TIPS UNTUK BERGAYA SAMPAI PAPA

1. Bayar semua bil selepas dapat gaji kecuali bayar diri sendiri

Anda bayar bil handphone, eletrik, air, internet, Astro, sewa rumah, installment rumah, installment kereta. Tetapi anda lupa untuk bayar diri anda terlebih dahulu. Do it consistenly until your retirement.

2. Beli kereta baru selepas beberapa bulan kerja

Kereta new brand. 9 tahun hutang. Minimum downpayment. Untuk lebih hebat, ganti sport rim, tambah spoiler, pasang skirting, masukkan sistem stereo, ganti radio, tintedkan cermin, ganti ekzos vroom vroom, tukar stereng sport dan semua yang dijual di kedai seterusnya buat baik dengan tauke kedai spare part. Senang nak tahu bila barang latest sampai. Baru pakai 3,4 tahun ganti yang baru lagi.

3. Pakai kredit kad

Mudah. Senang untuk berbelanja. Sesak-sesak hujung bulan swipe sahaja. Bayar minimum payment yang diminta oleh pihak bank sahaja. "Sayang nak makan di restoran mana hari ni? Abang belanja."

4. Jadi ahli gymnasium

Mohon keahlian gymnasium berhampiran di tempat kerja. Mudah nak bersenam bila balik kerja. Perut pun macam dah boroi. Apa kelas berjogging di taman-taman awam yang percuma. Bulan pertama pergi hampir setiap hari dan bulan seterusnya dah tak sempat nak pergi sebab tugas yang banyak di pejabat.

5. Holiday setiap bulan

Jadi ahli di mana-mana pusat peranginan. Luar negara pun ok. Penat kerja. Kena release tension selalu. Kad kredit ada. Setakat nak bermalam di mana-mana hotel tiada masalah. Perbelanjaan holiday lebih penting dari menyertai mana-mana kelas pelaburan dan kewangan yang ada di pasaran.

6. Up to date with the latest fashion, gadget

Mesti tahu selalu fesyen terbaru di pasaran. Rambut, baju, minyak wangi, kasut, seluar. Gaya hidup moden. Metroseksual. Selain fesyen, kena beli mp3 player terbaru, kamera digital terkini, telefon bimbit dan macam-macam lagi. Walaupun telefon riban-riban tetapi cuma tahu sms. Sebab call mahal. Ceh. Tapi takpe. Yang penting stylo. Update jangan tak update!

7. Apply personal loan

Duit tak cukup nak berbelanja. Maklumlah maintenance tinggi. Kereta mesti paling baru. Modify sampai jadi paling sporty. Barang dalam rumah mesti yang paling up to date. Pakaian mesti fashionable. Bonus hujung tahun baru dapat. Nanti bayar lah balik lepas dapat bonus.

8. Mohon kredit kad baru

Gaji sudah naik. Promotion sudah dapat. 1 kad sahaja tak cukup. Apa lagi, mohon kad kredit di bank lain pula dengan had kredit yang lebih tinggi. Lebih mudah untuk berbelanja.

9. Say no to part time business & learning more about investment

"You nak I jual walter filter ni ? You ni. Jatuh la standard I. Kawan-kawan I semua VVIP, VIP, Datuk."

"Apa susah-susah nak belajar pasal invesment ni. I punya agent ada. I call aje. Property agent I kata harga rumah takkan turun. Lagipun I dah buat regular savings dalam unit trust. Diversify diversify diversify dia kata. Broker I pun selalu recommend the hottest stock in the town."

10. Gosip & Glamour

"Wow. Datuk K ada skandal dengan artis lain? Mana website yang you baca tu? Majalah hiburan apa yang you beli?"

"Er.. Warren Buffet tu siapa? Artis negara mana?"

p/s:Jommm…kita Bikin Duit sekarang……….


JampiSerapah untuk Merawat Kebimbangan


Apabila anda dilanda kebimbangan (atau susah hati/gusar) akibat dari peristiwa-peristiwa yang berlaku di dalam kehidupan, saya mencadangkan anda mencuba penawar yang paling mujarab bagi mengatasi kebimbangan yang dicipta oleh W. H. Carrier seperti berikut:

1. Persoalan berikut diajukan secara jujur kepada diri, "Kemungkinan paling buruk apakah yang akan terjadi".
2. Dengan berani dan rela hati menerima kemungkinan paling buruk seperti no. 1 di atas sekiranya menjadi kenyataan.
3. Dengan tenang, sabar dan rasional, anda cuba mengatasi dan memperbaiki akibat dari kemungkinan paling buruk yang dinyatakan di atas.

a

Sumber: Dale Carnegie (1997) Bagaimana Menghindari Kebimbangan Dan Memulakan Kehidupan. Edisi Terjemahan. Diterjemah Oleh Yusof Hj. Wanjor. Thinker's Librarya

l

Ulasan:

Walau apa bentuk masalah atau peristiwa yang anda hadapi, anda harus duduk sejenak dan berfikir dengan tenang dan rasional. Perkara utama yang anda harus terima dan fikirkan ialah apakah kesan peristiwa yang anda alami. Ianya mungkin kerugian beribu atau berjuta ringgit atau lain-lain. Hasilnya minda anda tersumbat atau terganggu dengan pelbagai persoalan. Tetapi, adakah kegusaran dan kebimbangan itu akan memberikan keuntungan kepada diri anda? Sebaliknya, diri anda akan hanyut di dalam kebimbangan tersebut. Anda akan melayan perasaan bimbang dan emosi akan terjejas dan orang sekeliling anda akan menerima musibahnya hasil dari sikap marah atau melepaskan geram. Ini semua tidak perlu dan tidak menyelesaikan masalah. Tiada untungnya kepada diri, keluarga dan rakan-rakan.

a

Perasaan bimbang tidak membawa kepada apa-apa kebaikan. Peristiwa telah terjadi dan ianya telah menjadi sejarah. Anda tidak boleh mengubahnya. Tetapi, kesan peristiwa tersebut akan datang menjenguk anda. Maka, anda harus bersedia menerimanya dan redha. Anda tidak akan mati atau ditembak akibat dari peristiwa ini. Maka, terima dengan rela hati dan fikirkan bagaimana untuk mengatasinya. Jika anda terlalu bimbang dan gusar, kesihatan akan terjejas. Walhal, kebimbangan itu datang dari dalam diri anda. Bertenanglah dan cari rakan untuk berbicara.

Kita Makan Gaji Kasi Habis


Dalam dunia hari ini kerja makan gaji merupakan pekerjaan paling banyak yang dilakukan oleh umat manusia walaupun era Industri telah berlalu sekian lama.

Tahukah anda bilakah kerja maka gaji ini bermula?

Ya, jawapan telah saya berikan sebagaimana di atas! Era Perindustrian!

Pada zaman sebelum era perindustrian diwujudkan hampir kesemua dan kebanyakan masyarakat bekerja sendiri sama ada petani, penternak, nelayan dan sebagainya untuk menyara kehidupan mereka.

Apabila tiba era perindustrian, maka banyak kilang-kilang didirikan dan banyak peluang pekerjaan wujud. Kerja pengurusan dan pentadbiran dan kewangan juga bertumbuh seiringan dengan kepesatan ekonomi perindustrian.

Maka ramailah masyarakat muda-mudi mulai meninggalkan kerjaya nenek moyang mereka dan lebih selesa bekerja dengan dibayar upah yang dinamakan sebagai gaji.

Dalam pada masa itu, mereka yang mempunyai minda perniagaan mulai mengembangkan perniagaan mereka dengan mewujudkan sebanyak mungkin peluang pekerjaan kepada masyarakat sekitar mereka.

Mereka sedar untuk berjaya dan mengaut lebih banyak keuntungan ialah dengan mengajikan seramai mungkin pekerja yang boleh membantu meningkatkan produktiviti pengeluaran dan seterusnya meningkatkan keuntungan buat mereka.

Apabila mereka tidak mempunyai cukup modal untuk mengembangkan perniagaan mereka, maka mereka wujudkan syer dengan mempelawa para pelabur untuk berkongsi keuntungan dan risiko. Dengan itu mereka terus mengaut keuntungan dan terus menyumbang kepada ekonomi dan tanggungjawab sosial kepada masyarakat.

Hari ini, agak sukar untuk kita mencari peratusan yang tinggi di kalangan mereka yang hidup kerjanya makan gaji tetapi hidup kaya raya dan bebas daripada belenggu hutang.

Ini kerana kebanyakkan mereka menjadikan dan mencagarkan pendapatan mereka untuk dijadikan alat untuk mereka membuat lebih banyak hutang….

Sekarang anda mulai faham dan mengerti kenapa orang makan gaji sekadar hidup untuk cukup makan sahaja!

Ini kerana mereka yang ‘Makan Gaji’ setiap bulan kerjanya adalah untuk makan kesemua hasil gaji mereka tanpa ada sebarang simpanan dan perancangan untuk masa hadapan.

Apa yang mereka fikirkan hanyalah jaminan untuk hidup pada masa itu sahaja. Mereka mungkin tidak merancang untuk menyimpan dan melabur sebaliknya mereka lebih gemar dan berminat merancang “apa yang ingin dibelanjakannya”

Sebab itulah shopping complex di mana-mana sentiasa dipenuhi oleh pengguna yang menggunakan sehingga habis wang mereka bahkan ada yang menggunakan kad plastik (kad kredit) untuk berbelanja memenuhi kemahuan mereka yang tak pernah berakhir..

Kesimpulannya orang makan gaji kerjanya adalah untuk makan dan habiskan kesemua wang pendapatan mereka, apa yang berada dalam minda mereka adalah belanja sehingga habis..

Manakala orang yang berniaga akan menjadi kaya (ada juga orang berniaga tak kaya!) kerana mereka hanya berfikiran bagaimana nak dapatkan keuntungan dan mengembangkan perolehan mereka.

Jika hari ini mereka mendapat untung RM5,000.00 mereka akan pula berfikir macamana nak dapatkan RM50,000 pula dan begitu lah seterusnya..apabila mereka telah melihat peluang mereka akan terus mencari peluang yang lain..

Adalah tidak salah jika anda kerja makan gaji, cumanya anda perlu ada kesedaran untuk menggunakan sebahagian daripadanya untuk dijadikan modal pelaburan bagi perancangan masa depan anda dan bukannya menjadilkannya sebagai modal untuk menambahkan beban hutang peribadi anda!

lain info :link ke Pemikirkaya

IDEA :KITA GUNA BOMOH




“Lengang sahaja gerai-gerai makanan di sini? Minggu lepas saya datang ke sini saya lihat ramai pelanggan pada waktu begini.” sapa Azmin kepada seorang pelayan yang membawakannya makanan dan minuman yang dipesannya.

