yang telah engkau usahakan, dan ia tidak lari ke kantong orang lain."
"Lalu, aku berpaling pada obat-obat penenang. Agar aku memutuskan mata rantai berbagai pikiran dan kebimbangan yang menyesakkan. Setelah itu, aku mengetahui bahwa tidak ada akidah yang bisa memberikan jawaban kepadaku. Yang bisa menjelaskan kepadaku hakikat yang sedang aku cari. Aku putus asa. Dan ketika itu aku belum mengetahui tentang Islam sama sekali. Maka aku tetap pada keyakinanku semula, pada pemahamanku yang pertama, yang aku pelajari dari gereja. Aku menyimpulkan bahwa kepercayaan-kepercayaan yang aku pelajari itu adalah keliru. Dan bahwa gereja sedikit lebih baik daripadanya. Aku kembali lagi kepada gereja. Aku kembali mengarang musik seperti semula. Dan aku merasa Kristen adalah agamaku. Aku berusaha ikhlas demi agamaku. Aku berusaha mengarang lagu-lagu dengan baik. Aku berangkat dari pemikirang Barat yang bergantung pada ajaran-ajaran gereja. Yakni, ajaran yang memberikan inspirasi kepada manusia bahwa dia akan sempurna seperti Tuhan jika ia melakukan pekerjaannya dengan baik serta ia mencintai dan ikhlas terhadap pekerjaannya."
"Pada tahun 1975 terjadi suatu yang luar biasa, yakni ketika saudara kandungku tertua memberiku sebuah hadiah berupa satu mushaf Alquran. Mushaf itu masih tetap bersamaku sampai aku mengunjungi al-Quds Palestina. Setelah kunjungan tersebut, aku mulai mempelajari kitab yang dihadiahkan oleh saudaraku itu. Suatu kitab yang aku tidak mengetahui apa isi di dalamnya, juga tak mengetahui apa yang dibicarakannya. Lalu aku mencari terjemahan Alquran al-Karim setelah aku mengunjungi al-Quds. Pertama kalinya, melalui Alquran aku berpikir tentang apa itu Islam. Sebab, Islam menurut pandangan orang Barat adalah agama yang fanatik dan sektarian. Dan umat Islam itu sama saja. Mereka adalah orang-orang asing, baik Arab maupun Turki. Kedua orang tua saya berdarah Yunani. Dan orang Yunani sangat benci kepada orang Turki Muslim. Karena itu, seyogyanya aku membenci Alquran yang merupakan agama dan pedoman orang-orang Turki, sebagai dendam warisan. Tetapi, aku memandang, aku harus mempelajarinya (terjemahannya). Tidak mengapa aku mengetahui isinya."
"Sejak pertama, aku merasa bahwa Alquran dimulai dengan Bismillah (dengan nama Allah), bukan dengan nama selain Allah. Dan ungkapan Bismillahirrahmanirrahiim begitu sangat berpengaruh dalam jiwaku. Lalu surat al-Fatihah itu berlanjut dengan Faatihatul Kitab, Alhamdulillahi rabbil 'alamiin. Segala puji milik Allah Sang Pencipta sekalian alam, dan Tuhan segenap makhluk.
Sampai waktu itu, pemikiran saya tentang Tuhan begitu lemah tak berdaya. Mereka mengatakan kepadaku, 'Sesungguhnya Allah adalah Maha Esa, tetapi terbagi menjadi tiga dzat! Bagaimana? Saya tidak mengerti'!"
Dan, mereka mengatakan kepadaku, "Sesungguhnya Tuhan kita bukanlah Tuhannya orang Yahudi."
Adapun Alquran, maka ia mulai dengan beribadah kepada Allah Yang Maha Esa, Tuhan segenap alam semesta. Alqura menegaskan keesaan Sang Pencipta. Dia tidak memiliki sekutu yang berbagi kekuasaan dengan-Nya. Dan, ini adalah pemahaman baru bagiku. Sebelumnya, sebelum aku mengetahui Alquran, aku hanya mengetahui adanya pemahaman kesesuaian dan kekuatan yang mampu mengalahkan mu'jizat. Adapun sekarang, dengan pemahaman Islam, aku mengetahu bahwa hanya Allah semata yang mampu dan Maha Kuasa atas segala sesuatu."
