Ingin Menjadi Kaya tetapi apa yang perlu kita Tahu untuk Kaya

Anda semua ingin tahu bukan? Bagaimana seseorang itu boleh mencipta dan mengumpul kekayaan!

Selain daripada pengurusan kewangan personal yang baik dan teratur, mereka yang menjadi kaya juga tahu skill atau kemahiran untuk mendapatkan kekayaan.

Jadi apa yang perlu anda tahu sekiranya ingin menjadi kaya?

Salah satu perkara yang paling penting ialah anda perlu mempunyai kebijaksanaan dalam mengambil sesuatu tindakan….

Contohnya antara prinsip yang paling utama yang digunakan oleh para usahawan dalam mencipta dan mengumpul kekayaan mereka ialah dengan memegang kata-kata saranan seperti berikut:-

"Saya tidak perlu tahu dan lakukan semuanya,

apa yang paling penting saya tahu siapa yang boleh lakukan untuk saya!"

 
 

Cuba anda lihat bagaimana seseorang usahawan menjayakan projek, kontrak kerja mahu pun bekalan dan perkhidmatan tersebut.

 
 

Adakah mereka melakukannya segala-galanya? Sudah tentu tidak!

 
 

Sebaliknya mereka menggunakan kepandaian dan kepakaran orang lain untuk membantu mereka menjayakan apa yang telah mereka dapat. Mereka hanya menjalankan kerja-kerja pemasaran dan selebihnya mereka mendapatkan khidmat orang lain dan membayarnya. Itu sahaja!

 
 

Lihat mereka yang membina projek dan kontrak kerja yang besar, mereka mendapatkan kepakaran tenaga buruh yang pakar dalam kerja-kerja  binaan, mendapatkan graduan atau pekerja arkitek yang terbaik, mendapatkan perunding yang berkaliber dan segala-galanya yang terbaik.

 
 

Sebagai balasan, mereka membayar sejumlah wang dalam bentuk upah, gaji mahu pun komisyen kepada kumpulan tersebut dan seterusnya mereka tentukan sendiri berapa jumlah keuntungan yang ingin dinikmati.

 
 

Lihat kepada tauke-tauke perniagaan, mereka hanya mengurus dan ada sesetengah mereka membayar upah yang tinggi kepada seseorang pengurus yang hebat kerana mampu mendapatkan pulangan dan keuntungan yang tinggi  untuk syarikat.

 
 

Jadi mulai sekarang jika sekiranya anda ingin menjadi kaya, anda tidak perlu tahu apa yang perlu anda buat tetapi sebaliknya anda perlu tahu siapa yang boleh buat!