”Memang betul pelanggan semakin berkurangan. Mereka lari ke restoran di seberang jalan sana.” balas pelayan tersebut sambil menunjukkan restoran tersebut.

”Sejak restoran itu dibuka, ramai peniaga di sini mengeluh. Pendapatan harian kami semakin berkurangan, ’ sambung pelayan itu tanpa dipinta. Kelihatan wajah kekecewaan di wajahnya. Azmin sekadar merenung restoran itu yang kelihatan tidak putus-putus dikunjungi pelanggan.

”Saya mesti ajar mereka!” Azam Azmin di dalam hati. Tanpa sedar dia menepuk kuat meja makannya sehingga tertumpah air yang dipesannya tadi.

* * *

”Apa hajat anak datang berjumpa saya?” Datuk Bomoh serius bertanya kepada Azmin yang bersila di hadapannya. Asap kemenyan daripada bekas bara kelihatan berkepul-kepul mengisi ruang di antara mereka.

”Saya mahu Datuk Bomoh jatuhkan perniagaan seseorang.” tegas Azmin tanpa ragu. Tersenyum-senyum Datuk Bomoh itu mendengarnya sambil mengurut-ngurut janggut tebalnya.

”Boleh, pasti boleh. Namun jika anak tidak keberatan, boleh beritahu mengapa anak mahu menjatuhkan perniagaan orang itu?” Datuk Bomoh melanjutkan pertanyaannya. Dipotongnya limau nipis dengan keris usang yang berbalut kain kuning.

Kini giliran Azmin tersenyum. Diperkemaskan silanya lalu membalas, ”Jika perniagaan orang itu ditutup, saya percaya ramai peniaga lain yang lain dapat cari makan Datuk Bomoh.”

Berkerut dahi Datuk Bomoh mendengarnya. ”Anak ini bukan seorang peniaga?”

”Saya bukan peniaga, saya bekerja di sebuah bank di bandar Maharani.” Balas Azmin jujur.

”Jika kamu bukan peniaga, mengapa kamu mahu menjatuhkan perniagaan orang lain? Kamu tidak ada untung apa-apa.” tingkah Datuk Bomoh. Dimasukkan kerisnya ke dalam sarung.

”Begini sebenarnya, saya kasihan melihat peniaga-peniaga makanan di situ. Sejak restoran itu dibuka, pendapatan mereka semakin berkurangan. Saya sekadar ingin menolong mereka melalui Datuk Bomoh.” Balas Azmin cuba menyakinkan Datuk Bomoh.

”Baiklah, kerana niat kamu ingin menolong orang saya akan bantu. Namun ada pengerasnya. Mesti bayar, jika tidak bayar tidak menjadi.” Datuk Bomoh mengingatkan Azmin.

”Tidak ada masalah. Niat saya ikhlas.” Jamin Azmin.

”Baiklah, saya perlukan nama pemilik restoran itu dan nama restoran tersebut.” pinta Tok Bomoh. Dicabutnya keris dari sarungnya , ditaburnya kemenyan. Semerbak bau menerjah deria hidu Azmin.

”Nama pemilik saya tidak pasti namun nama restoran itu saya ingat betul” balas Azmin jujur.

”Jika begitu tidak mengapalah. Beritahu saya nama restoran itu.” Datuk Bomoh bertanya sambil membawakan mukanya dekat dengan muka Azmin.

Azmin membalas, ”Nama restorannya McDonald dan Kentucky Fried Chicken. Boleh?”

Merah padam muka Datuk Bomoh mendengarnya.
* * *

Moral Cerita

* Jangan percayakan bomoh, pawang atau dukun. Syirik. Salah satu daripada dosa besar.
* Kalau bomoh itu betul-betul handal, kenapa tidak ada yang berjaya jatuhkan rangkaian restoran besar?
* Amalkanlah konsept D.U.I.T. (Doa, Usaha, Ikhtiar dan Tawakal).


P/S:baca lagi di Blog Abahfateh

RENUNGAN SEJENAKPUISI HEBAT

"AKU TIDAK MEMILIH UNTUK MENJADI SEORANG INSAN BIASA "
l
Aku tidak memilih untuk menjadi seorang insan biasa

L

Memang hak ku untuk memilih menjadi luar biasa
L

Kini aku mencari-cari peluang bukan perlindungan

L

Aku tidak rela menjadi warga yang terkongkong, rendah diri dan dipelihara oleh keadaan
L

Aku hendak mengambil risiko yang terkira, untuk berimpian dan membina, untuk gagal dan berjaya

L

Aku enggan menukar perangsangan untuk sebarang sumbangan
L

Aku menyahut cabaran hidup daripada kewujudan yang terjamin

L

Kenikmatan untuk mencapai sesuatu, bukan utopia yang basi
L

Aku tidak akan menjualkan kebebasan untuk menerima kebajikan

L

Tidak juga maruah ku hanya untuk hidup menerima
L

Aku tidak akan tunduk kepada sebarang 'Tuan' dan ancaman

LL

Adalah menjadi warisan ku untuk berdiri teguh, bangga dan tidak kenal erti takut
L

Untuk berfikir dan bertindak untuk diri sendiri

L

Untuk menggunakan hasil-hasil usaha yang telah ku jayakan
L

Menghadapi dunia ini dengan megah

L

Lalu berkata "Inilah yang telah ku lakukan!"
L

Segalanya ini adalah erti seorang insan
l L
l

-Ciptaan: Dean Alfange-

-Terjemahan oleh: Hjh Ramlah Abu Bakar-Kota Damansara-

Post asal dari Prof Madya Dr. Zulkarnain Muhamad Sori

Cerita Saya : Lim Goh Tong


 

Emm..kalau anda baca buku " Cerita Saya oleh Lim Goh Tong" ada menyebut banyak tentang diri beliau termasuk yang dikatakan melalui artikel tersebut.

Anda boleh dapatkan buku tersebut di kedai2 buku mcm Popular. Saya pun baru beli minggu lepas..belum habis baca lagi


 

??Tan Sri berpesan, untuk berjaya dalam hidup dan perniagaan, kita mesti merendah diri, bersopan santun dan menghormati orang lain, menepati masa atau tiba 10 minit lebih awal dari masa yang dijanjikan, jangan sesekali membatalkan temu janji, berdisiplin, bangun awal dan tidur lambat.

??Sentiasa bawa kertas untuk merekod sebarang perkara yang datang dalam fikiran, mencatat segera sebarang idea yang datang, bertindak segera dan memberi reaksi tepat pada waktunya.

??Selain itu, kita mesti percaya dan yakin pada diri, jika anda percayakan sesuatu, teruskan, jangan fikir negatif, dalam perniagaan - lakukan secara berperingkat walaupun perlahan - asalkan ia tindakan tepat, elakkan diri daripada bersikap tikam belakang dan jangan mencari musuh.

??Jangan sesekali membuat helah kerana tidak ada jalan pintas untuk berjaya, kerja keras dan selalu berminat dengan apa yang dikerjakan, perlu tahu apa yang dilakukan dan sentiasa sedar diri, selalu ada kepercayaan kepada mereka yang berada di sekeliling dan yang terakhir, percaya kepada tuhan dan selalu minta keberkatan daripadanya,? kata beliau.

p/s : Tolong pulangkan buku "Cerita Saya" wahai rakanku yg disayangi…Dah 3 buah buku dibeli tapi semuanya dipinjam dan di buat harta sendiri……..Beli sport Rim kereta boleh sampai RM3k tapi harga sebuah buku tak sampai RM50 sebuah .Bab beli buku banyak berkira……….nak dapat ilmu pun susah…..Menghabiskan duit senang pulak,itu belum lagi bab cari duit lebih..hhuhuhuhuhuhuhuhuhuhuhuhhhhhhhhhhhhh

Kenapa Anda Perlu Cium Anak

Kenapa suka cium anak?

Keistimewaan yang bakal diperoleh apabila anak-anak anda boleh digelar kanak-kanak atau kupu-kupu syurga. Barangsiapa yang mengembirakan anak perempuannya, darjatnya seumpama orang yang sentiasa menangis kerana takutkan Allah. Orang yang menangis takutkan Allah diharamkan oleh Allah akan api neraka ke atas tubuhnya.

Ciumlah anakmu kerana pahala setiap ciuman itu dibalas dengan satu darjat syurga. Nisbah di antara dua darjat ialah 500 darjat. Syurga itu ialah sebuah kampung kesenangan, tiada masuk ke dalamnya melainkan orang yang menyukai kanak-kanak.

Barangsiapa keluar ke pekan Muslim dan membeli barang-barang dan kembali ke rumah dengan buah tangan untuk anak-anaknya, nescaya mendapat rahmat daripada Allah dan tidak diseksa di Akhirat kelak. Muliakan anak-anak dengan mengajar mereka adab dan ilmu agama.

Barangsiapa memuliakan anak-anaknya dalam keadaan jahil dia turut menanggung tiap-tiap dosa yang dilakukan oleh anaknya itu dan barangsiapa membekalkan anaknya itu turut diperolehinya.

Aqrak pernah terlihat Nabi SAW mencium cucu baginda Hassan.

Aqrak berkata; "Anakku sepuluh orang banyaknya, namun tiada seorang pun yang pernah aku cium." Sabda Nabi SAW; "Orang yang tidak menyayangi tidak pula akan disayangi."

Barangsiapa ke pasar dan membeli sesuatu barang untuk ahli keluarganya dan dia memikulnya ke rumah; pahalanya seperti dia memikul sedekah untuk orang yang sangat berhajat. Hendaklah mendahulukan anak perempuan daripada anak lelaki. Maka barangsiapa menyukakan anak perempuan seolah-olah dia memerdekakan anak Nabi Ismail ..

Seorang lelaki bertanya; "Ya Rasulullah, kepada siapakah harus aku berbakti?"
Jawab baginda; "Berbaktilah kepada ibu bapamu."
Kata lelaki itu lagi; "Ibu bapaku sudah tiada lagi."
Sabda Nabi SAW; "Kalau begitu berbaktilah kepada anakmu, ibubapa berhak terhadap dirimu dan anakmu pula berhak ke atas dirimu."

p/s: Hubungan yg kekal didunia dan akhirat adalah ibubapa dan anak2.Bagaimana ngan Suami/isteri?(BERLAMBAK kat luar jika tak pandai menjaga hubungan,)Al quran Dan Hadis adalah rujukan dalam membina institusi kekeluargaan.

