Di Kejar Hutang Sampai ke Lubang Kubur



Assalamualaikum...

Gambar ini dikirim ke dalam email saya oleh sahabat saya seorang hamba Allah bernama Hamdy. Beliau mengambil gambar ini ketika melawat kubur. Menurutnya tapak perkuburan itu di Lembah Keramat belakang Stesen Minyak Petronas.

Gambar ini menunjukkan batu nisan yang disalut plastik yang tertulis arahan untuk menghubungi si penulis termasuk kad bisnes yang disertakan sekali di dalam plastik itu. Tujuannya untuk memberitahu keluarga si mati menyelesaikan urusan tertentu seperti hutang dengan si pengutang.

Apapun ini lah yang dikatakan orang kita - "Mengejar hutang sampai ke liang kubur".

Di dalam Surah al-Baqarah terdapat satu ayat mengenai hutang :-

"Ertinya : Hai orang-orang yang beriman, apabila kamu bermu`amalah tidak secara
tunai untuk waktu yang ditentukan, hendaklah kamu menuliskannya. Dan hendaklah seorang penulis di antara kamu menuliskannya dengan benar. Dan janganlah penulis enggan menuliskannya sebagaimana Allah telah mengajarkannya, maka hendaklah ia menulis" ( Al-Baqarah : 282)


Menulis secara hitam putih beserta dengan saksi adalah amalan hutang yang di dalam Islam. Ini adalah yang terbaik supaya, masalah kemudian boleh diselesaikan dengan teratur.

Sekiranya si penghutang mahu menghalalkan hutangnya maka itu adalah lebih baik dan dianggap sedekah.

Ertiya : Dan jika (orang berutang itu) dalam kesukaran, maka berilah tangguh sampai dia berkelapangan. Dan menyedekahkan (sebahagian atau semua hutang) itu, lebih baik bagimu, jika kamu mengetahui. ( Al-Baqarah : 280 )


Oleh itu, jagalah hutang kita supaya tidak timbul masalah kemudian. Lebih baik semua hutang diceritakan kepada keluarga terdekat seperti suami atau isteri dan ditulis dan direkod dengan baik agar tidak timbul masalah di kemudian hari.

Untuk pengurusan hutang yang berkesan, apakata anda lawat blog http://www.pakdi.net/ atau terus ke link ini http://www.pakdi.net/biz/category/debt-management/.


Wallahu A'lam.

credit to:DR Azwan

Yang Kaya Dan Yang Miskin


“Perjuangan Pak Sako itu adalah perjuangan besar dan murni.”

Kata Pendahuluan

Masalah kemiskinan dan kemewahan atau perbedzaan hidup antara golongan “yang tidak berada” dengan golongan “yang berada” atau pun kadang-kadang disebut juga dengan isti1ah-istilah “golongan atasan” dan “golongan bawahan”, golongan kaum buruh dan kaum majikan, yang tertindas dan yang menindas dan sebagainya, masih tinggal menjadi masalah pokok yang penting, dan ada kalanya rumit lagi runcing dalam beberapa buah negeri di seluruh dunia dalam zaman manusia sedang mencapai berbagai-bagai kemajuan yang luar biasa iaitu seperti terbang ke angkasa lepas dan berjalan-jalan di ruangan yang maha luas itu, menurunkan alat-alat sains di muka Bulan, di Bintang Kejora, menanam padi tiga kali setahun, mengeluarkan getah yang berlipat-lipat ganda banyaknya daripada sebatang pokok getah baka baik dan berbagai-bagai kemajuan lagi yang sebahagian besarnya adalah bertujuan untuk memudah dan menyenangkan manusia hidup dalam dunia ini.

