Mungkin Kita Fikir Remeh,tetapi......(Adab Ber-SMS)

Assalamualaikum diucapkan kepada semua. Semoga kita sentiasa dalam kerahmatanNya sentiasa. Selawat dan salam ditujukan khusus buat nabi tercinta Muhammad sollallahu 'alaihi wasallam. Amma ba'du;

Saya mendapat e-mail dari seorang sahabat yang membicarakan tentang hal keadaan masyarakat di zaman teknologi ini yang mana berkaitan memberi salam melalui 'short message system'. Pengendali ingin berkongsi pendapat bersama para sahabat dan para pengunjung tentang hal ini. Semoga kita sama-sama menambahkan ilmu. Antaranya;



Pagi semlm dengar radio ikim (91.50 fm), ustaz Zawawi
citer tentang sunnah Rasulallah s.a.w.
Antaranya tentang bab memberi salam.
Baginda memberi salam dgn lafaz "assalamualaikum"
dan menjawab salam dari para sahabat dgn salam yg
penuh "waalaikumussalam warahmatulallah hi wabarakatuh"

Beri salam - assalamualaikum"
Jawab salam - "waalaikumussalam warahmatulallah hi
wabarakatuh"

Apabila kira berkirim salam pada org lain, hendaklah kita
berkata "Kirim salam assalamualaikum pada Anis ye"
contoh lerr ..
Bukannya : "Kirim salam kat Anis ye"

Dan bukannya " Kirim salam maut" statement ini adalah
berdosa, walaupun sekadar gurauan!

Semoga ada manfaat.

Subject: "Akum = Avde Kokhavim U Mazzalot"
Maksud singkatan " A'kum"

Assalamu'alaikum

Untuk renungan bersama :

Janganlah kita menggantikan perkataan "Assalamualaikum"
dengan "A'kum" dalam sms atau apa sekalipu melalui
tulisan.
Jika perkataan Assalamualaikum itu panjang, maka hendaklah
kita ganti dengan perkataan "Salam" iaitu sama makna
dengan Assalamualaikum. Sesamalah kita memberitahu member2 yang selalu sangat guna shortform A'kum dalam sms ataupun email. Perkataan 'AKUM' adalah gelaran untuk orang-orang Yahudi untuk orang-orang bukan yahudi yang bermaksud 'BINATANG' dalam Bahasa Ibrani.

Ia singkatan daripada perkataan 'Avde Kokhavim U Mazzalot'
yang bermaksud 'HAMBA-HAMBA BINATANG DAN ORANG2 SESAT'.

Mulai sekarang jika ada orang hantar shortform "A'kum",
kita ingatkan dia guna "Salam" kerana salam ialah dari
perkataan Assalamualaikum.
Semoga ada manfaatnya.

JIKA ANDA TIDAK KEBERATAN , FORWARD LAH CERITA
KEPADA TEMAN TEMAN MU, KERANA SESUNGGUHNYA
ILMU YANG BERMANFAAT ITU, AKAN ABADI JIKA
DIAMALKAN.

kalau ada kemuskilan berjumpalah yg pakar dlm bidang ni....







Ingin Menjadi Kaya tetapi apa yang perlu kita Tahu untuk Kaya

Anda semua ingin tahu bukan? Bagaimana seseorang itu boleh mencipta dan mengumpul kekayaan!

Selain daripada pengurusan kewangan personal yang baik dan teratur, mereka yang menjadi kaya juga tahu skill atau kemahiran untuk mendapatkan kekayaan.

Jadi apa yang perlu anda tahu sekiranya ingin menjadi kaya?

Salah satu perkara yang paling penting ialah anda perlu mempunyai kebijaksanaan dalam mengambil sesuatu tindakan….

Contohnya antara prinsip yang paling utama yang digunakan oleh para usahawan dalam mencipta dan mengumpul kekayaan mereka ialah dengan memegang kata-kata saranan seperti berikut:-

"Saya tidak perlu tahu dan lakukan semuanya,

apa yang paling penting saya tahu siapa yang boleh lakukan untuk saya!"

 
 

Cuba anda lihat bagaimana seseorang usahawan menjayakan projek, kontrak kerja mahu pun bekalan dan perkhidmatan tersebut.

 
 

Adakah mereka melakukannya segala-galanya? Sudah tentu tidak!

 
 

Sebaliknya mereka menggunakan kepandaian dan kepakaran orang lain untuk membantu mereka menjayakan apa yang telah mereka dapat. Mereka hanya menjalankan kerja-kerja pemasaran dan selebihnya mereka mendapatkan khidmat orang lain dan membayarnya. Itu sahaja!

