Setengah Hari SAHAJA!!!!!! 999 juta unit ASM Habis dilanggan...???



Pada hari Isnin yang lalu, Perdana Menteri 1Malaysia, Dato’ Sri Najib Tun Razak telah mengumumkan tawaran unit tambahan Amanah Saham Malaysia (ASM) sejumlah 3.33 billion pada Minggu Amanah Saham Malaysia (MSAM) yang berlangsung di Johor Bharu.

Daripada jumlah itu, 999 juta unit kuota yang ditawarkan kepada kaum Cina habis dilanggan sepenuhnya dalam masa satu setengah hari sahaja!

ASM kaum Cina Habis“, lapor sebuah akhbar!

Kuota kira-kira 30 peratus itu, habis dilanggan sepenuhnya oleh mereka tepat jam 12.17 tengahari!

Manakala 1.665 billion unit yang ditawarkan kepada kaum bumiputera, hanya 7.65 juta unit sahaja yang berjaya dijual!

Manakala 53.5 juta unit daripada 499.5 juta unit untuk kaum India pula telah dilanggan.

Lihat, bagaimana penerimaan dan pemahaman serta kebijaksanaan kaum Cina dan India merebut peluang dalam pelaburan unit amanah yang dijamin oleh kerajaan!

Bandingkan nilai pelaburan antara kaum. (Pada kadar seunit = RM1.00)

Lihat kaum Cina telah melabur sejumlah RM999 juta dalam masa setengah hari sahaja, kaum India pula RM53.5 juta dalam masa satu hari, manakala bumiputera termasuk majoriti kaum Melayu hanya melabur sekitar RM7.65 juta unit!

Lihat berapa jauh bezanya?

Apakah kaum bumiputera tidak mempunyai kemampuan untuk melabur dalam unit Amanah Saham Malaysia kerana masih terlalu taksub dengan pelaburan Skim Cepat Kaya yang masih berleluasa sehingga kini?

Atau mungkin mereka lebih selesa dengan ASB yang setakat ini masih mampu memberikan dividen tahunan yang lebih kompetitif?

Atau mungkin mereka juga tidak mempunyai kesedaran tentang simpanan untuk masa depan bagi pelaburan jangka masa panjang?

Atau mungkin juga mereka tak ada wang yang cukup untuk melabur dalam unit amanah PNB ini (yang menjamin nilai modal pelaburannya) hanya kerana gagal mengurus dan merancang kewangan mereka?

Saya hanya mampu memberi persoalan dan kemungkinan!


10 Dalil Anda Tidak Patut Cari Kerja

Satu senario yang amat biasa apabila anak-anak muda mencapai suatu peringkat umur, umpamanya tamat pengajian di institut pengajian tinggi, maka bergegaslah mereka bertebaran mencari “pekerjaan” dengan “menjaja” sijil atau ijazah yang dianugerah setelah bertahun bertungkus-lumus menuntut ilmu. Masing-masing cuba sedaya-upaya untuk mendapatkan jawatan yang sebagusnya demi mendapatkan gaji yang baik setiap bulan. Penulis ingin mengajak pembaca berfikir sejenak; adakah budaya mencari kerja (makan gaji) adalah bagus?

Ada sesetengah pendapat yang menganggap bahawa, keadaan seperti di atas, iaitu budaya kerja makan gaji adalah tidak bagus dan ada cara yang jauh lebih baik untuk menyara kehidupan berbanding dengan “kontrak pengabdian”. Dalilnya?

1. Sangat Tidak Bijak

Mendapatkan pekerjaan untuk wang saraan sepertinya suatu idea yang bagus. Hanya ada satu sahaja masalahnya iaitu; tidak bijak! Mendapatkan wang saraan hidup dengan cara ini ialah paling tidak bijak. Mengapa?

Kerana anda hanya dibayar untuk masa yang anda habiskan untuk bekerja (untuk majikan). Dengan kata lain anda menjual masa anda. Berapakah harga anda dibayar untuk 1 jam? Sehari? Seminggu? Sebulan, malah setahun? Atau seumur hidup? Ramai yang tidak nampak kelemahan mendapatkan wang dengan cara ini. Mungkin kerana dewasa dalam keadaan masyarakat yang mempraktikkan budaya ini. Mungkin juga telah di brainwash oleh sesetengah pihak tanpa sedar.

