HUTANG…BAIK & BURUK?

Salam pembaca Blog…andy181

Ada orang yang mengatakan hutang itu sesuatu yang baik dan ada sestengah yang lain pula menyalahkan hutang sebagai punca segala masalah dalam kehidupan mereka. Namun begitu, apakah realiti sebenar hutang ini? Saya pasti anda juga ingin tahu bukan? Ada teori yang mengatakan 'Hutang Baik' dan 'Hutang Buruk'…

Anda mungkin bertanya saya.."Saudara Thinkerich, saya makin keliru??? Apakah maksudnya semua ini? Boleh tolong jelaskan…"

Baiklah tuan-tuan dan puan-puan yang dikasihi sekalian…begini kisahnya:-

Hutang secara ringkasnya bolehlah dikaitkan dengan pinjaman. Ianya termasuklah pinjaman perumahan, pinjaman peribadi, pinjaman perniagaan dan pelbagai bentuk kemudahan kredit.

Ianya juga boleh diumpamakan seperti sebilah pisau yang boleh digunakan di kedua-dua belah sisi sama ada atas atau pun bawah. Ianya mungkin boleh digunakan untuk tujuan dan manfaat bagi membantu memudahkan urusan kehidupan anda atau sebaliknya ia mungkin boleh melukakan atau mencederakan jika anda silap atau cuai dalam menggunakannya.

Jika anda serius untuk menjadi kaya, maka gunakan hutang ini sebagai satu bentuk 'laveraj' untuk membantu diri anda sebagaimana orang-orang kaya gunakannya sebagai alat untuk mencapai kekayaan mereka.

Contohnya, mereka menggunakan hutang untuk membantu mereka memperolehi lebih banyak kawalan ke atas pegangan aset seperti rumah dengan membuat pinjaman. Apakah anda fikir orang kaya membeli rumah secara tunai? Sudah tentu tidak!

Jika mereka ada wang RM1,000,000.00, mereka tidak membeli sebuah rumah atau dua buah rumah secara tunai dengan wang sejumlah itu, sebaliknya mereka menggunakan leveraj tersebut untuk mendapat pegangan aset hartanah yang bernilai mungkin 10 kali ganda daripada nilai itu dengan baki 90 peratus di bawah pembiayaan Bank.

Bagi usahawan dalam dunia perniagaan mereka menggunakan wang yang dipinjam daripada bank untuk membiayai kos projek mereka tanpa perlu mengeluarkan wang sendiri. Apabila mereka mendapat untung seperti yang mereka rancangkan, wang pinjaman tersebut akan dilangsaikan dengan segera termasuk kos faedah pinjaman . Katakan kos projek bernilai RM500,000.00 dan ingin mencatatkan keuntungan sejumlah 20% + 10 % (Faedah pinjaman) daripada kos modal projek tersebut,  mereka hanya perlu dapatkan pinjaman bagi jumlah yang diperlukan itu daripada pihak bank dan selepas siap projek tersebut mereka akan memperolehi keuntungan RM100,000.00 tanpa perlu keluarkan RM500,000.00.

Malangnya kebanyakan daripada kita masih lagi silap dalam menggunakan hutang sebagai 'laveraj'. Kebanyakan menggunakannya untuk meningkatkan taraf hidup mereka  seperti membeli kereta sports atau mewah, menggunakan Kad Kredit untuk berbelanja 'shopping' dan sebagainya.

Secara ringkasnya atau lebih tepat hutang buruk ini adalah bila mana anda meminjam untuk membeli sesuatu yang memiliki kejatuhan nilai atau langsung tidak membantu anda meningkatkan nilai aset anda sebaliknya membebankan diri anda seperti membeli set TV hi=fi, kereta mewah atau pun bershopping.

Jadi anda pilih yang mana satu? Sekiranya anda mahukan kekayaan, contohi cara orang kaya menggunakan hutang atau sebaliknya, terserah kepada anda!

Salam kekayaan,

From THINKERICH