Ada isteri/suami yg lebih pentingkan dunianya,kawan2nya dan kerjayanya dan katanya ini adalah untuk anak2nya ………..tapi suatu hari nanti anak2nya pula akan berkata begitu juga kepada ibubapanya…

Dunia ini tunggangan dan akhirat destinasi bersama,duit bukan segala-galanya tetapi semuanya memerlukan duit. ADA CARA ADA JALAN…………JIKA MAHU BERFIKIR?

By :Andy181 ex-welfare /ref act:isu hangat.com

Apabila Isteriku Mengamuk

Info ini dari BLOG isuhangat.com

Asam garam rumahtangga, perselisihan pendapat atau bergaduh tu biasalah. kalau tak rumahtangga tu sunyi pula dan boring..Tiada pula pahit manisnya. Apa yang anda perlu buat apabila isteri anda mengamuk? Serlahkan kehebatan anda bila menghadapi situasi tegang ketika isteri tengah marah!

bila isteri mula turun tok nenek baling barang
--------------------------------------------------------------
anda cuba sambut ape yg dorang baling tu. inilah masanyer anda nak tunjuk kepantasan anda menjadi goal keeper.pakai tudung saji pun boleh jugak..apa2 yg patut..

Bila isteri anda mule menjerit tak pasal menengking, membebel tanpa henti
--------------------------------------------------------------
anda menyanyilah sekuat hati dengan penuh perasaan mengikut melodi sebenar penyanyi asal.
inilah masenyer anda nak tunjok yg suara anda sedap giler!

Bila isteri anda tenung anda cam nak telan (garang arh konon!) meeeoowwwWWWW…..aarrghh.
--------------------------------------------------------------
anda senyum jek pandang isteri anda tuh! inilah masenyer anda tunjuk betapa machonya anda ketika senyum!

Bila isteri anda hambik sumer barang dia bungkus ala nak lari rumah
--------------------------------------------------------------
anda tolong kemaskan barang dia. hambik semua barang dia masukkan dalam plastik sampah kaler hitam tuh.
Inilah masenyer anda nak tunjuk betapa rajinnyer anda, ringan tulang dan suka membantu.jgn lupe call tuan lori sewa…

Bila isteri anda menangis akibat terlalu marah dan sakit hati hingga mengalirkan airmata

--------------------------------------------------------------
anda ketawalah berdekah hingga terguling.
Inilah masenyer anda nak buktikan bahawa anda berusaha buat isteri anda gumbira ketika dia sedang berduka, sedih dan terluka!

SEELAMAT MENCUBA……..NASIB LABU LABI SIAPA YANG TAHU…………….mengamuk laaaa lagi….best tau..

INGIN MENGAPAI IMPIAN ANDA…JOMM….

Hebatkah Jadi Usahawan2(samb)

Kemewahan yang sedang dinikmati sebagai usahawan yang berjaya bukanlah hak mutlak kepada dirinya sahaja. Sebagai seorang muslim, harta atau kekayaan yang dianugerahkan perlu disedekahkan kepada individu yang lain. Malah ramai juga jutawan yang bukan muslim mewujudkan yayasan untuk menguruskan bantuan kepada yang memerlukan. Bagi Taipan 181KB, kelebihan memberikan bantuan yang banyak kepada yang memerlukan adalah kehebatan utama apabila menjadi usahawan.

Penyaluran bantuan tidak kira individu tersebut berdaftar atau dengan bantuan senyap, boleh membantu golongan yang memerlukan seperti :

  1. Orang-orang miskin
  2. Ibu tunggal dan anak-anak yatim
  3. Pesakit yang tidak berkemampuan untuk membayar kos rawatan
  4. Pelajar-pelajar miskin yang memerlukan sumber kewangan untuk pelajaran
  5. Pembinaan sekolah, rumah kebajikan, hospital, masjid dan lain-lain

Bayangkan bantuan RM10 lebih baik daripada RM1, dan sekiranya lebih banyak lagi bantuan dihulurkan inshallah rezeki daripada tuhan akan datang berlipat ganda. Agama Islam sendiri mewajibkan bayaran zakat kepada individu yang layak. Melalui cara begini saluran bantuan kewangan boleh diuruskan dengan cekap dan telus. Adakah anda ingin membayar zakat yang lebih banyak setiap tahun?? Adakah anda berminat untuk membantu orang yang susah??? Jadilah usahawan yang berjaya.

Kesimpulannya

Ada individu yang ingin berkecimpung dalam bidang keusahawanan kerena melihat faktor sekeliling. Mereka ingin mengubah tahap kewangan dan kehidupan keluarga mereka apabila melihat rakan mereka berjaya sebagai usahawan. Ada juga individu ingin menjadi usahawan kerana inginkan kebebasan masa dan lari daripada terkongkong dengan kehidupan kerja makan gaji. Dan sepanjang pengalaman saya mendidik usahawan baru, ada yang bermula dengan ingin membayar hutang kereta. Lama kelamaan selepas mengharungi perit maung mereka boleh menjadikan kerjaya keusahawanan sebagai kerjaya sepenuh masa.

Ada 1001 lagi kehebatan menjadi seorang usahawan yang hanya boleh diketahui jika anda sendiri menceburi bidang ini. Hasrat Taipan 181KB ialah mempopularkan kerjaya usahawan sama seperti kerjaya makan gaji. Masih ramai individu yang menutup minda bahawa usahawan hanya untuk orang sudah berumur atau jika tiada alternatif pekerjaan lain dan beberapa alasan lagi. Bidang ini banyak dugaan sama seperti kehidupan makan gaji tetapi memberikan kelebihan dari segi kewangan, kemahiran diri dan lain-lain. Sebagai seorang muslim kita juga perlu ingat bahawa pekerjaan yang dilakukan mestilah dengan niat baik, pelaksanaan menurut syariah dan memberi kebaikan dunia dan akhirat.

p/s: DUNIA INI TUNGGANGAN DAN AKHIRAT ADALAH DESTINASI KITA

Hebatkah Jika Jadi Usahawan

Menjadi seorang usahawan adalah salah satu kerjaya untuk mendapatkan nafkah yang sudah tidak asing lagi dalam diri kita semua. Alamat laman web ini pun menggunakan perkataan usahawan dan pokok perbincangan berkisar terhadap keusahawanan. Apa itu usahawan? apa kelebihan menjadi usahawan? bagaimana usahawan bekerja? bagaimana dia menghadapi cabaran dan apa kepentingan golongan ini dalam masyarakat?. Tajuk ini akan dikupaskan berdasarkan pengalaman penulis sebagai rujukan kepada yang baru berkecimpung dalam dunia ini. Namun demikian kami binausahawan.com mengalu-alukan idea / pandangan pembaca sebagai perkongsian ilmu bersama antara kita.

Berikut adalah pengertian "usahawan" merujuk kepada kamus Dewan Bahasa dan Pustaka : orang yg mengusahakan sesuatu perusahaan, pengusaha;keusahawanan (segala-gala) yg berkaitan dgn usahawan atau kegiatan dan kemahiran usahawan: kita perlu mencari kaedah-kaedah baru guna membantu mempercepat pembangunan pengurusan dan pembangunan ~ di negara ini; kursus ~; sikap dan tabiat ~.

Ramai individu sudah mula menceburi bidang keusahawanan, mungkin kerana desakan ekonomi, ingin cuba-cuba, mengikut rakan-rakan yang sudah berjaya, mengisi masa lapang atau sudah "nampak" peluang cerah dalam kerjaya ini. Ramai juga individu yang berjaya dan menjadi nama besar dalam dunia keusahawanan masa kini. Namun demikian terdapat juga golongan yang tidak berjaya mempertahankan bisnes mereka hingga hari ini. Ada yang tutup bisnes dan kembali makan gaji. Ada yang tidak fokus menjalankan perniagaan, terlalu banyak bisnes yang diuruskan dengan alasan ingin meluaskan perniagaan. Perkara ini sering berlaku dan hingga hari ini perniagaan mereka hanya cukup makan sahaja kerana pada hakikatnya mereka menjalankan operasi perniagaan yang memerlukan masa dan kudrat yang banyak, berbanding menguruskan perniagaan yang memerlukan ilmu dan pengalaman yang banyak.

Beberapa keluaran ini bukan sahaja ditujukan kepada bakal usahawan, malah kepada ibubapa bakal usahawan, pasangan (suami/isteri) bakal usahawan, adik-beradik bakal usahawan dan rakan-rakan bakal usahawan. Golongan ini yang paling hampir dengan mereka dan kadangkala golongan ini tidak memahami cabaran dan dugaan seorang usahawan kerana kerjaya ini memerlukan pengorbanan yang besar dan kesabaran yang tinggi. Sudah tentu golongan ini akan merasai kemanisan kejayaan seorang usahawan. Hidup mewah dan pangkat yang tinggi dalam masyarakat. Tetapi sebelum merasai kemanisan mereka perlu membayar harga kejayaan dengan kepahitan melalui ranjau dan onak duri sepanjang perjalanan sebelum kejayaan.

Kemiskinan membawa kepada kekufuran. Peratusan kes jenayah meningkat antaranya disebabkan oleh tahap pengangguran yang tinggi. Kes-kes penceraian ada juga hubung kait dengan faktor ekonomi dalam sesebuah keluarga. Itu antara senario yang berlaku apabila kedudukan ekonomi seseorang individu / keluarga tidak stabil, dan adakalanya individu tersebut melakukan perkara yang membatasi hukum agama akibat keperluan yang mendesak. Justeru itu individu yang berfikiran waras bertindak dengan tindakan yang baik disisi agama dan undang-undang negara.

Untuk melarikan diri daripada kemisikinan, individu itu perlu bekerja bersungguh-sungguh mencari pendapatan dan jalan terbaik adalah menceburi bidang keusahawanan. Ini bukan cerita baru lagi pada masa kini, cuba kita lihat ramai contoh golongan yang miskin yang bekerja bersungguh-sungguh dengan cara yang halal tidak kira penduduk negara ini atau pendatang ke negara ini. Hasilnya anda lihat sahaja laaa. Apabila kita mempunyai kewangan yang kukuh kita mampu memiliki kediaman yang selesa untuk pembesaran anak, pelajaran yang terbaik untuk anak, dapat menjaga kebajikan ibubapa yang sudah tua, makan makanan yang halal dan berkhasiat dan berbagai corak kehidupan yang lebih sempurna.

Ayat ini sudah tentu anda banyak kali kedengaran. "Saya ingin kaya sebab boleh beli
kereta besor, rumah besor dan segalanya besor!!!". Apabila kita sudah mencapai tahap segalanya besor, sentiasala berpegang dengan ajaran agama kerana kekayaan yang dikecapi sekadar pinjaman sementara daripada tuhan. Kesimpulannya, apabila kita menjadi usahawan, kita boleh memperbaiki taraf kewangan keluarga kita daripada miskin kepada kaya, daripada baik kepada yang lebih baik asal kita bekerja keras.