Bukankah lebih bagus sekiranya anda dibayar walaupun anda sedang makan, tidur, bermain dengan anak-anak? Bukankah lebih bagus sekiranya anda dibayar 24 jam sehari? Fikirkan bagaimana caranya untuk anda dibayar sama ada anda sedang bekerja atau tidak. Sebagaimana pokok tetap tumbuh walaupun semasa anda tidak mempedulikannya, kenapa tidak akaun anda?

Orang yang kurang bijak menghabiskan sebahagian besar masa untuk bekerja untuk majikan. Manakala orang-orang yang bijak menghabiskan masa membina “sistem” pendapatan (passive income) walau pada mula tidak seberapa hasilnya, tetapi akhirnya membuahkan pendapatan lumayan. Contoh paling umum ialah berniaga, membina laman web, menjadi pelabur, projek pertanian atau menjana pendapatan royalti hasil kerja-kerja kreatif seperti penulisan buku dan sebagainya.

Apabila sistem pendapatan yang anda bina berjalan dengan baik, hanya dengan sedikit “sentuhan” bijak, ia akan melonjak naik menaburkan hasil lumayan.

Memanglah pada mulanya memerlukan ketekunan dan ketabahan. Inilah sebenarnya yang tidak ada pada kebanyakan orang. Termasuk anda? Mungkin tidak…

2. Pengalaman Yang Terhad

Mereka kata bekerja untuk dapatkan pengalaman secukupnya sebelum membuka perniagaan sendiri. Soalan; adakah anda akan mendapat pengalaman yang cukup untuk membuka kilang jika anda bekerja sebagai operator pengeluaran? Adakah anda mendapat pengalaman yang lebih jika anda hanya mengulang rutin pekerjaan yang sama setiap hari?

Memanglah pada mulanya anda banyak belajar dengan tugasan anda, tetapi akhirnya anda akan “beku” dengan rutin yang sama setiap hari. Anda akan “terlepas” pengalaman yang lebih berharga untuk penerusan fasa hidup yang progresif. Maka anda seolah-olah “terpenjara” oleh rutin pekerjaan. Sebab itulah tidak ramai yang dapat keluar dari “penjara” hidup kerana disibukkan dengan “pekerjaan” harian sehinggalah umur anda masuk usia persaraan. Setelah itu mungkin anda berfikir, “sudah terlambat”.

Mana satukah yang lebih baik:

  1. Anda menimba pengalaman dan pegetahuan dalam bidang pekerjaan anda bertahun-tahun contohnya - perakaunan, atau;
  2. Anda menyelidik, menimba pengetahuan dan menguji-kaji bagaimana untuk mendapatkan pendapatan lumayan sehingga dapat bersara awal dan meraih kebebasan kewangan.

3. Orang Suruhan Sepanjang Hayat

Mendapatkan pekerjaan umapama menyertai program “perbudakan manusia”. Anda akan belajar bagaimana menjadi “orang suruhan” yang bagus.

Pandanglah sekeliling anda. Lihat betul-betul. Apa yang anda lihat? Itukah persekitaran manusia yang merdeka? Atau anda lihat masyarakat yang terkurung dalam salah satu “penjara-penjara” kehidupan tanpa disedari? Atau anda melihat warna-warna tekanan hidup dan kekecewaan?

Sekiranya anda bekerja untuk majikan, bagaimana perkembangan “latihan ketaatan” anda? Adakah anda diberi penghargaan atas kepatuhan anda? Atau anda dikenakan tindakan disiplin sekiranya anda gagal untuk patuh pada arahan?

Di waktu pagi terdapat dua golongan yang “bergegas” ke destinasi hingga kadang-kadang lupa mengunci pagar rumah dan terpaksa berpatah balik. Dalam kekalutan itu kadang berlaku pula pertikaman lidah suami isteri menjadikan keadaan semakin kalut. Dua golongan itu ialah:

  1. Bergegas untuk sampai ke sangkar kurungan bekerja untuk orang lain.
  2. Bergegas untuk segera sampai bagi membuka pintu kedai kerana wang nak masuk.

