BAGAIMANA MENGELAKKAN KERJA TERTANGGUH

Kerja anda bertangguh-tangguh? Tak siap-siap? Ini petuanya:

1. Mulakan sekarang juga. Pepatah Cina ada mengatakan, "Perjalanan jauh bermula dengan langkah pertama."
2. First thing first. Selesaikan kerja terdahulu.
3. Selesaikan kerja yang pendek dan rengkas dahulu.
4. Pecahkan kerja yang panjang kepada beberapa bahagian. Mulakan buat bahagian pertama. Anda lihat bagaimana jentolak mula mendaki gunung untuk menolak tanah yang paling atas. Dalam masa dua tahun gunung yang gagah dibelah dan lebuh raya terbentang.
5. Gunakan masa yang pendek untuk berbuat sesuatu. Misalnya bangun awal sebelum masuk waktu Subuh atau anda ada 10 minit sebelum pergi kerja.
6. Buat senarai: THINGS TO DO TODAY. Potong yang telah dilaksanakan. Bawa ke esok task yang belum dilaksanakan.
7. Tandakan kerja anda kepada 4 kategori:
  1. Penting dan mesti siap sekarang. Misal masuk kerja jam 9.00 pagi, memenuhi deadline.
  2. Penting tetapi boleh ditangguhkan. Misal ziarah mak di kampung, mula tulis buku baru.
  3. Kurang penting tetapi mesti buat sekarang. Misal breakfast sebelum masuk kerja, bercukur, gosok baju, dll.
  4. Kurang penting dan boleh ditangguhkan. Misal shopping, mulai hobi baru.
8. Kalau anda ada masa 4 jam pada pagi Sabtu, rancang untuk laksanakan 4 kerja besar.
9. Hilangkan keraguan melaksanakan sesuatu kerja. Anda sebenarnya memang mampu. Jika tidak orang tak memberi kerja itu kepada anda.
10. Lerai halangan untuk melaksanakan sesuatu kerja itu satu persatu. Memulakan kerja semudah membuka kulit pisang. Ada 5 langkah:
  • Patahkan tunggul tangkainya.
  • Kopek bahagian kulit yang pertama.
  • Kopek bahagian kulit yang sebelah lagi.
  • Selesaikan kopek kulit.
  • Sekarang anda dah boleh makan pisang itu.
Kalau anda tidak mulakan mematahkan tunggul tangkai, sampai bila pun anda tidak dapat makan pisang. Tak mungkin anda membaham pisang dengan kulit-kulitnya!
11. Menangguhkan kerja di atas meja anda seperti anda menangguhkan menggosok gigi waktu pagi. Lama-lama mulut anda akan penuh dengan tahi gigi.
12. Anda boleh ambil kerja baru. Seperti empangan. Bila hujan, air yang dialirkan keluar mesti lebih besar. Kalau anda ambil kerja baru, kadar melaksanakan kerja dan masa untuk melaksanakannya harus lebih lama.
13. Telus dalam memberi alasan mengapa kerja tertangguh. Anda akan belajar supaya lebih ikhlas dan lebih bertanggungjawab.
14. Belajar berkata "No" jika ada kerja baru mendatang yang tak sanggup anda laksanakan.
15. Gantungkan kerja, jangan tempekkan. Lihat bagaimana kertas catatan pesanan makanan anda di restoran digantung menggunakan penyepit baju. Walau bagaimana ramai pun pelanggan, namun akhirnya pesanan anda akan sampai juga.

Selamat mengelakkan kerja bertangguh!


Susah Ke Nak Berfikiran Positif ???


Berfikiran positif sepanjang masa memang akan menjadi amat mencabar diperingkat permulaan. Anda akan bergelut dengan emosi sendiri dan perasaan tak tentu arah, sama ada nak jaga hati orang atau nak jaga hati sendiri. Anda akan keliru.

Sampai ke satu tahap, Anda akan mempersoalkan setiap satu tindakan Anda, kerana ia akan kelihatan seperti membiarkan orang lain buat sesuka hati pada Anda dan Anda pula tertahan-tahan nak membalas perbuatan mereka itu, hanya kerana Anda jadi keliru lalu bingung

Pada hari ini, mengikut tanggapan ramai orang, susah nak cari orang yang hatinya cukup baik. Pada saya, sebab itu jugalah, sebab tak ramai orang baiklah yang menjadi penyebab mengapa ribuan orang jatuh kepada kategori pemikiran negatif yang menyebabkan mereka bergelumang dengan seribuh satu situasi negatif.

Kesannya, situasi negatif itu pula mengeheret mereka kepada pelbagai permasalahan, misalnya masalah kekeluargaan, masalah dalam pelajaran, masalah emosi, masalah perhubungan cinta hinggalah kepada masalah kewangan - sumber rezeki bagaikan terhalang dan bagaikan kekal terhalang.

Jadilah diri Anda sendiri. Usah terlalu mengikut orang. Kita boleh mengikut orang, tapi kena sesuaikan supaya boleh diserap menjadi sesuatu yang ngam dengan diri kita sendiri. Tak semua kita boleh menjadi Bill Gates, tapi kita boleh tiru stail kejayaan Bill Gates, cara kerja bill Gates supaya kita boleh mencapai kejyaan macam Bill Gates. Kia boleh jadikan Bill Gates sebagai contoh ikutan, tapi tak semestinya jalan kejayaan yang akan kita lalui sebijik macam Bill Gates.

Nak mengekalkan sikap berfikiran positif, Anda kena jadi diri sendiri sepenuhnya. Anda kena bersikap baik sepenuh masa, bercakap baik-baik, bersangka yang baik-baik dan berkata yang baik-baik dalam hati Anda, walaupun suasana di luar nampak buruk. Always look to the bright side of your life!

Sikap suka bersangka baik akan mengubah suasana menjadi baik. Sikap bersangka buruk akan mengubah suasana menjadi buruk, berterusan menjadi bertambah buruk jika Anda kekal bersangka buruk. Orang-orang cemerlang sentiasa bersangka baik sepanjang masa, sebab itu mereka cemerlang sepanjang masa. Orang lain merasa agak sukar ‘kejar’ tahap mereka.