"Hal itu masih dibarengi dengan keimanan terhadap hari akhir dan bahwa kehidupan akhirat itu abadi. Jadi, tidaklah manusia itu dari segumpal daging kemudian berubah setiap hari kemudian menjadi debu, sebagaimana yang dikatakan oleh ahli biologi. Sebaliknya, apa yang kita lakukan dalam kehidupan dunia ini sangat menentukan keadaan yang akan terjadi dalam kehidupan di akhirat nanti. Alquran-lah yang menyeruku kepada Islam. Maka aku pun memenuhi seruannya. Adapun gereja yang menghancurkanku dan membuatku lelah dan letih, maka dialah yang mengantarkanku kepada Alquran. Yakni, ketika aku tidak mampu menjawab berbagai pertanyaan jiwa dan kalbuku."
"Di dalam Alquran aku melihat sesuatu yang asing. Ia tidak sama dengan kitab-kitab lain. Ia tidak mengandung beberapa bagian atau sifat-sifat yang ada dalam kitab-kitab agama lain yang telah kubaca. Di sampul Alquran juga aku tidak mendapatkan nama pengarangnya. Karena itu, aku yakin betul dengan makna wahyu yang Allah wahyukan kepada Nabi Shallallahu 'alaihi wa sallam yang diutus-Nya. Kini aku telah memahami dengan jelas betul tentang perbedaan Alquran dengan Injil yang ditulis oleh tangan-tangan pengarang yang berbeda-beda sehingga melahirkan kisah-kisah yang bertentangan.
Aku berusaha untuk mencari kesalahan di dalam Alquran, tetapi aku tidak menemukannya. Semua isi Alquran adalah sesuai dengan pemikiran keesaan Allah yang murni. Dari sini, aku mulai mengenal tentang apa itu Islam."
"Alquran bukanlah satu-satunya risalah. Sebaliknya, di dalam Alquran didapatkan nama-nama semua nabi yang dimuliakan oleh Allah. Alquran tidak membeda-bedakan antara satu dengan yang lainnya. Dan teori ini sangat logis. Sebab, jika anda beriman kepada seorang nabi dan tidak kepada yang lainnya, berarti anda telah mengingkari dan menghancurkan kesatuan risalah. Dari sejak itu, aku memahami bagaimana berantainya risalah sejak awal penciptaan manusia. Dan bahwa manusia sepanjang sejarah selalu terdiri dari dua barisan, mu'min dan kafir. Alquran telah menjawab semua hal yang kupertanyakan. Dengan demikian, aku merasa bahagia. Kebahagiaan mendapatkan kebenaran."
"Aku mulai membaca Alquran semuanya, sepanjang satu tahun penuh. Aku mulai menerapkan pemahaman yang aku baca dari Alquran. Saat itu aku merasa bahwa akulah satu-satunya muslim di muka bumi ini. Lalu aku berpikir bagaimana aku menjadi muslim yang sesungguhnya. Maka aku pergi ke masjid London dan aku mengumumkan keislamanku. Aku mengatakan, 'Asyhadu anlaa ilaaha illallaah wa asyhadu anna Muhammadan rasuulullaah'."
"Ketika itu, aku yakin bahwa Islam yang kupeluk adalah risalah yang berat, bukan suatu pekerjaan yang selesai dengan sekedar mengucapkan dua kalimat syahadat. Aku telah dilahirkan kembali. Dan aku telah mengetahui ke mana aku berjalan bersama saudara-saudara muslimku yang lainnya. Sebelumnya, aku sama sekali tidak pernah menemui salah seorang dari mereka. Seandainya pun ada seorang muslim yang menemuiku dan mengajakku kepada Islam, tentu aku menolak ajakkannya, karena keadaan umat Islam yang diremehkan dan diolok-olok oleh media informasi Barat. Bahkan, media umat Islam sendiri sering mengolok-olok hakikat Islam. Mereka justru sering mendukung berbagai kedustaan dan kebohongan yang dilontarkan oleh musuh-musuh Islam, padahal mereka ini tidak mampu memperbaiki bangsa mereka sendiri yang kini telah dihancurkan oleh penyakit-penyakit akhlak, sosial, dan sebagainya."