Anda golongan mana? Cuba ingat kembali tragedi yang berlaku diwaktu pagi anda..

4. Banyak Mulut Perlu Disuap

Jika anda bekerja di sektor pengeluaran, tahukah anda nilai sebenar yang anda hasilkan? Berapakah yang dapat kepada syarikat, pemegang saham, majikan dan cukai kerajaan? Dan berapakah pula yang anda terima? Setelah anda diberi ganjaran, terpaksa pula anda agihkan untuk bayaran rumah, kereta dan lain-lain bil. Berapakah yang tinggal untuk simpanan?

Tidakkah anda sedar yang majikan hanya membayar kepada anda sekadar cukup untuk anda mampu hadir kerja keesokan hari?

Anda hanya mendapat sebahagian kecil dari nilai pengeluaran sebenar yang anda hasilkan. Sebahagian besar hasil disumbangkan kepada poket majikan dan lain-lain. Sungguh anda pemurah..

5. Risiko Tinggi

Ramai orang beranggapan bahawa adalah lebih “selamat” jika bekerja makan gaji dengan majikan untuk menyara hidup daripada bekerja sendiri. Ini sebenarnya kurang bijak. Anggapan ini timbul kerana ingin mencari perasaan “selamat”. Oleh kerana bekerja sendiri mempunyai risiko “tidak menjadi” dan “rugi” maka ramai yang cenderung untuk merasa selamat dengan bernaung di bawah majikan.

Sedarkah anda perasaan “selamat” bekerja makan gaji boleh serta merta dihilangkan dengan hanya satu surat pemberhentian kerja? Kemana anda hendak tuju jika berlaku demikian?

Bayangkan jika anda mempunyai sumber pendapatan sendiri tanpa bergantung pada mana-mana majikan. Anda dengan bebasnya boleh mempelbagaikan dan menggandakan sumber pendapatan dari 1 hingga sepuluh atau seberapa yang anda mampu. Jika tertutup salah satu maka masih ada yang lain. Jadi bekerja dengan majikan lebih tinggi risikonya daripada bekerja sendiri.

6. Siapa Bos Dan Siapa Anda?

Bila anda bertemu dengan sesuatu yang tidak anda gemari dalam dunia keusahawanan, anda boleh sahaja menukar arah yang lain. Jika dalam dunia pekerjaan, anda terpaksa melaluinya walau macam mana anda tidak menyukainya kerana anda bukanlah bos.

Perkataan “bos” berasal dari perkataan Belanda iaitu “baas” yang dahulunya digelar kepada pengembala sapi yang sering memukul sapi-sapinya supaya menurut arahan.

7. Merayu Untuk Wang

Apa yang anda lakukan apabila ingin minta naik gaji? Dan berapakah yang anda dapat? Bagaimana jika bos anda berkata “tidak”?

Sekiranya anda terjun dalam bidang keusawanan dan bekerja sendiri, andalah yang menetapkan berapakah yang anda mahu, kemudian berusahalah dapatkannya. Jika seorang bakal pelanggan berkata “tidak” maka anda katalah pula “next”. Kalau dengan bos di tempat kerja, bolehkah begitu?

8. Kehidupan Sosial Yang Tidak Berkembang

Tempat kerja makan gaji anda adalah tempat bersosial yang utama. Sebagai contoh anda bekerja di pusat kesihatan sebagai pembantu perubatan atau jururawat. Anda fikir siapakah rakan-rakan anda? Apakah topik perbincangan? Apakah pola atau corak pemikiran yang dominan?

9. Meningkatnya Pengangguran Dan Jenayah

Bunyinya macam terbalik, tapi inilah yang dapat kita lihat sekarang apabila negara menghadapi krisis ekonomi dan penawaran kepada pekerjaan berkurang. Ribuan yang menganggur. Kenapa? Terlalu ramai graduan “berilmu” keluar universiti hingga tiada tempat untuk bekerja?