Tiada yang mustahil.

Info :Skim cepat kaya versi baru : Labur dalam syarikat penternakan

Info ini dicopypaste dari Saifulsham.com…seterusnya.

Tahun lalu, satu negara gempar dengan skim Swisscash, E-barrel dan yang seangkatan dengannya. Dan terbaru 4 syarikat disiasat oleh Bank Negara

Seiring dengan masa, skim cepat kaya tidak pernah terkubur hingga hari ini dengan evolusi yang berterusan pada skim cepat kaya. Seperti yang pernah ditulis Team SaifulSham, jika benar untuk menjadi betul-betul kaya dengan skim cepat kaya (SCK), jadilah operator SCK dan bukannya peserta program SCK.

Dan itulah yang terjadi, disebabkan adanya operator SCK inilah, selagi itu, hayat SCK akan tetap kekal abadi dalam dunia ini.

Bezanya, dahulu kita disogokkan dengan pelaburan di offshore. Sekarang disebabkan operator SCK tahu bahawa orang semakin susah untuk ditipu dengan sogokan pelaburan offshore, maka muncul idea baru, melabur dalam syarikat pertanian seperti penternakan lembu, kambing dan sebagainya.

Operator SCK tahu, kerajaan zaman Pak Lah mengalakkan sektor pertanian, maka dengan menggunakan perkataan pertanian inilah, mereka menjalankan operasi. Saya akan tulis disini secara detail pendedahan SCK veri terbaru ini kerana ia semakin berkembang dengan pesat dan saya pun panas telinga mendengarnya kerana yang tertipu adalah golongan yang sama yang ditipu oleh operator Swisscash, E-barrel.

Disebabkan orang yang ditipu sebahagian besarnya datang dari golongan yang ditipu ketika zaman Swisscash, maka tidak salah untuk saya katakan, apabila sebut soal "wang", manusia hilang pertimbangan waras. Malah, golongan yang melabur ini sebenarnya masih jauh lagi dari memahami perkataan pengurusan kewangan.

Jadi, saya datang untuk membantu memberitahu saudara/saudari yang sudahpun mengeluarkan wang untuk melabur dalam SCK versi baru ini.

Marilah kita teliti bagaimana SCK versi baru ini beroperasi.

Pada saya skim ini tidak baru, sejak akhir tahun lepas saya mendengarnya dan saya pun kenal seorang operator skim sebegini. Kaedahnya adalah dengan membawa pelan pelaburan untuk ternakan (selalunya lembu, kambing) kepada orang ramai untuk melabur.

Orang ramai akan diterangkan bahawa wang mereka akan dijadikan modal bagi mengembangkan perniagaan mereka. Jadi, kesimpulannya, mereka mengajak orang ramai menjadi pelabur bagi syarikat mereka.

Ada sesetengah skim menipu orang awam dengan menunjukkan ladang-ladang ternakan di luar negara seperti di Indonesia (yang ini amat meragukan). Ada juga yang menunjukkan ladang-ladang di Malaysia. Selalunya, penganjur skim ini bukannya berdiri dibelakang nama individu sebaliknya atas nama syarikat bagi menyakinkan orang ramai.

Orang ramai boleh melabur mengikut kehendak masing-masing. Ada antaranya RM500, RM1000, RM2000 dan seterusnya.

Disebabkan dividen berjumlah 300 peratus setahun yang digunakan Swisscash sebelum ini gagal, mereka nampak sedikit sederhana dalam pembahagian dividen.

Antara dividen yang biasa diberikan kepada pelabur ternakan adalah 10 peratus sebulan. Menariknya, mereka dibayar sebulan selepas melabur sebanyak 10 peratus. Dan jangka masa bayaran yang biasa diletakkan operator adalah sekitar 2 tahun.

Ini bermakna, jika dihitung, 10 peratus sebulan, jika 2 tahun, anda sudah boleh mengaut keuntungan 240 peratus! (atau 120 peratus setahun!)

Bunyi nampak begitu hebat dan menyakinkan lagi jika pelabur dibawa untuk melawat ladang ternakan. Baiklah saudara/saudari, tinggalkan seketika keindahan dividen ini.

Biarlah saya berterus terang kepada anda. Dalam dunia penternakan lembu, mendapat keuntungan 120 peratus setahun adalah menakjubkan tetapi meragukan sama sekali.


Jika anda dibawa ke ladang ternakan, pertama, kira lah sendiri secara kasar bilangan ekor lembu yang ada disitu. Marilah fikir secara logik.

Pergi ke penternak lembu yang lain dan tanyalah sendiri berapa kos ternakan dan berapakah harga jualan seekor lembu. Tanyalah lagi, berapakah kadar kematian lembu dan anda sudah boleh membuat sedikit kira-kira.

Saya pasti anda akan terkejut beruk apabila anda mengetahui nilai sebenar kos dan harga jualan. Itu pertamanya.

Kemudian, marilah kita teliti lagi, bagaimana sebuah syarikat boleh membayar kadar dividen yang tinggi iaitu 10 peratus sebulan atau 120 peratus setahun. Adakah seekor lembu yang sama beranak tiap-tiap bulan? Huh, hebat betul spesies lembu itu jika beranak tiap-tiap bulan sehingga anda boleh mendapat dividen yang tinggi.

Kemudian pula, apakah setelah dilahirkan sudah boleh dijual. Selalunya ia memakan masa bertahun sebelum dapat dijual. Hebatnya spesies lembu itu jika ia mencapai umur dewasa dalam sebulan.

Lagi, apakah kos ternakan akan kekal sehingga 2 tahun hingga membolehkan anda dibayar dividen yang tetap? Setahu sayalah, kos ternakan saban hari semakin tinggi tetapi betapa ultra hebatnya jika dividen itu kekal selama 2 tahun ketika kos ternakan meningkat.

Lagi, jika anda pun dibayar 120 peratus setahun, tentunya syarikat itu mengaut keuntungan yang lebih tinggi! Mana mungkin syarikat itu mengambil 5,6 peratus setahun untuk keuntungan mereka jika anda pun dibayar setinggi 120 peratus!

Ini bermakna, jika seorang pelabur dibayar 120 peratus setahun dividen, syarikat itu paling tidak pun akan mengaut keuntungan 120 peratus setahun juga. Wah, hebatnya menternak lembu!

Kemudian, ada lagi komisyen jika anda menarik orang lain seperti saudara-mara atau rakan taulan menyertai pelaburan ternakan (kononlah). Wah, banyak gila untung syarikat itu sehingga komisyen pun boleh bayar, kemudian dividen lagi.

Gunalah akal dan logik. Semua ini hanya impian di kayangan sahaja. Tidak percaya, tanyalah penternak lembu yang berjaya, mereka pasti menggeleng kepala melihat adanya skim begini.

Saya terpaksa bersuara kerana skim ini sudah pun merebak dan disertai golongan professional, ustaz, ustazah, pelajar dan lain-lain. Saya cukup kecewa kerana sekali lagi, perkataan "easy money" mengaburi dan menutup kewarasan golongan ini.

Mengapa saya berani berkata? Kerana saya kenal seorang operator skim ini dan kerjanya mudah sahaja. Membuat template pelaburan ternakan (ladang entah ambil ladang siapa) dan mengambil deposit orang ramai.

Wang pelabur baru itu dipusing untuk membayar dividen kepada pelabur lama. Dan begitulah ianya berterusan sehingga skim ini jatuh.

Jadi, berhentilah dan tutuplah telinga jika anda mendapat perkhabaran begini. Jika anda sudah melabur, cubalah menarik kembali wang anda. Jangan terlalu mengharap kekayaan dengan cara ini.

Biz MLM menipu jer...betul ker

Rahsia keperibadian mengikut email

Guna Nama Penuh

Sekiranya dia menggunakan nama alamat emelnya dengan nama penuhnya, contohnya nurhanis_alias@yahoo.com. Ia menggambarkan bahawa dia seorang yang penuh tanggungjawab dan tidak suka berahsia. Dia juga boleh dipercayai dan jujur dalam setiap perbuatannya. Tapi ingat, jangan cuba hendak memeperlekehkannya.


Nama Depan dan Nama Tengah

Contoh: Amir Hanif Abdullah. Dia menggunakan alamat emelnya sebagai amirhanif@yahoo.comiaitu nama awal dan tengah tanpa nama bapanya. Ia menunjukkan bahawa dia seorang yang sangat menghargai dirinya sendiri. Selain itu, dia juga sanggup ketepikan hal orang lain demi kepentingan sendiri. Selain itu dia juga berani untuk tampil di khalayak ramai dan mengeluarkan pendapat dengan lantang.


Nama dan Tahun

Contoh: Farah2003@yahoo.com. Dia dikatakan seorang yang mempunyai ego yang tinggi. Pantang sesiapa yang cuba menentang pendapatnya. Selain itu dia juga tidak suka komitmen dalam jangka masa terdekat ini. Kewujudan tahun di akhir nama seolah-olah memperlihatkan dia tidak luas pandangan. Pendek kata dia juga menunjukkan pegangan yang mudah berubah-ubah.

Nama Samaran


Hehheh ramai sangat yg suka buat email begini.. contohnya miss_kodok@hotmail.com. Dikatakan seorang yang suka hidup dlm khayalan hingga kadangkala menyusahkan orang lain. Namun dia disukai ramai kerana sifat humor yang dimilikinya membuatkan orang selesa berada disisinya. Jika diasah dia boleh menjadi pemimpin dengan gaya tersendiri.


Nombor dan Abjad


Contoh: 1190@hotmail.com">x1190@hotmail.com. Nama diwakili dengan nombor + abjad sahaja. Ia menggambarkan seorang yang sikap tertutup dan memerlukan masa yang agak lama sebelum mampu membuka dirinya kepada seseorang. Itupun juka kepercayaanya mampu diraih. Jika tidak. kirim salam sahajalah

Link ke Info dan tips lain. koleksi sajak, koleksi puisi, koleksi pantun, Firasat, petua orang dahulu, petua kecantikan,

 rahsia, rahsia tarikh lahir, rahsia bulan kelahiran, puisi cinta, zodiak, horoskop, tip

Jika Risau Sebab Duit


Jika Anda berasa risau, bahkan merasa maha risau kerana sesuatu, misalnya tak cukup duit ke, takut duit yang ada makin kurang ke, atau takut apa yang Anda usahakan langsung fulus takde yang maysuk, jangan layan rasa takut tu.

Jangan biarkan diri Anda dibelenggu rasa risau dan masalah tak cukup duit.

Dalam semua keadaan, kita ada dua pilihan. Jadi, di sini, Anda perlu pilih untuk BUANG rasa risau dan BUANG rasa tertekan sebab takde duit. Sebenarnya rasa risau tu Anda sendiri yang menciptanya.

