Jika ditanya mahu kaya dan berjaya, semua orang pasti berkata mahu. Mahu duit? mahu juga, nak banyak duit? nak. Tapi bila ditanya bagaimana untuk merealisasikan semua keinginan itu hmmm… berniagalah apa lagi. Ha tunggu apa lagi berniagalah, tapi apa nak diniagakan, berniaga perlu modal yang banyak.
hmm susah juga nak berniaga ni, itu baru bercerita bab modal, belum lagi berkenaan dengan persaingan dan strategi pemasaran. Akhir sekali segala keinginan nak kaya nak berjaya nak duit banyak itu terkubur sahaja. Ini semua adalah angkara melihat kesukaran untuk berjaya dan kaya melebihi dari kebebasan yang akan diperolehi selepas bejaya. Kesan dari kesilapan pemikiran dan tiada matlamat yang besar akan menyebabkan cita-cita untuk kaya dan berjaya hanyalah angan-angan sahaja.
Jika mahu kaya dan berjaya perlu mengubah pemikiran, kesukaran itu umpama garam, jika matlamat hanya sebesar mangkuk sup ekor lembu lalu di dituangkan semangkuk garam, apa jadi sudah tentu masin malah boleh ditukar kepada sup garam tiada siapa pun mahu makan. Tetapi jika matlamat sebesar tangki air syabas jika dituang semangkuk garam, air didalamnya tetap baik dan tidak masin. Begitulah jika ingin berjaya dan kaya matlamat mesti besar dan kesukaran itu pasti tenggelam.
Adakah anda akan berkata…aku makan garam dahulu dari engkaula..