Masalah ekonomi sentiasa datang dan pergi. Tetapi masyarakat yang sudah “diasuh” dengan konsep menyara hidup dengan bekerja dengan majikan tidak dapat mencipta pendapatan sendiri dalam krisis kurangnya penawaran pekerjaan, maka angka pengangguran akan melonjak. Namun manusia hidup perlu makan. Jadi alternatifnya, mungkin jenayah!

10. Menjadi Pengecut

Adakah anda perasan bahawa kebanyakan orang yang bekerja makan gaji mempunyai seribu keluhan terhadap syarikat atau majikan? Sebenarnya para pekerja bukan mahukan “penyelesaian” tetapi hanya sekadar melepaskan keluhan dan mencari alasan serta melontarkan kesalahan kepada orang lain. Tapi bila berdepan dengan bos, sepatah pun tidak berani bercakap.

Lebih teruk lagi bila tedapatnya tukang-tukang kipas, untuk memenangi hati bos, maka budaya cantas-mencantas dikalangan pekerja pun menular. Jika anda berada lama dikalangan orang-orang sebegini, bolehkah anda menjamin bahawa anda tidak terpengaruh? Sekiranya anda tidak berani menegur kesalahan bos anda dengan berterus-terang, maka pastilah anda sudah menjadi pengecut dan telah “dimiliki”.

Ini bukanlah bermakna anda perlu bersetuju dengan artikel ini dan berhenti dari pekerjaan anda sekarang. Artikel ini hanya suatu perbincangan. Jika anda bahagia dan cemerlang dengan apa yang anda lakukan sekarang, teruskanlah usaha gigih anda. Penulis pun pernah bekerja dengan majikan. Anda berhak tentukan masa depan anda.

Rintihan Suami & Isteri


Luahan Perasaan Suami.

  • 1."isteriku, Iktitraflah kelakianku"
  • 2."Isteriku,Jagalah Rumahku"
  • 3."Isteriku, Janganlah Leteri aku"
  • 4."Isteriku, Fahamilah Perasaanku"
  • 5."Isteriku, Berbincanglah dengan ku"
  • 6."Isteriku, Hiasilah Dirimu"
  • 7."Isteriku, Berlemah Lembutlah terhadapku"
  • 8."Isteriku,Hargailah pemberianku"
  • 9."Isteriku, Janganlah Pilih Kasih Terhadap Anak-anak"
  • 10."Isteriku, Jagalah Makan Minumku"
  • 11."Isteriku,Jagalah pakaianku"
  • 12."Isteriku , Didiklah Anak-Anakku"
  • 13."Isteriku, Raikan Keluargaku"
  • 14."Isteriku, Sembunyikanlah Kepintaran & Kelebihanmu"
  • 15."Isteriku, Janganlah Membuang Masamu"
  • 16."Isteriku, Janganlah Banyak Kerenah"
  • 17."Isteriku, Patuhlah Kepadaku"
  • 18."Isteriku, Janganlah Cemburu Buta"
  • 19."Isteriku, Tunjukanlah sifat sabarmu"
  • 20."Isteriku ,Iktiraflah Kepimpinanku"
  • 21." Isteriku, Bantulah Kejayaan ku."
  • 22"Isteriku,"Jadikan Anak2ku Insan Berakhlak mulia"
  • 23."Isteriku, Permudahlan Penglibatan Sosial ku"
  • 24."Isteriku, Janganlah Boros"
  • 25."Isteriku, Hargailah Kejayaanku"
  • 26"Isteriku,Galakkanlah Hobiku"
  • 27."Isteriku, Suburkanlah Pembangunan Intelek ku"
  • 28."Isteriku,Berjimat Cermatlah"
  • 29."Isteriku, Berterus-terang dan Berkomunikasilah Denganku"
  • 30."Isteriku, Janganlah Terlalu Mengawalku."
Luahan Isteri Terhadap Suami

  • 1. suamiku...bimbinglah keluargamu...
  • 2. suamiku...janganler rileks aje...tolonglah sikit !!!
  • 3. suamiku...jagalah matamu...
  • 4. suamiku...jangan abaikan rumahtanggamu
  • 5. suamiku...jangan balik kerja lambat sangat
  • 6. suamiku...dengarlah rintihan hatiku....
  • 7. suamiku...bertutur dengan lembutlah nganku...jangan main hentam kromo aje!!!
  • 8. suamiku...setialah pada keluargamu....JANGAN CARI YANG LAIN!!!!
  • 9. suamiku...bersabarlah dengan kerenah anak-anakmu !!!
  • 10.suamiku...ciumlah pipiku @ dahiku sebelum pergi kerja
  • 11.suamiku...makan dan minumlah hidangan dari air tanganku. Jangan jeling aje dan nak komen aje.
  • 12.suamiku...pujilah diriku dan jangan bandingkan diriku dengan orang lain!!!!