Let go.

Buat keputusan untuk bekerja keras mencari duit, tanya diri Anda apa lagi usaha yang Anda boleh buat untuk memperolehi duit. Pilih untuk berfikir tentang idea-idea buat duit, baca artikel-atikel dan panduan buat duit.

Dengan bertanya diri sendiri soalan ni banyak kali, ia membuat anda fokus untuk cari duit, bukannya bertangguh dalam usaha cari duit ataupun takut nak cari duit. Saya berikan contoh soalan-soalan yang biasa saya gunakan sejak tahun lalu. Ni dia...

Apa Yang Boleh Aku Buat Untuk Cari Duit?

Apa kepakaran aku? Apa kebolehan aku? Apa skill aku?

Di Mana Aku Boleh Promosikan Kemahiran Aku?

Apa Yang Aku Boleh Gunakan Sekarang Untuk Cari Duit?

Apa Lagi Produk Yang Boleh Aku Jual Sekarang?

Apa Masalah Orang Yang Boleh Aku Selesaikan?

Cemana Aku Nak Enjoy Ngan Kerja Yang Aku Buat Ni?


Mungkin, Anda boleh menjadi tutor part time, cuci kete part time, jual produk kat eBay, penulis freelance part time, buat design eBook part time mahupun jadi affiliate atau pu buat MLM. Full time atau part time terpulang pada diri Anda mengikut kesesuaian masa dan kemampuan tenaga Anda.

Jangan asyik fikir yang Anda ada masalah kurang duit, jangan asyik mengeluh takde duit mahupun risau sebab makin kurang duit.

Mengikut Law Of Attraction, jika kita asyik fikirkan sesuatu, itulah yang akan jadi.

Bila Anda asyik risau sebab tak cukup duit, Law Of Attraction anggap anda mahu masalah tak cukup duit tu datang pada Anda tanpa henti, sebab Anda selalu "layan" rasa risau tak cukup duit. Anda adalah apa yang Anda fikirkan.

Jadi, fikirlah nak tambah duit, fikir tentang idea banyak duit.

Law Of Attraction takkan dapat membeza mahu dan tak mahu, masalah dan yang bukan masalah. Ia juga tak tahu nak membeza baik atau buruknya sesuatu.

Asal Anda fikir benda tu, memang dia akan tarik semua situasi, individu mahupun benda-benda lain yang berkaitan dengan apa yang Anda fikirkan.

Paling penting, tumpukan pada APA YANG ANDA MAHU.

Jika duit yang Anda mahukan, tumpukan fikiran pada duit sepenuhnya, letak matlamat berapa banyak yang Anda mahu, bila Anda mau dan berapa lama tempoh masa yang Anda tetapkan untuk mencapainya, seminggu ke, dua minggu ke, sebulan ke, tiga bulan ke.. terpulang. Contohnya, "aku mahu mencapai untung bersih RM300 dalam masa 7 hari".

Selepas itu, bertindak untuk mencapai matlamat Anda setelah Anda menulisnya. Lihat pada matlamat yang ditulis tu beberapa kali dalam sehari, kalau boleh baca berkali-kali.

Sabar dalam berusaha dan usah risau ia menjadi ke tidak.

Usahakan saja. Beranikan diri Anda untuk gagal.

Sebagai penyelesaian, bayangkan duit tu datang pada Anda dan katakan dalam hati ia milik Anda. Katakan juga pada diri sendiri, Anda seorang yang berduit. Bayangkan diri Anda cukup segalanya.

Ini satu "trick" untuk menipu minda agar ia dapat "menarik" duit datang pada Anda.

Jangan pula meluat dan cemburu tengok orang lain yang banyak duit. Ini bahaya.

Buang semua kerisauan, keraguan dah ke"susahatian" yang semakin bersarang dalam minda Anda. Yakin Anda akan bertemu dengan peluang-peluang untuk menjana duit dan peluang untuk menambahkan cash money yang sedia ada.

Selepas itu, ucapkan syukur seolah-olah duit yang Anda mahukan tu dah ada sekarang. Bayangkan ia sudah berada di tapak tangan Anda dan Anda pula enjoy gembira bila menerimanya.

Hadirkan rupa duit tu dalam minda sedetail yang mungkin, kaler dia, bentuk dia, bau dia, (sudah tentu beserta dengan jumlahnya) dan bayangkan Anda sedang mengocaknya dengan penuh girang.

Saya tahu ini semua impossible bagi diri Anda, tetapi tidak bagi diri saya, kerana saya dah pernah guna cara ni dan saya dah melaluinya. Kini, giliran Anda pula.

Pesanan saya, buang semua keraguan, susah hati, gusar, gundah gulana dan yang sewaktu dengannya. Relaks dan bertenang, setenang-tenangnya. Peluang akan muncul tiba-tiba di mana jua.

Idea juga akan muncul tiba-tiba tidak kira di mana Anda berada. Sediakan pen dan buku nota kecil, kita takkan ingat lagi idea yang muncul tetiba.

Mungkin Anda terlihat sesuatu, ia menjadi pencetus idea, sebab itu latih diri untuk membawa pen dan kertas. Jangan yakin sangat Anda akan ingat idea tu.

Selepas itu jangan berenti berusaha mengejar matlamat Anda.

Bertindak untuk merubah hidup Anda hari ini juga.


 

Thanks for shueqry


 

USAHAWAN HAI O MARKETING DAN PESANAN

Hari ini setelah saya meneliti perkembangan dunia perkembangan MLM yang sedang kiat berkembang dan bersaing , sudah tentu kita sebagai penggiat usaha network marketing perlu lebih KREATIF dan INOVATIF... Kita perlu lakukan sesuatu yang lebih dan apa yang penting ialah kemampuan untuk menunjukkan sistem dan jalan untuk mencapai kesuksesan kepada ahli-ahli yang menyertai.

Ramai orang merungut tentang ahli-ahli mereka tidak aktif dan tidur tetapi bagaimana dengan kita? Adakah kita telah melakukan sesuatu yang lebih dan sepatutnya kita lakukan. Adakah kita telah menyediakan satu sistem yang baik untuk mereka. Kita membekalkan sistem yang baik untuk mereka bergerak dan belajar. Atau kita sendiri mengamalkan SIKAP TIDAK SUKA Belajar? Jadi bagaimana rakan-rakan kita di bawah akan bergerak.

Inilah yang sering berlaku apabila kita menjalankan perniagaan Network Marketing. Tanggungjawab kita antaranya ialah bagaimana memberi latihan , bimbingan kepada ahli-ahli untuk mencipta pendapatan , kemahiran dan kekuatan semangat berterusan. Jesteru itu kita perlu KREATIF dan berterusan melakukannya. Jika tidak PROSES DUPLIKASI tidak dapat berlangsung. Jadi nantinya akan terjadi satu senario hanya anda sahaja yang mampu mendapat prospek , hanya anda seorang yang menghubungi prospek , hanya anda seorang yang mampu menaja , hanya anda seorang yang hanya mampu bercakap di khalayak dan akhirnya hanya anda seorang yang melakukan. TIADA usaha DUPLIKASI dilakukan. Jesteru itu kita perlu fokus kepada KUASA DUPLIKASI dan bimbinglah rakaniaga anda agar mampu menduplikasi apa yang sepatutnya mereka lakukan. Barulah ianya akan terjadi apa yang dinamakan KUASA PENGGANDAAN dalam membentuk rangkaian anda.

Jesteru itu ditekankan tentang DUPLIKASI kerana ianya cukup penting untuk membentu KUASA PENGGANDAAN baik PENGGANDAAN rakaniaga , jualan kumpulan baik juga pendapatan anda. Namun proses DUPLIKASI itu juga perlu ada satu sistem penyampaian yang baik dan kreatif. Bagaimana rakaniaga anda dapat menduplikasi dengan mudah , jelas dan dapat melakukan dengan hati yang terbuka. Ini kerana rakaniaga anda nanti pula akan melakukan proses "tarbiyah" ilmu perniagaan network marketing ini kepada rakaniaga mereka nanti.

JESTERU itu , antara salah satu sistem untuk membantu anda dan rakaniaga anda dapat menduplikasi adalah melalui sistem LATIHAN yang tersusun disamping anda melakukan COACHING atau PEMANTAUAN berterusan.


 

PESANAN TERAKHIR;

                "JANGAN MEMANDAI MENCIPTA SEMULA RODA KEJAYAAN INI"


INFO INI HANYA DARI MINDA SAYA SENDIRI…MAKLUMAT LANJUT SILA RUJUK KEPADA CDM – CDM ANDA



 

Jangan Tinggalkan Waris Yang Daif

Oleh Dr. Ahmad Hidayat Buang.

Islam amat menggalakkan umatnya berusaha meningkatkan ekonomi dan pendapatan. Dalam dunia tanpa sempadan dan arus globalisasi sekarang, kekuatan ekonomi memainkan peranan penting dalam menentukan maju mundurnya sesebuah negara atau sesuatu bangsa.

Oleh yang demikian, Allah menegaskan dalam al-Quran tentang keperluan umat Islam bersedia dalam segala bidang termasuk ekonomi sebagaimana firman-Nya, Bersiap sedialah kamu bagi menghadapi musuh menurut kemampuan kamu dengan segala kekuatan yang dapat kamu sediakan dan daripada pasukan berkuda yang lengkap bersedia bagi menakutkan musuh-musuh Allah dan musuh-musuh kamu. (Al-Anfaal: 60)

Wartawan MOHD. RADZI MOHD. ZIN dan jurufoto SHAIFUDIN MOHD. NOR menemu bual Timbalan Pengarah Akademi Islam, Universiti Malaya (UM) yang juga pensyarah Jabatan Syariah dan Undang-undang UM, Prof. Madya Dr. Ahmad Hidayat Buang untuk mengupas kepentingan menabung dan mengumpul harta dalam Islam.
Ayat 60 surah An-Anfal bukan sahaja merujuk kepada persediaan untuk berperang tetapi ia juga merangkumi persiapan ekonomi umat Islam. Apakah iktibar daripada ayat ini?

AHMAD HIDAYAT: Ayat ini menekankan pentingnya umat Islam menabung terutama bagi mereka yang dikurniakan rezeki lebih. Dalam erti kata lain, umat Islam disaran berbelanja apabila perlu sahaja. Perbelanjaan ini pula terbahagi dua iaitu yang wajib dan yang sunat.