"Aku telah mempelajari Islam dari sumbernya yang utama, yaitu Alquran. Selanjutnya, aku mempelajari sejarah hidup (sirah) Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa sallam. Bagaimana beliau dengan perilaku dan sunnahnya mengajarkan Islam kepada umat Islam. Aku lalu mengetahui kekayaan yang agung dari kehidupan dan sunnah Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa sallam. Aku sudah lupa musik. Aku bertanya kepada kawan-kawanku, "Apa aku mesti melanjutkan karir musikku?" Mereka menasihatiku agar aku berhenti, sebab musik akan melalaikan dari mengingat Allah. Dan itu bahaya besar. Aku menyaksikan pemuda-pemudi yang meninggalkan keluarga mereka dan hidup di tengah-tengah musik dan lagu. Ini adalah sesuatu yang tidak diridhai oleh Islam, yang menganjurkan dibangunnya generasi-generasi tangguh."
Itulah sekilas kisah islamnya seorang penyanyi terkenal dari Inggris. Ia setelah memeluk Islam mengubah namanya menjadi Yusuf Islam. Allah telah mengganti segala yang ia dapatkan dari musik yang kemudian dia tinggalkan dengan hidayah iman kepada-Nya yang tak dapat dibandingkan dengan apa pun jua.
Al-Islam - Pusat Informasi dan Komunikasi Islam Indonesia
Islam iktiraf kerjaya usahawan
Oleh ISMA ADDI JUMBRI
Islam memandang mulia kepada golongan usahawan malah dijanjikan dengan balasan yang baik di akhirat dengan
syarat golongan usahawan ini benar-benar jujur dan ikhlas serta memahami serta melaksanakan konsep perniagaan
yang ditetapkan dalam Islam.
Ini dijelaskan dalam hadis yang bermaksud: Abi Sa’id menceritakan bahawa Rasulullah bersabda:
“Seseorang peniaga yang jujur dan amanah akan bersama nabi-nabi, para siddiqin dan para syuhada.”
SIRAH NABAWIAH
Sebelum Nabi Muhammad s.a.w diutuskan, masyarakat Arab telah pun menjalankan aktiviti perniagaan dan
keusahawanan dengan berdagang dari Timur dan Barat dunia. Begitu juga dengan masyarakat bukan Islam dan ini
termasuklah sejarah Marco Polo yang dianggap terkenal sebagai pelayar dan pedagang.
Namun, kedatangan Islam dan ajaran Rasulullah membawa sinar baru dalam budaya keusahawanan yang selama ini
dicemari dengan masalah penipuan, penindasan, monopoli, kapitalis dan riba. Kegemilangan Islam terus berkembang
dan disegani ke seluruh alam dengan pendekatan budaya keusahawanan yang lebih beretika telah dibawa oleh Nabi
Muhammad, para sahabat dan tabi’en.
Perkembangan keusahawanan ini turut merancakkan lagi penyebaran dakwah Islamiah, menggerakkan lagi ekonomi
umat Islam dan seterusnya menjadikan usahawan Muslim disegani serta berkaliber berbanding bangsa lain termasuklah
golongan Yahudi.
Keunikan perniagaan oleh usahawan Muslim adalah kerana mereka lebih telus dan jauh daripada masalah-masalah
penipuan dan penindasan. Walaupun Islam sangat menyokong dan memberikan ruang yang luas dalam urusan
perniagaan dan jual beli namun, masih terdapat peraturan yang perlu dipatuhi seperti firman Allah yang bermaksud, Dan
Allah menghalalkan berjual beli dan mengharamkan riba. (al-Baqarah: 275)
Benarlah ajaran Nabi Muhammad ini menjadikan bukan hanya usahawan Muslim dipandang mulia bahkan seluruh
kehidupan manusia lebih bertamadun dan berakhlak. Ia bersesuaian dengan sabda Nabi yang bermaksud:
“Sesungguhnya aku diutuskan untuk menyempurnakan kemuliaan akhlak manusia.”