 
 

Lihat mereka yang membina projek dan kontrak kerja yang besar, mereka mendapatkan kepakaran tenaga buruh yang pakar dalam kerja-kerja  binaan, mendapatkan graduan atau pekerja arkitek yang terbaik, mendapatkan perunding yang berkaliber dan segala-galanya yang terbaik.

 
 

Sebagai balasan, mereka membayar sejumlah wang dalam bentuk upah, gaji mahu pun komisyen kepada kumpulan tersebut dan seterusnya mereka tentukan sendiri berapa jumlah keuntungan yang ingin dinikmati.

 
 

Lihat kepada tauke-tauke perniagaan, mereka hanya mengurus dan ada sesetengah mereka membayar upah yang tinggi kepada seseorang pengurus yang hebat kerana mampu mendapatkan pulangan dan keuntungan yang tinggi  untuk syarikat.

 
 

Jadi mulai sekarang jika sekiranya anda ingin menjadi kaya, anda tidak perlu tahu apa yang perlu anda buat tetapi sebaliknya anda perlu tahu siapa yang boleh buat!

Aku malas Berfikir Kerana Miskin

Cerita dan adegan sinetron "Jelita" lakonan aktres jelita, Agnes Monica.Sesuatu yang menarik untuk dikongsi.Apa kaitannya????,

Jalan ceritanya mengisahkan Bayu - Hero utama dalam sinetron ini yang merupakan seorang anak orang kaya yang sangat membenci orang miskin, kerana dia menganggap orang miskin itu pemalas, tidak berguna dan sampah masyarakat…

Apakah itu realitinya?

Benarkah orang miskin itu pemalas?

Bagi saya orang miskin tidak malas, tetapi mereka hanya malas untuk berfikir!

Oleh kerana malas untuk berfikir maka lihatlah kebanyakan mereka yang menjadi miskin adalah mereka yang berusaha dan berkerja keras untuk orang kaya yang rajin berfikir.

Lihalah di mana sahaja di seluruh pelusuk dunia ini, adakah mereka yang miskin itu malas? Tidak mereka rajin berusaha menggunakan fizikal dengan berkerja keras membanting tulang sepanjang hari untuk menjayakan orang kaya dengan mendapat upah yang ditentukan oleh mereka yang rajin berfikir- Orang KAYA!

Mereka miskin mungkin kerana tidak berkerja dengan bijak, mereka menggunakan tenaga empat kerat tetapi lupa untuk menggunakan MINDA mereka untuk berkerja.

Untuk menjadi kaya, anda tidak boleh sekadar bekerja keras, sebaliknya anda juga perlu menggunakan daya pemikiran anda untuk merealisasikan impian untuk menjadi kaya.

Berkerja keras tanpa menggunakan minda seolah-olah menjadi hamba kepada pekerjaan dan orang lain.

Adalah jauh lebih baik anda berkerja dengan bijak menggunakan kebijaksanaan minda dan fikiran anda untuk memanfaatkan peluang yang ada.

Pernahkan anda membaca karya klasik Napolean Hill, Berfikir Dan Menjadi Kaya ? Tajuk buku berkenaan sendiri dengan jelas menyampaikan maksudnya…Berfikir bukannya berkerja keras untuk menjadi kaya! Untuk menjadi kaya anda perlu guna fikiran, kena berfikir dan mengambil tindakan berdasarkan minda fikiran anda dan bukannya berkerja keras menuruti minda dan fikiran orang lain…

Jelaslah di sini untuk menjadi kaya anda perlu rajin berfikir dan sekiranya tidak, anda mungkin menjadi miskin…

Orang miskin tidaklah malas berkerja tetapi mereka malas berfikir…

Fikir- fikirkanlah..

CARI INCOME SIKIT

Ayat-ayat Al-Quran Untuk perlindung dari Jin Dan Sihir

Sihir dan Jin amat sinonim dengan orang-orang Melayu… Mereka yang berhasad dengki akan menggunakannya walaupun 'telah terang lagi bersuluh' ibarat sportlight menyinar terang… cewah… walaubagaimanapon… Allah maha kuasa… Allah telah menyediakan kita Al Quran yang mempunyai ayat-ayat yang mampu melawan golongan2 ini… aku menyediakan himpunan ayat yang dinamakan Ruqyah Syariah… Tujuan ayat ini adalah untuk mengesan jin dan sebagai penawar sihir… MP3 nie mengandungi himpunan ayat ayat al quran yang mujarab untuk diamalkan.

