Aku malas Berfikir Kerana Miskin

Cerita dan adegan sinetron "Jelita" lakonan aktres jelita, Agnes Monica.Sesuatu yang menarik untuk dikongsi.Apa kaitannya????,

Jalan ceritanya mengisahkan Bayu - Hero utama dalam sinetron ini yang merupakan seorang anak orang kaya yang sangat membenci orang miskin, kerana dia menganggap orang miskin itu pemalas, tidak berguna dan sampah masyarakat…

Apakah itu realitinya?

Benarkah orang miskin itu pemalas?

Bagi saya orang miskin tidak malas, tetapi mereka hanya malas untuk berfikir!

Oleh kerana malas untuk berfikir maka lihatlah kebanyakan mereka yang menjadi miskin adalah mereka yang berusaha dan berkerja keras untuk orang kaya yang rajin berfikir.

Lihalah di mana sahaja di seluruh pelusuk dunia ini, adakah mereka yang miskin itu malas? Tidak mereka rajin berusaha menggunakan fizikal dengan berkerja keras membanting tulang sepanjang hari untuk menjayakan orang kaya dengan mendapat upah yang ditentukan oleh mereka yang rajin berfikir- Orang KAYA!

Mereka miskin mungkin kerana tidak berkerja dengan bijak, mereka menggunakan tenaga empat kerat tetapi lupa untuk menggunakan MINDA mereka untuk berkerja.

Untuk menjadi kaya, anda tidak boleh sekadar bekerja keras, sebaliknya anda juga perlu menggunakan daya pemikiran anda untuk merealisasikan impian untuk menjadi kaya.

Berkerja keras tanpa menggunakan minda seolah-olah menjadi hamba kepada pekerjaan dan orang lain.

Adalah jauh lebih baik anda berkerja dengan bijak menggunakan kebijaksanaan minda dan fikiran anda untuk memanfaatkan peluang yang ada.

Pernahkan anda membaca karya klasik Napolean Hill, Berfikir Dan Menjadi Kaya ? Tajuk buku berkenaan sendiri dengan jelas menyampaikan maksudnya…Berfikir bukannya berkerja keras untuk menjadi kaya! Untuk menjadi kaya anda perlu guna fikiran, kena berfikir dan mengambil tindakan berdasarkan minda fikiran anda dan bukannya berkerja keras menuruti minda dan fikiran orang lain…

Jelaslah di sini untuk menjadi kaya anda perlu rajin berfikir dan sekiranya tidak, anda mungkin menjadi miskin…

Orang miskin tidaklah malas berkerja tetapi mereka malas berfikir…

Fikir- fikirkanlah..

CARI INCOME SIKIT