Masalah ini, yang telah dan sedang, dan tiada syak lagi akan mengakibatkan bermacam-macam persoalan dan perkara-perkara yang menuntut kajian, penelitian dan penyelesaian yang wajar adalah juga merupakan dan masih tinggal menjadi satu masalah yang besar dan rumit dalam negara kita di mana bilangan yang terbesar dari apa yang dikatakan “golongan miskin” itu adalah terdiri dari orang-orang Me1ayu dan kaum-kaum kecil yang boleh dengan sah dan nyata mengaku babawa mereka itu adalah bumiputera dan bumiputera dari bumi Semenanjung Tanah Melayu, Sarawak dan Sabah yang sekarang dikenal dan diakui oleh negara-negara lain dengan nama Malaysia. Setahun yang lalu Pulau Singapura juga masuk dalam Malaysia, tetapi disebabkan oleh perselisihan-perselisihan siasah dan ekonomi maka pulau itu telah berpisah dan keluar daripada Malaysia, dan kini ia berdiri tegak sebagai sebuah Negara Republik yang merdeka.

Mengapa dan kenapa kaum Melayu, Kaum Darat, Dayak, lban, Kadazan, Kedayan dan lain-lain kaum-kaum asli dalam Malaysia ini telah ketinggalan jauh di belakang dalam penghidupan, pelajaran, kebudayaan dan kemasyarakatan mereka itu sudah pun dikaji dengan banyak dan berulang kali oleh pakar-pakar ilmu sejarah, politik, ekonomi dan kemasyarakatan. Tidak sadikit risalah-risalah dan buku-buku yang telah dikeluarkan berkenaan dengan perkara-perkara ini. Dan terbit daripada kajian-kajian ini maka telah dimulakan berbagai-bagai jenis rencana yang kecil dan besar, yang jangka pendek dan jangka panjang, dan terbit daripada rancangan-rancangan itu (ada di antaranya yang besifat percubaan) maka telah dan sedang diadakan beberapa pembaharuan dan perubahan-perubahan. Yang paling akhir ialah badan yang mula-mula untuk menolong, membantu dan menggalakkan orang-orang Melayu meninggikan taraf hidulp atau kedudokan ekonorninya, iaitu RIDA telah diubah namanya kepada MARA, dan daripada pembaharuan dan perubahan itu maka telah disusun badan-badan atau organisasi-organisasi seperti FAMA dan Bank Bumiputera. Dan sekarang dimulakan pula usaha mengajar ilmu dan pertadbiran d Universiti Malaya dalam Bahasa Kebangsaan yang diketuai o!eh Professor Ungku Aziz. Di samping itu diadakan pula Lembaga Pemilihan dan Penyatuan Tanah Negara (National Land Rehabilitation and Consolidation Authority) dan juga undang-undang pengawasan sewa tanah dan keselamatan penghidupan penanam-penanam padi (Padi Cultivators Control of Rent and Security of Tenure Ordinance). Semua usaha-usaha dan rancangan-rancangan ini adalah bertujuan untuk memperbaiki keadaan-keadaan atau taraf hidup kaum tani negeri kita ini supaya pada akhirnya kelak, jikalau usaha-usaha itu herjaya, maka jurang atau perbezaan di antara golongan “yang berada” dengan “yang tidak berada” itu tidaklah bagitu lebar dan dalam, dan supaya mudahan-mudahan akan tercapai dengan gilang gemilang apa yang disebut-sebut dlan diidam-idamkan oleh manusia “keadilan masyarakat” atau “keadilan ekonomi” dalam negara kita yang kaya raya ini.

Bahawa segala usaha-usaha dan rancangan-rancangan itu perlu mendapat sokongan yang tulus ikhlas lagi bersungguh-sungguh daripada semua lapisan masyarakat, terutama (dan) golongan cerdik pandai, orang-orang yang berpengalaman, badan-badan dan organisasi-organisasi tidaklah dapat disangkal lagi. Tanpa sokongan dan kerjasama yang tulus ikhlas daripada rakyat seulruhnya maka segala usaha-usaha itu tidak mudah akan berjaya dengan memuaskan. Malah usaha-usaha dan rancangan-rancangan itu mungkin akan gagal. Dan peri adanya kegagalan dan kerugian-kerugian dalam usaha-usaha dan rancangan-rancangan yang telah lalu tidaklah dapat dinafikan.

