Setengah Hari SAHAJA!!!!!! 999 juta unit ASM Habis dilanggan...???



Pada hari Isnin yang lalu, Perdana Menteri 1Malaysia, Dato’ Sri Najib Tun Razak telah mengumumkan tawaran unit tambahan Amanah Saham Malaysia (ASM) sejumlah 3.33 billion pada Minggu Amanah Saham Malaysia (MSAM) yang berlangsung di Johor Bharu.

Daripada jumlah itu, 999 juta unit kuota yang ditawarkan kepada kaum Cina habis dilanggan sepenuhnya dalam masa satu setengah hari sahaja!

ASM kaum Cina Habis“, lapor sebuah akhbar!

Kuota kira-kira 30 peratus itu, habis dilanggan sepenuhnya oleh mereka tepat jam 12.17 tengahari!

Manakala 1.665 billion unit yang ditawarkan kepada kaum bumiputera, hanya 7.65 juta unit sahaja yang berjaya dijual!

Manakala 53.5 juta unit daripada 499.5 juta unit untuk kaum India pula telah dilanggan.

Lihat, bagaimana penerimaan dan pemahaman serta kebijaksanaan kaum Cina dan India merebut peluang dalam pelaburan unit amanah yang dijamin oleh kerajaan!

Bandingkan nilai pelaburan antara kaum. (Pada kadar seunit = RM1.00)

Lihat kaum Cina telah melabur sejumlah RM999 juta dalam masa setengah hari sahaja, kaum India pula RM53.5 juta dalam masa satu hari, manakala bumiputera termasuk majoriti kaum Melayu hanya melabur sekitar RM7.65 juta unit!

Lihat berapa jauh bezanya?

Apakah kaum bumiputera tidak mempunyai kemampuan untuk melabur dalam unit Amanah Saham Malaysia kerana masih terlalu taksub dengan pelaburan Skim Cepat Kaya yang masih berleluasa sehingga kini?

Atau mungkin mereka lebih selesa dengan ASB yang setakat ini masih mampu memberikan dividen tahunan yang lebih kompetitif?

Atau mungkin mereka juga tidak mempunyai kesedaran tentang simpanan untuk masa depan bagi pelaburan jangka masa panjang?

Atau mungkin juga mereka tak ada wang yang cukup untuk melabur dalam unit amanah PNB ini (yang menjamin nilai modal pelaburannya) hanya kerana gagal mengurus dan merancang kewangan mereka?

Saya hanya mampu memberi persoalan dan kemungkinan!