Salam November 2008 kepada Pembaca Blog ….andy181
Apa khabar..? Semoga berada dalam kewangan yang sihat!
Bagi kawan-kawan yang telah terkena dan terlibat lagi dengan Skim Cepat Kaya Tahun 2008, saya harap anda semua jadikan ini sebagai suatu pengajaran dan ambil iktibar daripadanya.
Sedarlah bahawa untuk mendapatkan wang dan menjadi kaya tidaklah semudah itu!
Sebagaimana yang saya nyatakan dalam post saya sebelum ini, Apa Yang Perlu Anda Ketahui Jika Ingin Melabur , akhirnya Bank Negara Malaysia menyerbu 4 buah syarikat yang menjalankan aktiviti Skim Cepat Kaya tersebut..!
Jika Tahun 2007 dengan Skim Pelaburan Internet, Tahun 2008 pula dengan Pelaburan Syarikat melalui perkongsian keuntungan modal…itulah kitaran Skim Cepat Kaya di negara kita…dan yang amat menyedihkan, mereka yang terlibat adalah dikalangan mangsa yang sama
Sudah-sudahlah tu wahai kawan-kawan..ambillah iktibar daripada apa yang berlaku..
Celiklah dan pelajarilah realiti pelaburan yang sebenar…dan berpijaklah di bumi yang nyata…bacalah buku-buku kewangan, pelaburan dan ekonomi jika benar-benar ingin menjadi pelabur yang sebenar…
Hadirlah seminar-seminar yang berkaitan dan juga lawatilah blog-blog kewangan yang berkaitan dengan kewangan yang sebenar- macam blog ini , dan jangan asyik melayari blog yang berkaitan pelaburan yang menjanjikan keuntungan yang tidak berasas dan pulangan keuntungan secara tetap semata-mata…
Saranan saya, jika anda ingin menjadi pelabur yang sebenar, melaburlah dalam diri sendiri dahulu kerana ianya lebih menguntungkan anda ….!
Salam kekayaan,
fromTHINKERICH