Dan bahawasanya di samping kerjasama dan sokongan yang wajib itu maka wajiblah pula ada teguran-teguran dan kritik-kritik yang membina, yang dibuat dengan tidak takut, segan atau malu atau pun silu terhadap usaha-usaha dan rancangan-rancangan” penting (yang boleh juga disebut soal hidup dan mati bagi golongan yang miskin) itu.

Saya telah mendapat ilham mengarangkan buku cherita “Yang Miskin dan Yang Mewah” ini daripada membaca kisah-kisah perjuangan kaum kulit hitam dalam Amerika Syarikat. Afrika Selatan, di Rhodesia dan lain-lain lagi. Rasa saya ada ramai juga di antara para pembaca dan peminat-peminat buku-buku Melayu yang telah membaca kisah-kisah perjuangan orang-orang kulit hitam itu mahu pun daripada majalah-majalah atau buku-buku yang telah ditulis oleh pengarang-penagarang dan penyair-penyair yang berkulit hitam itu sendiri. Daripada kisah-kisah perjuangan bangsa Melayu sendiri melawan penindasan kaum yang berada atau orang-orang atasan ataupun apa yang disebut sekarang ini kaum modal atau penjajah ekonomi maka tercipta rintihan-rintihan jiwa melarat dan merana saperti:

Kera di hutan disusukan,
Anak di buaian ditinggalkan.

Dan:

Ayam mati kelaparan di atas padi,
Itik mati kehausan di atas air

Kepada pepatah-petitih atau peri sari bahasa jika saya
ingin menambah seperti berikut:

Kurus bangau di belakang kerbau,
Di atas bangkai mati langau.
Dalam reban kempunan musang,
Di lubuk ikan lapar memerang.

Empat baris yang baru ini adalah terbuka kepada para pembaca, peminat-peminat, ahli-ahli sasterawan, pelajar-pelajar dan cerdik pandai untuk mencari dan membinchangkan makna dan maksudnya atau dalam kata-kata zaman ini ialah untuk di¬diskusi, dideklamasi, dan diantologikan. Yang mudahnya ialah kata-kata untuk dikaji sebab asal-usul pesan datuk nenek kita ialah kalau nak jadi pandai maka hendaklah “mengaji dari alif, dan membi1ang dari esa” (satu). Tebal nipisnya se-sebuah buku itu tidak1ah menjadi soa1 penting, biar pun tebal nipis kepala (santan kelapa) kuih talam itu sering diperhitungkan oleh peminat-peminat kuih. Tetapi buku adalah makanan rohani, bukan untuk mengenyangkan perut.

Dan buku saya ini, “Yang Miskin dan Yang Mewah” adalah satu kisah biasa yang diharapkan ada mengandungi lemak manis atau masam kelat yang berguna untuk makanan rohani dan jiwa yang lapar.

Sebagai penutup pendahuluan ini saya mengucapkan banyak-banyak terima kasih kepada Pustaka Melayu Baru yang menerbitkannya.

Peugarang.
Batu Tigabelas.
Ulu Langat, Selangor.
8hb. April 1966.

info daripada Prof. Emeritus Abdullah

Kisah Rumahtangga Para Salafus Soleh

“Apabila suamiku pergi mencari kayu bakar, aku merasakan betapa beratnya ia mencari nafkah. Aku merasakan betapa hausnya dia di pergunungan. Untuk itu setiap kali ia pulang, aku selalu menyediakan air dingin yang boleh terus diminumnya. Aku menyusun dan mengatur rumah serapi mungkin. Aku menyediakan makanan untuknya. Aku memakai pakaian terbaik yang aku miliki untuk menyambut kepulangannya. Di saat ia masuk ke rumah, aku menciumnya dengan penuh kerinduan. Aku pasrahkan diriku kepadanya.