Yang wajib ialah seperti mengeluarkan nafkah untuk keluarga, pendidikan, rumah dan zakat manakala yang sunat adalah lebihan daripada perbelanjaan tersebut. Berdasarkan pemerhatian saya, kebanyakan orang Melayu kurang bijak mengurus lebihan wang ini. Ramai yang lebih suka berbelanja mewah sehingga berhutang walaupun kadangkala barang yang dibeli itu bukan barang keperluan. Sikap begini yang perlu dibuang.

Apakah yang perlu dilakukan untuk mengubah sikap tersebut?

Pertamanya, saya berpendapat kita perlu mengubah pepatah 'biar papa asal bergaya'. Pepatah ini kurang tepat pada zaman sekarang. Kita jangan terpengaruh membeli kereta baru disebabkan jiran kita baru membeli kereta. Sikap terlalu mementingkan penampilan dan gaya itu perlu dibuang. Sebaliknya kita perlu mengutamakan menabung atau melabur untuk masa depan. Pepatah itu perlu diganti dengan 'kaya dulu baru bergaya'.

Islam tidak melarang umatnya bergaya. Al-Quran ada menyebut supaya kita menunjuk dan menyebut nikmat Allah itu sebagai tanda bersyukur sebagaimana firman Allah, Adapun nikmat Tuhanmu, maka hendaklah engkau sebut-sebut dan zahirkan sebagai bersyukur kepada-Nya. (Adh-Dhuha: 11)

Yang kedua, peluang menabung dalam sistem perbankan Islam di negara kita terbuka luas. Pelbagai usaha dilakukan oleh kerajaan untuk menarik minat masyarakat melabur dan menabung. Contohnya, dalam skim Takaful dan juga perbankan Islam yang lain. Kalau diperhatikan jumlah penyertaan umat Islam dalam skim Takaful masih rendah berbanding penglibatan kaum lain yang majoritinya bukan Islam dalam sistem konvensional.

Dalam aspek pelaburan, misalnya, kerajaan menyediakan Amanah Saham Bumiputera dan Amanah Saham Nasional. Kita boleh melabur dalam skim ini. Jawatankuasa Fatwa Negeri Pulau Pinang memutuskan melabur dalam skim amanah saham ini adalah harus dan dividennya sah digunakan untuk muamalat.

Barangkali masyarakat Islam terperangkap dengan salah tafsiran tentang zuhud dan qanaah menyebabkan mereka tidak begitu berminat menabung dan melabur?

Mungkin juga kerana kebanyakan orang Islam menggambarkan zuhud sebagai tidak cukup makan, fakir dan daif. Bagi saya pengertian zuhud adalah aspek minda dan pemikiran yang tidak tamak dengan harta dunia dan tidak terikat dengan kebendaan. Kalau dapat rezeki alhamdulillah. Kalau tidak, ia bukan rezeki kita. Pendek kata, kita melihat sesuatu itu dari sudut agama bukan kebendaan semata-mata.
Malah kita memerlukan wang untuk beribadat waima untuk solat kita perlukan pakaian yang mesti dibeli. Itu belum lagi menyentuh bab zakat dan haji. Semua ini adalah ibadat dan rukun Islam. Bayangkan bagaimana kita hendak menunaikan semua ibadat ini tanpa mempunyai kedudukan ekonomi yang baik.

Qanaah pula adalah bersederhana dalam melakukan sesuatu. Dalam Islam bukan kekayaan yang kita cari tetapi keselesaan hidup seperti mempunyai tempat tinggal yang selesa, cukup makan dan keselamatan terjamin. Memanglah mewah itu sesuatu yang subjektif untuk diukur tetapi tuan punya diri boleh menentukan sama ada sudah cukup atau tidak. Kalau kita sudah ada dua kereta atau dua rumah mungkin kita tidak perlu nak tambah lagi.

Apakah larangan Islam terhadap mereka yang suka berlebih-lebihan ini?

Islam memang melarang umatnya berlebih-lebihan yang boleh membawa kepada pembaziran kerana perbuatan itu adalah bersahabat dengan syaitan. Sesetengah ulama termasuk Dr. Yusof Qaradhawi mengatakan sekiranya kita membeli kitab-kitab yang mahal harganya tetapi tidak digunakan, ia perlu dibayar zakat. Begitu juga dengan barang kemas. Jika jumlahnya banyak dan tidak pula digunakan pemiliknya perlu mengeluarkan zakat. Semua ini bertujuan mengelak umat Islam memiliki harta yang tidak perlu.
Yang tersirat daripada yang tersurat adalah melahirkan masyarakat Islam yang ada kekuatan ekonomi dan tidak selamanya dijajah oleh bangsa lain. Caranya adalah tingkatkan tabungan dan berbelanja pada yang perlu sahaja.

Malah Islam turut mementingkan masa depan mereka yang ditinggalkan agar kehidupan mereka tidak susah dan daif. Ini disebut oleh Allah dalam firman-Nya, Dan hendaklah takut kepada Allah daripada melakukan aniaya kepada anak-anak yatim oleh orang-orang (yang menjadi penjaganya) yang jika ditakdirkan mereka pula meninggalkan anak-anak yang daif (yatim) di belakang mereka (tentulah) mereka akan berasa bimbang terhadap (masa depan dan keselamatan) anak-anak mereka. (An-Nisa: 9)

Baru-baru ini kita dikejutkan dengan laporan terdapat kes harta pusaka dengan nilai mencecah RM38 bilion masih tertunggak kerana tidak diuruskan oleh pewaris. Ini juga membabitkan soal ekonomi umat Islam. Bagaimanakah untuk mengatasi perkara ini?

Perlu diwujudkan keharmonian antara keperluan undang-undang tanah dan juga faraid. Ini memerlukan kajian oleh pihak yang terlibat. Masyarakat pula perlu mengubah pemikiran dalam hal ini. Pembahagian pusaka pula telah dijelaskan dalam al-Quran. Rujuk surah An-Nisa ayat 11.
Jawatankuasa Fatwa Pulau Pinang pada 1981 memfatwakan pihak berkuasa boleh mengehadkan pemilikan kepada seorang ke atas tanah pusaka yang kecil untuk mengelakkan masalah sosial. Ini berdasarkan kepada menolak kerosakan daripada mengambil manfaat. Kerosakan di sini ialah harta pusaka yang tertunggak itu menghalang pembangunan dan menimbulkan masalah sosial seperti perebutan atau berlaku permohonan bertindih oleh satu keluarga.

Kes yang tertunggak ini kebanyakannya melibatkan tanah iaitu harta yang tidak boleh diubah. Walaupun ia pusaka tetapi perlu diberi layanan khas kerana melibatkan kepentingan umum. Ia perlu diselesaikan mengikut hukum Islam. Ulama, cendekiawan dan pengamal undang-undang perlu berbincang supaya situasi menang-menang dapat dicapai. Di Mesir pun ada sekatan ke atas pemilikan tanah bukannya dilepaskan kepada sistem faraid sahaja. Dari segi hukum fikah, apabila bertembung masalah umat dan individu maka keutamaan mestilah kepada maslahat umum.

Pada zaman pemerintahan Saidina Umar al-Khattab, beliau pernah berijtihad semasa mengagihkan tanah Iraq yang dirampas dalam peperangan. Mengikut hukum asal, pengagihan itu layak kepada mereka yang berperang tetapi beliau menggantikannya dengan mengenakan kharaj (cukai). Tindakan itu diambil kerana Umar berpendapat, jika tanah-tanah itu diberi kepada tentera siapa yang akan mengusahakannya kerana mereka ini sering berperang. Sudah tentu tanah-tanah itu akan terbengkalai. Oleh itu, Umar memutuskan supaya tanah tersebut diberi kepada petani yang sedia ada untuk diusahakan. Mereka dikenakan cukai yang kemudiannya diberi sebagai elaun kepada tentera terlibat.
Di Malaysia, Lembaga Pembangunan Tanah Persekutuan (Felda) pada 1960, misalnya, meluluskan undang-undang menghendaki tanah rancangan pembangunan diturun milik kepada seorang waris yang berhak sahaja.

Malah, muzakarah Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan pada 13 dan 14 April 1982 bersetuju dengan cadangan mengehadkan pemilikan tanah pertanian seluas 0.2 hektar kepada seorang pemilik sahaja.

Tanda-tanda Masalah Kewangan

Di masa hari tenang dan senang, tiada siapa yang menduga akan tiba kesusahan. Anda mungkin tidak terlintas difikiran akan kehilangan kerja. Anda juga tidak pernah menjangkakan akan menghadapi masalah kewangan.

Maka, anda perlu beringat untuk membuat persediaan menghadapi perkara-perkara yang berkaitan dengan masalah kewangan. Walaupun, anda tidak percaya akan perkara-perkara di atas berlaku, sekurang-kurangnya anda mengambil tahu dan mempunyai ilmu tentang Perancangan kewangan.


Ungkapan orang lama…..

"Ku sangkakan panas sampai ke petang, rupanya hujan di tengah hari"….maka "sediakan payung sebelum hujan…."


Tanda-tanda masalah kewangan anda......

Semasa kewangan kita stabil dan mewah kita akan mudah lupa bagaimana untuk hidup dalam keadaan sederhana dan berjaga-jaga. Sikap biasa mewah sudah lama dalam jiwa, sukar untuk dilupakan. Tetapi, ini tidak bermakna semasa mewah kita lupa akan melihat segala tanda-tanda yang anda akan menghadapi masalah kewangan atau kecemasan.

Perhatikan & renungkan perkara-perkara berikut:
● Kredit kad anda mempunyai baki yang tidak berbayar.
● Mula membayar kad kredit dengan kadar minima sehingga beberapa bulan.
● Mula tidak membayar bil-bil bulanan mengikut masa yang ditetapkan.
● Menggunakan kad kredit untuk melakukan Pendahuluan tunai (cash advances)
● Penggunaan Kad kredit yang maksimum.
● Memerlukan konsolidasi pinjaman.
● Menggunakan kad kredit untuk memenuhi perbelanjaan harian seperti makanan dan petrol.
● Meminjam wang dari kawan dan keluarga.
● Tidak menyimpan atau melabur walaupun sedikit secara berkala dalam instrumen-instrumen kewangan yang sah.
● Mempunyai masalah dalam menguruskan wang secara baik dan berkesan.
● Mempunyai masalah dengan pembayaran hutang-piutang.
● Membuat pengeluaran tunai dari kad kredit untuk membayar hutang kad kredit lain atau menapung perbelanjaan harian anda.
● Tidak mempunyai simpanan atau insurans untuk menampung keperluan semasa sekiranya berlaku kecemasan.
● Jika anda sering mendapat panggilan daripada pemberi hutang (biasanya dari bank)
● Jika anda telah diberi notis untuk tindakan undang-undang (kes bahaya)

Sekiranya anda melihat akan tanda-tanda ini berlaku, maka anda perlu duduk bersama kalkulator anda dan mula mengira semula semua perbelanjaan anda dan cuba untuk membetulkan keadaan.