Naper laki byk sgt dia punya luahan..?

Pasal dosa isteri suami tanggung jika di tidak menegur.

Kredit kpg Koleksi artikel hangat

10 Tahun Untuk Menguasai Sesuatu Bidang

Hari ini saya terbaca satu artikel di StarBizWeek yang ditulis oleh Roshan Thiran mengenai cara untuk menjadi 'genius' dalam sesuatu bidang menerusi latihan. Menurut artikel, berasaskan satu kajian oleh Anders Ericson, kesempurnaan atau penguasaan dalam sesuatu bidang boleh dicapai selepas berlatih dan mengasah kemahiran selama 10 tahun atau 10,000 jam.Kemahiran, kejayaan dan penguasaan sesuatu bidang bukan sahaja bergantung kepada bakat, tetapi juga kepada kesanggupan untuk berlatih dan terus berlatih. Adakah Tiger Woods seorang yang berbakat dalam sukan golf? Mungkin, tetapi beliau berlatih dan terus berlatih sehingga orang lain nampak seolah-olah beliau seorang yang sangat berbakat tetapi permainan golf dikuasainya hanya dengan latihan gigih. Vijay Singh juga begitu. Etika kerja beliau sungguh mengagumkan. Justeru walaupun bermula lambat di PGA Tour Amerika, beliau telah memenangi begitu banyak gelaran dan sehingga kini masih boleh menang walaupun sudah mencecah usia 45 tahun.Penulis juga mengungkap Malcolm Gladwell dalam bukunya 'Outliers' yang menekankan perkara yang sama. Menurut Gladwell, sebelum dikenali ramai, Kumpulan Beattles telah membuat persembahan sebanyak 1,200 kali. Jadi, apabila mereka mula dikenali, mereka tidak lagi mempunyai masalah membuat persebahan secara langsung. Bayangkan sesetengah penyanyi sekarang yang mempunyai masalah apabila membuat persembahan 'live'. Mungkin bakat ada tetapi latihan kurang.Saya juga berpeluang bermain bersama ketua pasukan hoki negara Nor Saiful Zaini dan duduk sebilik dengannya dalam satu pertandingan. Etika latihan beliau sungguh hebat. Selain itu, tahap 'intensity' latihan juga agak menakutkan. Memang tidak dinafikan beliau telah dilahirkan dengan kaki yang pantas tetapi ramai orang lain juga dilahirkan dengan bakat yang sama. Beliau menjadi ketua pasukan negara kerana disiplin dan latihan.Pada pandangan saya ungkapan 'usaha tangga kejayaan' memang tepat, tetapi ramai orang yang berusaha tetapi masih di tahap purata atau bagus sahaja, tidak sehingga ke peringkat cemerlang atau terbaik. Mungkin sebabnya ialah mereka perlu terus berusaha, dan terus berusaha sehingga 10 tahun, barulah mereka mencapai tahap terbaik. Ada ramai orang apabila sudah menguasai sedikit ilmu atau kemahiran, berhenti belajar atau berlatih, sehingga penguasaan mereka 'dikekalkan' sahaja di tahap 'baik' dan tidak sentiasa dipertingkatkan untuk mencapai kecemerlangan.Contoh yang diberikan ialah dalam bidang sukan dan muzik tetapi sebenarnya boleh diaplikasi kepada semua bidang. Thomas Edisan dan Warren Buffet ialah dua contoh dalam bidang lain bagaimana dedikasi, latihan dan usaha gigih boleh membawa kejayaan.Kalau mereka boleh, kita pun boleh. Tetapi sanggupkah kita berlatih, mengasah bakat dan bekerja keras selama 10 tahun?