Kandungan MP3 ini ialah :

1 Al-Fatihah
2 Al-Baqarah 1-5
3 Al-Baqarah 102
4 Al-Baqarah 163-164
5 Al-Baqarah (Ayatul Kursi)
6 Al-Baqarah 285-286
7 Ali-Imran 18-19
8 Al-'Araf 54-56
9 Al-'Araf 117-122
10 Yunus 81-82
11 Toha 69
12 Al-Mukminun 115-118
13 As-Soffaat 1-10
14 Al-Ahqaaf 29-32
15 Ar-Rahman 33-36
16 Al-Hasyr 21-24
17 Al-Jin 1-9
18 Al-Ikhlas
19 Al-Falaq
20 An-Naas

Nak khasiat dan cara mengamalkan ayat ini ?? tekan 'read more'

Khasiat Ayat Ini :-

Simptom yang akan didapati selepas mendengar :-

1)denyutan jantung makin kencang
2)badan bergegar
3)ada benda bergerak-gerak bawah kulit
4)mengantuk/menguap
5)batuk
6)gelisah
7)panas di tengkuk

Selepas mendengar ayat ini, insyaalah dapat menghalau jin yang berada dalam tubuh kita. Penjelasannya adalah mudah,jin yang berada dalam tubuh kita akan bergerak melalui salruran darah kita,ayat-ayat ruqyah syariah ini pula amat mustajab dalam menyakiti mereka,lalu mereka akan kucar-kacir dalam darah kita lalu menyebabkan degupan jantung kita bertambah kencang. Bagi pesakit-pesakit sihir pula,jin dalam badan akan membuatkan kita mengantuk apabila mendengar mp3 ruqyah syariah ini.Dan bagi kes saka,kita akan terasa panas ditengkuk.

Dengan mendegar mp3 ini, insyaAllah mampu menyembhkan penyakit - penyakit misteri antaranya :-

-Fikiran runsing/jiwa gelisah
-Menyembuhkan penyakit histeria,sihir dan saka
-Mengusir jin didalam badan,rumah dan premis perniagaan
-Ketengangan dalam rumahtangga
-Menyembuhkan anak-anak yang menangis malam
-Penambat kasih sayang antara anak dan ibubapa
-Anak-anak mudah mendengar kata orang tua
-Menguatkan hafalan dan pembelajaran
-Membuatkan minda lebih positif dan fokus terhadap kerja dan pembelajaran
-Membersihkan aura diri dan menyahkan energi-energi negatif dari badan
Cara Menggunakan Mp3 Ini :

RUQYAH MP3 ini amat bagus diperdengarkan 3 kali sehari bagi mereka yang mengalami pelbagai penyakit gangguan jin,kerana fadhilat ayat2 tersebut amat mustajab bagi mengusir jin2 jahat/sihir serta memagar diri kita.Selain itu pesakit juga kena baca banyak-banyak dalam hati tak kira masa dan tempat zikir 'THO HA' (surah taha ayt 1) .Kesannya semasa membaca zikir itu adalah perut akan terasa mual dan seterusnya sendawa…Ini petanda segala jin-jin dalam tubuh kita beransur-ansur keluar…InsyaAllah..

Cara Khusus Untuk Tujuan Tertentu :-

1) Bagi kesihatan diri dan keluarga,pasangkan cd/mp3 ini didalam rumah/premis perniagaan 3x sehari atau pasangkan dari malam sampai pagi (auto repeat).

2)Bagi pesakit gangguan jin,dilarang memasangnya didalam kereta,kesannya akan mengakibatkan kita mengantuk dan mengganggu pemanduan.

3)Bagi anak-anak yang menangis diwaktu malam,anda perlu pasangkan dengan kuat,insyaAllah jin/syaitan akan lari dari mengganggu anak-anak anda.

4)Untuk merawat histeria,sihir,saka dan lambat jodoh,sediakan 3botol besar air mineral,buka penutupnya dan pasangkan cd/mp3 ruqyah ini 3round sebelah air tadi (kira-kira 1jam 20minit).Air tadi dibuat minum seteguk untuk 3x sehari dan lakukan hari berikutnya sehingga air tadi habis.Tiap-tiap lepas solat perlu baca qursy 3x dan al insyirah 3x secara istiqomah.Kemudian sebelah malamnya pula,cd/mp3 ruqyah ini hendaklah dipasang dari malam sampai pagi selama sebulan.

5)Bagi memulihkan rumah/premis perniagaan yang bermasalah,cuma pasangkan 3x sehari untuk 3hari berturut-turut.

6)Jika kita sering mengalami masalah malas dan badan terasa berat,perdengarkan cd/mp3 ruqyah ini 3x sehari,insyaAllah kita akan cergas dan kembali bersemangat.

MP3 Pengesan Jin Dan Penawar Sihir
(Ruqyah Syariah.mp3 | 20min | 5.7 MB)

>>>>>Download Here<<<<<


 

Thanks for SAFWAN ONLINE.