Hebatkah Jadi Usahawan2(samb)

Kemewahan yang sedang dinikmati sebagai usahawan yang berjaya bukanlah hak mutlak kepada dirinya sahaja. Sebagai seorang muslim, harta atau kekayaan yang dianugerahkan perlu disedekahkan kepada individu yang lain. Malah ramai juga jutawan yang bukan muslim mewujudkan yayasan untuk menguruskan bantuan kepada yang memerlukan. Bagi Taipan 181KB, kelebihan memberikan bantuan yang banyak kepada yang memerlukan adalah kehebatan utama apabila menjadi usahawan.

Penyaluran bantuan tidak kira individu tersebut berdaftar atau dengan bantuan senyap, boleh membantu golongan yang memerlukan seperti :

  1. Orang-orang miskin
  2. Ibu tunggal dan anak-anak yatim
  3. Pesakit yang tidak berkemampuan untuk membayar kos rawatan
  4. Pelajar-pelajar miskin yang memerlukan sumber kewangan untuk pelajaran
  5. Pembinaan sekolah, rumah kebajikan, hospital, masjid dan lain-lain

Bayangkan bantuan RM10 lebih baik daripada RM1, dan sekiranya lebih banyak lagi bantuan dihulurkan inshallah rezeki daripada tuhan akan datang berlipat ganda. Agama Islam sendiri mewajibkan bayaran zakat kepada individu yang layak. Melalui cara begini saluran bantuan kewangan boleh diuruskan dengan cekap dan telus. Adakah anda ingin membayar zakat yang lebih banyak setiap tahun?? Adakah anda berminat untuk membantu orang yang susah??? Jadilah usahawan yang berjaya.

Kesimpulannya

Ada individu yang ingin berkecimpung dalam bidang keusahawanan kerena melihat faktor sekeliling. Mereka ingin mengubah tahap kewangan dan kehidupan keluarga mereka apabila melihat rakan mereka berjaya sebagai usahawan. Ada juga individu ingin menjadi usahawan kerana inginkan kebebasan masa dan lari daripada terkongkong dengan kehidupan kerja makan gaji. Dan sepanjang pengalaman saya mendidik usahawan baru, ada yang bermula dengan ingin membayar hutang kereta. Lama kelamaan selepas mengharungi perit maung mereka boleh menjadikan kerjaya keusahawanan sebagai kerjaya sepenuh masa.

Ada 1001 lagi kehebatan menjadi seorang usahawan yang hanya boleh diketahui jika anda sendiri menceburi bidang ini. Hasrat Taipan 181KB ialah mempopularkan kerjaya usahawan sama seperti kerjaya makan gaji. Masih ramai individu yang menutup minda bahawa usahawan hanya untuk orang sudah berumur atau jika tiada alternatif pekerjaan lain dan beberapa alasan lagi. Bidang ini banyak dugaan sama seperti kehidupan makan gaji tetapi memberikan kelebihan dari segi kewangan, kemahiran diri dan lain-lain. Sebagai seorang muslim kita juga perlu ingat bahawa pekerjaan yang dilakukan mestilah dengan niat baik, pelaksanaan menurut syariah dan memberi kebaikan dunia dan akhirat.

p/s: DUNIA INI TUNGGANGAN DAN AKHIRAT ADALAH DESTINASI KITA