Ini perlu dilakukan sebelum "Barah Kewangan" itu merebak kepada perkara-perkara yang lain dalam diri anda....

Info ini Dari blog Bijak urus wang

Macam Nie Ke Nak Jadi Kaya


Saya sendiri belum lagi jadi jutawan tetapi ke arah itu,pendapatan bulanan hampir RM5,000 jerr(my wife RM 8k++).Ok laa jugak dari gaji dulu RM 1,300 ,sedangkan umur masih di bawah 30. Jadi, saya kongsi sedikit petua.

PETUA-PETUA JADI KAYA:

1. Ada simpanan yang tidak diusik.
Buka satu akaun bank. Tiap-tiap minggu, masukkan duit ke dalam akaun tersebut. Sedikit pun tak mengapa. Yang penting, JANGAN USIK DUIT ITU. Sebaiknya, masukkan duit menggunakan mesin Cash Deposit dan jangan periksa baki. Selepas beberapa tahun, duit tersebut akan banyak.

2. Berniaga & Berpersatuan
Berniaga adalah sunnah Rasulullah SAW. Beza orang Melayu berniaga dan orang Cina berniaga ialah ramai Melayu berniaga secara individu sedangkan Cina aktif dengan persatuan. Orang Melayu saling jatuh-menjatuhkan dalam berniaga sedangkan orang Cina saling bantu-membantu. Lihat saja kedai handphone kat pasaraya, banyak tapi bantu-membantu.

Kenapa Melayu Islam, Cina Kafir?? Pernah fikir tak? Dulu, Melayu dan raja-raja Melayu masuk Islam kerana kagum tengok pedagang-pedagang Arab yang Islam hidup kaya dan penuh keadilan. Sekarang, orang Melayu ramai miskin banding Cina. Kenapa? Enggan berniaga dan tidak bersabar..

3. Mesti minat
Kalau anda nak jadi kaya, anda mesti seronok dengan kerja yang anda buat. Bill Gates pernah kata, kalau tak jadi jutawan pun saya akan kerja buat software kerana saya enjoy dengan kerja ini. Tanam minat dan pastikan anda enjoy dengan kerja anda.

4. Mesti ada perancangan.
Orang Melayu selalunya rajin tapi malas nak pakai otak buat perancangan. Kalau nak jadi jutawan, mesti guna otak. Saya bagi contoh, kalau anda jual air kacang soya kat pasar malam dan perolehi RM1000 sebulan, sampai bila pun anda takkan jadi kaya. Tapi , kalau setiap 3 bulan anda buka gerai baru, dan upah pekerja untuk uruskan, ini lain cerita. Kalau anda kutip RM400 dan upah pekerja RM600, anda dapat RM400 sebulan tanpa kerja dari satu gerai. Kalau anda ada 10 gerai, anda boleh kutip RM4000 sebulan tanpa kerja.

Kena ada perancangan 3 bulan, perancangan setahun, target lepas 2 tahun dan seterusnya. Menjelang 3 tahun, perniagaan mesti boleh beroperasi tanpa anda. Kena start consider buka cawangan.

5. Anda mesti berjimat.
Ramai orang ada duit sikit bershopping sakan. Pergi shopping lah, pergi memancing kat luar negeri lah, beli kereta baru lah. Mana nak jadi kaya kalau macam tuh. Budayakan berjimat. Pastikan 10% gaji anda disimpan. 25% digunakan untuk beli rumah. 15% untuk dimasukkan semula (ditambah)dalam perniagaan. Baki terpulang pada anda.

6. Investment atau simpanan tetap.
Kepada yang berpegang pada fahaman interest bank itu riba, sila buat pelaburan/investment yang membawa untung 10% setahun. Kalau anda simpan RM10,000 dalam bank dengan fixed interest 10% setahun, setiap 7 tahun wang anda akan berganda. Maknanya, lepas 7 tahun, duit RM10,000 tu dah jadi RM20,000. Lepas 14 tahun, sekali ganda lagi, jadi RM40,000. Lepas 21 thn, RM80k. Lepas 28 thn, RM160k, Lepas 35 thn, RM160k. Lepas 42 thn, RM320,000. Lepas 49 tahun, dah jadi RM640,000.

Maknanya, kalau anda simpan dan tak usik duit RM10,000 dari satu akaun, anak anda dah confirm jadi jutawan! Tapi, biasalah, orang kita lebih selesa beli perabot baru dan macam-macam lagi. Lepas tu kecoh pasal orang Cina rata-rata jauh lagi kaya dan menguasai perniagaan.

7. Tukar kerjaya

Kalau kerja kilang atau kerja jaga tol tu, saya cadangkan tukar kerja je la. Sampai kiamat tak jadi jutawan. Lebih baik berniaga pasar malam, kemahiran dapat, perniagaan pun boleh berkembang.

8. Bersedekah
Yang ini nak jelaskan pun susah. Cukuplah saya katakan dengan bersedekah, rezeki anda akan datang mencurah-curah insya-Allah. Kepada yang merokok tu bawa-bawa la berenti. Elok la guna duit tu untuk bersedekah dari sibuk mengkayakan tauke Zionis yang memiliki syarikat rokok tuh. Saya cukup meluat tengok ahli PAS yang berkobar-kobar mengutuk Israel dan UMNO tetapi pada masa menghisap rokok. Cukup memalukan..

9. Mest ada ILMU.

kalau nak berniaga atau nak buat apa-apa, patikan anda jadi yang terbaik / 'the best' dalam bidang tu. Caranya, anda mesti pelajar semua yang anda boleh pasal bidang tu. Sentiasa tambah ilmu dan belajar dari yang berpengalaman.

Dijangka, dalam masa 12 jam, anda akan lupakan artikel ini. Waktu saya dulu, saya print dan tampal di dinding. Saya jadikan motivasi dan akhirnya saya berjaya. Saya percaya 99.99% akan sekadar baca. AdakaH anda seorang dari 99.99% tersebut atau anda termasuk dalam 0.01% yang menjadi jutawan?

Tulisan Melayunett ke tranungkite

p/s:jgn tunggu semua dah sedia baru nak buat,tak pernah wujud "masa sesuai "dalam hidup ini.

Anda tahu apa itu “NIAT”

Apakah niat?

Sebelum ini saya ada berkongsi cerita mengenai kuasa niat atau the power of intention. Hari ini saya ingin berkongsi pula cerita mengenai apakah itu niat.  Apakah yang kita faham tentang niat? Adakah hanya sekadar melafazkannya di dalam hati atau ada cara lain yang menerangkan tentang niat?

Sama-sama kita baca dan lakukan eksperimen di bawah

Masuk ke dapur anda , kemudian ambil sebiji gelas, kemudian isikan gelas tersebut dengan air sehingga penuh. Jangan ada sedikit ruang pun yang ada di dalam gelas tersebut. Kemudian berjalanlah dengan membawa gelas tersebut ke ruang tamu anda, atau di mana tempat di dalam rumah anda, dan pastikan anda menjaga agar air yang terdapat di dalam gelas tersebut tidak tumpah walau sedikitpun.

Hasil daripada eksperimen yang dilakukan di atas, anda akan merasakan bagaimana berhati-hatinya kita dengan penuh kesedaran dan juga tubuh kita bekerja untuk memastikan air tersebut tidak tumpah. Sehingga tubuh kita akan mengikut gerak dari kesedaran atau fokus yang telah kita berikan bagi memastikan air itu dapat di bawa tanpa tumpah sedikitpun.

Ketika kita fokus dengan penuh serius membawa gelas tersebut, kita mungkin mengabaikan suasana luar,kerana fokus kita hanya tertumpu kepada gelas yang berisi air tersebut.

Situasi inilah yang dinamakan niat. Niat bukanlah sekadar lafaz , sebuah bacaan atau mentera, tetapi niat ialah satu perbuatan yang didalamnya terdapat fokus yang penuh dengan kesedaran.

Jadi jika anda mempunyai niat untuk berjaya, belajarlah daripada eksperimen di atas

Sumber dari lincomel.com

Fitnah Dan Natijahnya


Petikan daripada Ustaz Zainudin Hashim di dalam Harakah.net



Umat Islam dibelenggu pelbagai fitnah



Sesungguhnya fitnah merupakan satu elemen yang cukup bahaya, apatah lagi fitnah terhadap agama yang boleh menjurus kepada hukum membunuh, kerana al-Quran ada menegaskan bahawa fitnah itu lebih dahsyat daripada pembunuhan. (maksud ayat 191 dan 217 surah al-Baqarah).







Baginda Rasulullah s.a.w. pernah menegaskan dalam salah satu hdinya yang bermaksud :

Bersegeralah lakukan amalan-amalan yang baik-baik (jika ia di waktu siang jangan tunggu hingga menjelang malam yang gelap gelita), kerana ia akan menimbulkan fitnah, seperti seorang lelaki di mana pada waktu pagi dia seorang muslim dan apabila menjelang petang atau malam dia menjadi seorang kafir pula, dia menjual agama kerana kepentingan dunia yang terlalu sedikit. Hadis Sohih riwayat Imam Ahmad, Muslim dan Tirmizi daripada Abu Hurairah.

Apa yang dijelaskan oleh baginda Rasulullah s.a.w. menerusi hadis di atas ialah terdapat orang Islam sendiri yang melakukan fitnah dengan tindakannya terhadap agamanya sendiri semata-mata mengecapi habuan dan janji dunia yang bersifat sementara, sedangkan fitnah yang dilakukannya benar-benar mencabar agama yang dianutinya dan menjadi bahaya kepada pegangan akidah dan kepercayaan kepada Allah SWT selaku Pencipta alam maya ini.

Fitnah yang terjadi itu boleh berlaku kerana orang yang terlibat itu sama ada benar-benar tidak memahami atau memiliki ilmu-ilmu fardu ain ataupun kerana berhasrat meraih kepentingan dengan penampilan agama, atau memang di kalangan orang-orang munafiq, ketiga-tiga kategori manusia itu dianggap golongan yang jahat kerana mahu memburukkan Islam.

Jenis-jenis fitnah terhadap agama Islam

  1. Fitnah melalui kepimpinan negara. 2- Fitnah dalam belajar kerana mahu dapat jawatan. 3- Fitnah melalui penampilan diri dan cara berpakaian. 4- Fitnah melalui ungkapan. 5- Fitnah melalui penulisan. 6- Fitnah melalui iklan produk. 7- Fitnah melalui penglibatan dalam sukan dan hiburan. 8- Fitnah berbangga kerana berjaya memperbanyakkan bilangan masjid. 9- Fitnah kerana meninggalkan kewajiban beribadat. 10- Fitnah kerana tidak menunjukkan akhlak Islam yang mulia. Fitnah..oh fitnah..dan banyak lagi.