Nabi juga adalah seorang usahawan yang pernah menjalankan perniagaan dengan membawa barang dagangan dari
Tanah Hijaz ke Sham dan banyak lagi transaksi perniagaan yang tercatat dalam sirah baginda. Pendekatan dan
pelaksanaan Rasulullah sebagai usahawan membawa kepada kaedah-kaedah dan akad dalam bermuamalat yang
mudah, teratur dan sistematik.
KEUSAHAWANAN MEMBENTUK PERIBADI MULIA
Aktiviti keusahawanan yang disulami dengan akhlak mulia melalui pendekatan dan penerapan Rasulullah s.a.w
merapatkan lagi hubungan persaudaraan dan silaturahim antara umat Islam. Hubungan yang murni ini terjalin kerana
pembeli dan penjual bersama mengamalkan nilai akhlak yang terpuji semasa urusan berjual beli.
Ini ditegaskan dalam sabda nabi yang bermaksud: “Semoga Allah merahmati seseorang yang sentiasa
bertoleransi ketika menjual, membeli dan menuntut haknya.”
Islam juga mengajar umatnya dan juga kepada usahawan Muslim agar melaksanakan pengurusan perniagaan yang
lebih sistematik dan teratur. Tidak kira dari aspek membuat keputusan, sistem perakaunan, beramanah, menyedari
tanggungjawab sosial dan banyak lagi nilai-nilai murni telah diajar kepada usahawan dan umatnya.
Misalnya, dalam aspek membuat keputusan Islam mengajar kita agar tidak terburu-buru tanpa berfikir panjang dan
meneliti dahulu kesan positif mahupun negatif yang bakal melanda mereka. Ini diperjelaskan dalam firman Allah yang
bermaksud, Dan segala urusan mereka hendaklah dimesyuaratkan di kalangan kamu. (Asy-Syura: 38)
Begitu juga dalam aspek sistem perakaunan, Islam telah mengajar agar kita mengamalkan sistem yang baik dan
beretika. Misalnya, dalam menjalankan perniagaan dan apabila melibatkan transaksi berhutang kita digalakkan mencatat
atau menulis segala transaksinya. Ini ditegaskan dalam firman Allah yang bermaksud, Wahai orang-orang yang beriman!
Apabila kamu menjalankan sesuatu urusan (bermuamalah) dengan hutang piutang yang diberi tempoh sehingga masa
tertentu, maka hendaklah kamu menulis (hutang dan masa bayarannya itu). Dan hendaklah seseorang di antara kamu menulisnya dengan adil (benar). (al-Baqarah: 282)
Begitu juga dengan konsep menyedari tanggungjawab sosial yang sangat ditekankan dalam Islam terutama melalui
konsep zakat dan bersedekah. Dengan wujudnya amalan ini, ia bukan hanya memberikan kestabilan ekonomi umat
Islam malah berupaya membendung masalah sosial yang melanda.
Firman Allah yang bermaksud, Dan pada harta-harta mereka, ada pula bahagian yang mereka tentukan menjadi hak
orang miskin yang meminta dan orang miskin yang tidak mendapat bahagian mereka. (Adz-Zariyat: 19)
Atas konsep inilah sahabat Baginda iaitu Abdul Rahman Auf yang juga seorang usahawan masyhur sanggup
menyumbangkan sebahagian keuntungan hasil perniagaan ke jalan Allah.
Menurut sejarah, beliau menginfaqkan barang dagangannya yang baru pulang dari Syam sebanyak 700 tunggangan
yang penuh dengan barang dagangan. Tidak terhenti di situ sahaja, beliau juga pernah menyumbang sebanyak seratus
tunggangan penuh dengan muatan kepada pejuang Islam yang berada di Madinah ketika itu.
Begitu juga Saidina Uthman yang pernah menyumbang barang dagangan seperti gandum, minyak dan kismis yang
dianggarkan sejumlah muatan 1,000 ekor unta kepada umat Islam semasa pemerintahan Saidina Abu Bakar diselubungi
kemelesetan ekonomi.
Bayangkanlah ketika itu terdapat pedagang-pedagang Madinah yang menawarkan harga yang tinggi sehingga lima kali
ganda dari harga semasa. Namun, atas keimanan yang teguh dan ketakwaan yang hanya berpaksikan Allah menjadikan
usahawan Muslim sejati ini tidak sesekali hanya mementingkan keuntungan duniawi semata-mata.
DASAR KERAJAAN
Seiring 50 tahun kemerdekaan Malaysia, kerajaan menggubal pelbagai dasar dalam menggalakkan pembangunan
keusahawanan terutamanya di kalangan masyarakat bumiputera yang majoritinya beragama Islam.
Antaranya, Dasar Ekonomi Baru (DEB), Dasar Pembangunan Negara (DPN), Wawasan 2020 dan juga matlamat
Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK-9) yang mensasarkan 150,000 usahawan baru bumiputera.
Ini ditegaskan oleh Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin ketika berucap
pada program Gerak Usahawan Nasional 2007 yang dirasmikan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad
Badawi pada 25 Ogos lalu.
Masyarakat Islam di Malaysia dan majoritinya bumiputera perlu menyedari bahawa kita masih golongan minoriti dalam
bidang perniagaan dan keusahawanan walaupun kita merupakan majoriti daripada populasi negara. Pelbagai sektor
perniagaan kini, sedang dan dimonopoli oleh bukan Islam.
Adakah kita menyedari di sebalik kepesatan ekonomi yang kian rancak dan dalam Malaysia menuju ke arah Hub Halal
Dunia 2010, peluang menjadi usahawan begitu luas terutama sebagai pengeluar makanan halal. Dengan populasi
penduduk Islam dunia yang mencapai 1.6 bilion dan kesedaran masyarakat bukan Islam yang turut memahami
kepentingan produk makanan halal dalam kehidupan seharian mereka telah merancakkan lagi perkembangan bidang ini.
Jika kita terus leka dek hanya mencari bintang, idola dan pelbagai rancangan hiburan realiti TV lagi pastinya kita akan
terus tertinggal dalam lautan keusahawanan ini. Jangan nanti, kita boleh diibaratkan seperti “sepuluh jung masuk
pelabuhan, anjing bercawat ekor juga” dan lebih dahsyat lagi situasi umat Islam pada masa itu umpama
“yang dikejar tidak dapat, yang dikendong berciciran”.
Perlu disedari penglibatan sebagai usahawan tidak hanya terhad sebagai pengeluar semata-mata. Usahawan Muslim
boleh turut melibatkan diri sebagai pemasar, pemborong, pengedar, peruncit, penyedia dan juga pembekal. Lebih-lebih
lagi sebagai pembekal kepada sumber dalam menjana produk makanan halal seperti bidang pertanian, bioteknologi,
penternakan dan perladangan.
Kerajaan kini amat memandang serius bidang pertanian sebagai industri yang penting dan mempunyai impak serta
potensi yang besar kepada pembangunan ekonomi negara. Ini sinonim dan bertepatan dengan slogan yang sering diuaruarkan
kerajaan melalui media massa sama ada media cetak mahupun elektronik iaitu ‘Pertanian adalah
Perniagaan’.
Yakinilah, dengan usaha dan iltizam yang tinggi sebagai usahawan Muslim yang diredai Allah akan memberikan
keuntungan bukan hanya di dunia malah di akhirat. Ini kerana ia turut memartabatkan bersama maruah agama Islam,
bangsa dan Malaysia tercinta.
Penggerak Usahawan Dalam Talian Anda!
http://www.usahawanterbilang.com Dikuasai oleh Joomla! Dijanakan : 27 August, 2008, 18:01
* ISMA ADDI JUMBRI ialah Ketua Jabatan Pengurusan Perniagaan Fakulti Pengurusan dan Muamalah Kolej Universiti
Islam Antarabangsa Selangor (KUIS), Bangi, Selangor.