    Baca Selanjutnya di harakah.net

Erti Sebuah Kegigihan


 

Dalam menuntut ilmu memerlukan pengorbanan. Tiada apa yang datang percuma. Nak masuk tandas pun kena bayar betul tak…? Pelajarilah kegigihan ulama silam dalam menuntut ilmu. Mereka begitu gigih tanpa kenal erti penat.;siapa anda,apa perkerjaan anda,apa perniagaan anda,apa pangkat anda dsb adalah tidak memberi makna sekiranya anda tidak faham erti kegigihan .

Abu Hurairah… 

Menghabiskan masanya menghafal sebahagian besar hadis.

Membahagikan harinya kepada 3 bahagian,

1/3 untuk belajar,

1/3 untuk beribadat,

dan 1/3 untul tidur.

 
 

Al Muzani…

Untuk memantapkan pemahamannya beliau telah membaca

kitab al-Risalah karangan Imam Syafi'i sebanyak 500 kali.

 
 

Ibn Musayyib…

sanggup mengembara ke suatu tempat mencari jawapan selama tiga hari semata-mata

ingin menyelesaikan suatu permasalahan.

 
 

Imam Al-Ghazali

Pada usia 6 tahun telah berjaya menghafal Al-Quran.

Menjadi ulama besar pada usia 9 tahun.

(Sumber Blog member)


 

p/s: Kalau kita senang,ramai yang mengaku kawan,tapi bila kita susah dulu ……….(sedihnya untuk di imbas kembali…huhuhu.).Tak apa semua itu amanah tuhan..Maafkan mereka dan dri sendiri….

 
 

Renungan Sesaat


 


 

"Kadang2 Allah sembunyikan matahari..
Dia datangkan petir dan kilat..
kita menangis dan tertanya-tanya,
kemana hilangnya sinar..
Rupa2nya.. Allah nak hadiahkan kita pelangi.." "


`Cinta yang disemadikan tidak mungkin layu selagi adanya imbas
kembali. Hati yang remuk kembali kukuh selagi ketenangan dikecapi.
Jiwa yang pasrah bertukar haluan selagi esok masih ada. Parut yang
lama pastikan sembuh selagi iman terselit didada…`


 

Akan ku gengam hai o sampai jadi JUTAWAN 09…..senang jerr…hahaha

Penyembur Rambut @ Spray

Kepala spray jika ditekan, sudah tentu akan menyemburkan isinya, tak kira apa. Jadilah seperti spray yang sentiasa menyemburkan ilmu, semangat membara pada diri sendiri juga pada orang lain.

Jika Anda nak jadi pelajar cemerlang, ikut stail spray. Spraykan ilmu, kongsikan apa yang Anda tahu pada yang ingin tahu. Jika ada yang tak nak tahu, biarkan saja. Terima hakikat, ada yang nak luar biasa hebat, ada yang nak biasa-biasa saja. Yang nak jadi pelajar ala kadar pun ada, janji rock.

Jika nak jadi pekerja cemerlang, spraykan disiplin, komitmen dan professionalisma dalam kerjaya Anda, tak kira kakitangan kerajaan ataupun swasta. Fokus pada kualiti kerja, tak kira Anda kuli, kerani atau bos.

Masalah kewangan dan segala macam masalah, letak tepi dulu. Kita susah nak jadi pekerja cemerlang, jika di fikiran kita penuh dengan permasalahan, bukan hal-hal berkaitan kecemerlangan.

Jika nak jadi usahawan cemerlang, lupakan pasal duit, lupakan pasal untung besar. Bina perniagaan sebaik mungkin, jadikan diri Anda unik dan biar perniagaan Anda memberi manfaat pada masyarakat terlebih dahulu. Sebuah perniagaan sepatutnya memberi kebaikan, bukan memberi bebanan.

Duit untung akan datang sendiri, bila perniagaan itu bermanfaat pada setiap ahli masyarakat dengan menyediakan produk berkualiti yang memenuhi keperluan mereka atau yang menyelesaikan masalah mereka. Sudah tentu sesiapa saja sanggup beli, walau berapapun harganya.

Masalah kebanyakan orang berniaga adalah, mereka nak hasil cepat, lepas tu dalam jumlah besar! Ini sebab mengapa perniagaan cepat lingkup sebab tak balik modal, sama ada perniagaan Internet, multi level marketing atau perniagaan tradisional. Perlu kawal nafsu dan emosi.

Komputer perlukan letrik supaya boleh berfungsi dengan baik. Manusia perlu motivasi supaya boleh mengusahakan sesuatu dengan baik, cukup cemerlang, cukup bagussss.

Ibarat minyak wangi harum yang selalu kita spray , disembur pada baju, motivasi kita pun biarlah macam tu juga, biar di sembur selalu dalam diri sendiri, supaya kita ada semangat tinggi dalam apa jua yang kita kerjakan.

LiveStrong!

Kenapa AkuPerlu Hargai Kegagalan

Aku mula teringat akan sistem persekolahan yang meletakkan satu taraf negatif dalam pencapaian akademik yang sebenarnya membentuk manusia yang takutkan kegagalan. Bukan sekadar takutkan kegagalan, sistem ini juga membentuk manusia yang takut mengambil risiko & membuat kesilapan.

Ingat lagi akan saat kali pertama aku mahu menunggang basikal? aku jatuh, aku bangun semula & aku jatuh lagi. Selepas itu aku bangun lagi (walaupun lutut sudah berdarah luka) kerana ketika itu aku memandang kegagalan sebagai satu perkara yang membawa kebaikan. Alangkah positif’nya hidup seorang kanak-kanak. Kenapa kita tidak bawa persepsi itu sehingga dewasa? Kenapa kita perlu takutkan risiko, kesilapan & kegagalan?




Our greatest glory is not in never failing, but in rising up every time we fail. - Ralph Waldo

Ini antara sebab kenapa kau perlu menghargai sebuah kegagalan lebih dari sebuah kejayaan.

  1. Kau belajar dari kesilapan. Semua orang tahu ini, Setiap kali kita buat kesilapan atas tindakan kita, kita akan belajar sesuatu yang baru & juga ia mengajar kita supaya tidak mengulanginya. Tetapi, masih ada antara kita yang terlalu fobia akan kesilapan. Perlu di’ingat, mereka yang tidak pernah gagal adalah mereka yang tidak berbuat apa-apa dalam hidup sebenarnya.
  2. Kegagalan adalah pembelajaran. Katakan kau kini dalam bidang perniagaan & kau mencuba satu teknik pemasaran yang memakan belanja RM1,000 — dan gagal. Di’sini kau belajar (dengan yuran yang tinggi) bahawa teknik tersebut tidak berkesan dengan sistem perniagaan kau & kau tidak akan ulangi lagi. Pengalaman & pengetahuan yang kau dapat bernilai lebih dari RM1,000 tersebut. Jika kau tidak mencuba, kau tidak akan tahu ‘kan?
  3. Remember the two benefits of failure. First, if you do fail, you learn what doesn’t work; and second, the failure gives you the opportunity to try a new approach. - Roger Von Oech

  4. Kau akan semakin kuat. Kegagalan seharusnya menjadikan manusia lebih kuat. Jika kegagalan membuatkan seorang manusia itu lemah & mahu mati, sebenarnya dia telah gagal sejak awal lagi. Kegagalan akan membuatkan lebih yakin untuk mengambil risiko & tegar akan kesilapan kecil.
  5. Kau sebenarnya menghampiri kejayaan. Sama kes seperti kita mula-mula mencuba menunggang basikal, setiap kegagalan & luka di’kaki adalah tanda kita semakin mahir menunggang basikal. Jadi, jangan takut untuk gagal. Jika ada idea, lakukan sahaja. Gagal atau berjaya itu belakang kira — yang penting kau cuba.
cik ani sumbak.....hehehe..yesss sir

Tempat Kerja Saya

"Ada orang datang ke pejabat dengan perasaan penuh gembira & ceria, ada datang
dengan perasaan 'biasa' dan ada datang dengan perasaan serba tak kena..

Ingat lah, sesiapa yang datang hanya dengan perasaan 'biasa' saja, hasilnya
adalah 'biasa' saja, sesiapa yang datang dengan ceria, hasilnya akan jadi lebih
daripada biasa ataupun luar biasa. Bekerja lah dengan ceria agar menghasilkan
produktiviti yang luar biasa yang akan menggembirakan orang di sekeliling kita.
Semoga hasil itu akan mendapat keberkatan insyallah..." -- Datuk Dr. Fadilah
Kamsah

Jadi renungi lah :-

1. Ada antara kita datang ke pejabat hanya memenuhi tanggung jawab 'DATANG
BEKERJA' tapi hampeh, hasilnya macam kita 'TAK DATANG' kerja.

2. Ada kala kita rasa kita BUSY giler, rupanya kita hanya 'KELAM KABUT'.

3. Adakala kita rasa kita PERIHATIN', tapi rupanya kita BUSY BODY.

4. Adakala kita rasa kita OPENMINDED and OUTSPOKEN tapi rupanya kita KURANG
PENG'AJAR'AN.

5. Adakala kita rasa kita berpemikiran KRITIS rupanya kita hanya lebih kepada
KRITIK yang mencipta KRISIS.

6. Adakala kita rasa kita ingin menjadi LEBIH MESRA tapi rupanya kita di lihat
lebih MENGADA

7. Adakala kita suka bertanya 'KENAPA DIA NI MCM TAKDE KEJE', adalah lebih baik
kita tanya 'APA LAGI KEJE YANG AKU BOLEH BUAT'

Pejam mata dan renung lah diri, kalau kita perlu melakukan ANJAKAN PARADIGMA,
maka lakukanlah segera, tapi manusia tetap manusia, sukar untuk berubah kerana
kita selalu beranggapan kita lebih baik, adakah dengan merasakan itu kita
sememangnya terbaik?

Maka untuk itu, mari kita mula senyum, ceria, mesra sesama kita dan tingkat
kerjasama dalam kerja, tak rugi kita semai rasa 'kekeluargaan' dalam tugasan,
kalau kita kurang kerja, cari la kerja membantu teman-teman yang lain.

Tak dapat gaji lebih pun tak apa sebab pahala dapat, kita draw kat akhirat
nanti, tapi kalau kita asyik dengki mendengki, nasib la sebab dah ditentukan
jalan yang sukar itu yang kita pilih...

Renungi lah, berapa orang kawan kita dan berapa orang lawan kita, nescaya itu la
kayu pengukur diri yang sebaiknya...